Friday, April 07, 2006

Album : Junjungan Mulia





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ye tuan², puan², che kak, che abang, minggu hadapan kita akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal bersamaan hari Selasa 11 April 2006 (Ya Kak Aidid bersamaan juga besday Kipli huhu...suh dia selawat bebanyak...mudahan murah rezeki )

Maka dengan itu saya mahu berkongsi cakera padat ini yang memuatkan lagu² pujian junjungan mulia yang telah saya beli. Semua lagu irama nasyid yang best² dan sedap didengar. Terbitan Warner Muzik / BMG Muzik 1998. Dah lama album ini diterbitkan. Penerbit album adalah Arab dan Ajai. Lagu kompilasi artis² nasyid yang popular.

Ada 14 lagu semuanya.

1. Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan, Nowseeheart, Hijaz, Brothers, Amaluddin)

2. Junjungan Mulia – Al Mizan
Ala lagu ni *genggam tangan* 'Tercipta satu lembaran sejarah...di tanah suci kota Mekah...hari yg indah penuh sa’adah...bermula la sebuah kisah...'
Senikata dan senilagu : S. Atan (owh baru tau) 1978 Warner Muzik Mesia

3. Rasulullah – Hijjaz

4. Iman Mutiara – Raihan

5. Sepohon Kayu – Saujana

6. Teman Sejati – Brothers

7. Solatuwassalam – Amaluddin

8. Assalamualaikum – Rabbani

9. Syukur – Raihan

10. Asmaul Husna – Hijjaz

11. Alhamdulillah – Al- Mizan
Bukan yang rap tu tau hehe
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat

12. Duhai Bonda – Nowseeheart

13. Cahaya Ilahi – Hijjaz

14. Puji-pujian – Raihan

Sekali skala bertukar irama lagi sedap jugak. Tingat kata sorang rakan ni masa blajar kat ITM dulu.

'Kalau nak dapat pahala senang je. Dengar lagu nasyid'

Kebetolan masa tu dia beli kaset album pertama Raihan. Maka tiap hari pasang lam bilik asrama. Maka kami semua dengar la berjemaah bila masa membuat kerja ITM (kalu di sekolah kita pangge kerja sekolah). Pikir balik ada betolnye. Lagu² nasyid kebanyakn puji memuji Allah dan Nabi. Secara tak langsung mulut kita menyebut nama² tersebut. Dapat pahala ke tidak itu urusan Allah.

Taim² tensen jem bawak keta nyanyi Asmaul Husna bleh turun sket darah hehe. Cakera padat ini sangat bagus untuk di buat koleksi.


RM499


Azan

Ni nak citer sket pasal Azan. Err bukan Azan Ruffedge tu yach :P Azan yang berkumandang time waktu nak solat.

Terdengar ceramah topik ini kat segmen Suara Mimbar, Selangor FM 100.90FM tiap hari 7.30 malem untuk dikongsi bersama.

Mungkin ada yang dah tau. Mungkin ada yang bukan lupa tapi tak ingat. Dan mungkin ada yang purak² lupa. Dan mungkin ada yang lom tau. Sesama la ya kita saling ingat mengingati.

Menurut Ustaz tersebut Azan 'sunat' dilaungkan.

Tapi Azan 'wajib' dijawab.

Maksudnya di sini bila dengar Azan kita kena jawab yach. Tau kan jawab Azan? Bila kedengaran azan dilaungkan maka segala perbuatan haruslah di-pause-kan sebentar. Contoh perbuatan yang kerap dilakukan ialah bersembang. Kita harus berhenti bersembang kejap dan menjawab azan bersama.

Atau dengan erti kata lain jangan tukar channel radio atau tv lain bila azan berkumandang. Pernah kah kita lakukan demikian? Saya pernah. Terutama masa lagu atau siaran tv kesukaan kita. Sangat setan kan perbuatan itu? *ikon mintak ampun pada Allah*

Oleh yang demikian mulai sekarang kita kikiskan sifat² negatif tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Petikan ceramah Dr. Masitah lam Forum Perdana malam semalam. (err Dr. Masitah ni spises Cik Nai suka ijo hehe)

Dari hadis yg bermaksud lebih kurang 'Nafsu umpana kenderaan. Kita kena tunggang nafsu tersebut. Jangan sampai nafsu tunggang kita. Buruk padahnya'

Maksudnye di sini jangan terlalu ikutkan nafsu. Contoh nafsu kawin 2, 3 atau 4 :P atau nafsu melayan pompuan lain hingga timbul perasaan kuch kuch hota hei walaupun sudah berbini dan punya anak, nafsu shopping (ehem kat tim Hatyai :B), nafsu tukar channel lain time Azan dan lain² jenis nafsu lagi lah.

Berbalik pada citer topik Azan ni, sekarang ini kan ada enpon buatan Mesia yang pertama dijual bernama M.Mobile (spt gambar di atas). Enpon ni terkandung Azan. Kita setkan waktu solat ikut lokasi dimana kita berada kemdian masuk waktu enpon tersebut akan mengeluarkan Azan dengan sendiri. Aku dah dengar Azan tersebut. Suara duta enpon tu berazan kot. House mate aku yang beli iteww henpon.

Tapi jangan sekadar 'perhiasan' atau umpama 'bunyi²an' atau 'ring tone' Azan pada enpon tersebut ya. Bak kata Ustaz tu Azan 'wajib' dijawab.

Satu lagi ceramah Ustaz tu kan, kalau kita dengar Azan kena cecepat ke masjid. Tak diterima solat di rumah. Tang ni aku rasa pompuan payah sket la. Lelaki mungkin ada kelebihan. Siapa yang opis dia dekat ngn masjid dan tengah tidak sibuk pergi la bersolat jemaah di masjid. Pahala nya 27 kali ganda.

Aku tunggu la sapa² nak bagi adiah aku enpon tersebut *gelak sopan* Masih sayang enpon lama yang dah out-to-date.

Kat bawah ni disertakan cemana nak jawab Azan.

Allahu akbar Allahu akbar 2X
Jawab – Allahu akbar Allahu akbar 1X
Asy hadu al-la ilaha il-lallah 2X
Jawab – Asy hadu al-la ilaha il-lallah 1X
Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 2X
Jawab- Asy hadu anna Muhammadar Rasulullah 1X
Haiya alas solah 2X
Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
Haiya alal falah 2X
Jawab- Laa haula wala quata il-laa bil-laa 1X
As – Solatu khairum minan naum 2X (Azan Suboh)
Jawab- Sodakta wa bararta 1X
Allahu akbar Allahu akbar 1X
Jawab- Allahu akbar Allahu akbar 1X
Laa ilaha il-lallah 1X
Jawab- Laa ilaha il-lallah 1X

Dan kemudian baca doa selepas Azan.

Mudah-mudahan kita semua akan diberkati oleh Allah s.w.t dunia dan akhirat.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Waramatulhi Wabaraktuh.

No comments: