Friday, October 06, 2017

Pemusnah Hati





Sebab best sangat novel jadi kita ribiu panjang lebar sikit. 

Bila fikir balik macam mana boleh terbeli novel ni memang kelakor. Masa PBAKL 17 main cekut je sebab nak cukupkan beli 6 buh novel Karya Seni dapat percuma 1 novel lama. Ok la kan. Orang dah la ramai masa tu so Sis main cekut je sebab cover dia nampak tertarik. Baca tak baca, kemudian cerita. 

Ada lagi sambungan tapi tak pe lah tak penting. Kita fokus kat jalan citer novel. 

Genre novel thriller romance. 

Watak terbahagi kepada :

Gangster. Ada 3 kumpulan. Kumpulan Tuan Zabir atau nama glamer King, kumpulan Razak Hitam dan kumpulan Kitai (Ketua gangster antara gengster)

Tim polis. Gerak Khas atau Polis Evo? Ikut kome lah. 

Keluarga heroin. Heroin bernama Aisy Raisha binti Zabir membesar bersama atuk dan nenek di Ganu Kiterr. Mak dah meninggal. Bapa pulak jarang-jarang balik jenguk anak. Sokmo sibuk sebab bapa dia kerja gangster. Dia sebenarnya nak nyorokkan ahli keluarga dari pengetahuan geng-geng gangster yang lain. Semua geng tak tahu dia ada anak. Dan ahli keluarga pula semua tak tahu pekerjaan sebenar bapa Aisy. 

Hero. Ada 2 watak. Pertama watak penyamaran jadik gangster bernama Qartal (bukan nama sebenar). Lepas tu Qartal 'mati' kena tembak. Dan bertukar la menjadi Umar Faruq, nama sebenar di dalam IC. Inspektor Umar. My Darling Inspektor Umar. Tamau Inspektor Danial. Haha

Begini ceritanya. Kita ke kes utama je lah terus. Kehilangan berlian red diamond. 

Tuan Zubir (aka King aka bapa Aisy) telah merompak berlian merah dari tangan geng Razak Hitam, yang mana sepatutnya berlian tersebut diberikan kepada Kitai sebab Kitai dah bayar deposit. Maka berlaku lah salah faham dan pergaduhan sebab semua tak tahu di mana berlian itu berada sekarang. Operasi mencari berlian pon di mulakan (Ops Berlian). 

Melalui info dari orang King yang dah belot, depan maklum King ni ada anak. Semua terkejut. Samseng macam King ada anak yang cantik. Lantas Razak Hitam menculik anak King supaya bapa nya menyerahkan berlian tersebut. Sewaktu kejadian culik menculik, atok Aisy menemui ajal sebab dikasari oleh orang Razak Hitam. Aisy dibawa ke tempat persembunyian di dalam hutan. Teruk dia kena penampor sepak terajang. Mende la sepak-sepak orang pompuan insan yang lemah ni. (Hanya mampu berserahhh – kata Rohana Jalil) Kesian sangat bila baca. 

Kuncu-kuncu Razak Hitam ni ada 4 orang dan hero ‘Qartal’ salah seorang dari pada nya. Dipendekkan citer Qartal bawak lari Aisy untuk diselamatkan. Qartal ni menyamar jadi gangster sebab dia pon nak cari King. Ada dendam yang membara di dalam jiwa nya, selain nak tangkap King ke muka pengadilan. 

Beralih pulak ke scene di dalam hutan. Aisy dan Qartal gigih cari jalan keluar dari hutan yang tebal untuk selamatkan diri. Dalam 3 minggu jugak mereka terperangkap di dalam hutan. Pelbagai halangan dan rintangan mereka hadapi. Bab makan dan minum la tentunya. Mana nak cekau makanan tengah hutan. Mereka juga berdepan dengan penghuni hutan lain seperti ular sawa, babi hutan dan pak mebeng. Qartal telah diserang dengan pak mebeng sehingga parah. Namun diselamatkan oleh orang Asli yang menetap berdekatan. Qartal mendapat rawatan dengan Tok Batin. 

Ni kalau buat drama ni scene cakaran harimau ni kena ada. Boleh lah amik Rimau Malaya dari filem Waris Jari Hantu.  

Lepas tu mereka pon berjumpa jalan keluar. Kuncu-kuncu Razak Hitam terus mencari Aisy, nak tangkap untuk diserahkan kepada Kitai. Jahat depa ni bunuh orang awam yang tak bersalah. 

Lepas jumpa jalan keluar, Qartal menghubungi tim polis nya. Dan mengarahkan kawan nya menembak Qartal di bawah bahu (seperti dalam cover novel). Tujuan nya ialah untuk mematikan Qartal di hadapan Aisy. Sebab Aisy dah tersuka tanpa sengaja dengan penculiknya yakni Qartal sewaktu mereka di dalam hutan. Qartal ni karakter seorang yang bengis, kasar, garang, tangkas dan taff. Tapi berjaya menawan hati Aisy. 

Dipendekkan citer Aisy dapat tahu juga penipuan Qartal sewaktu di hospital. Dan dia begitu amaroh kerana ditipu. Walhal Qartal menyamar sebab nak tangkap orang jahat. 

Selepas dari itu hidup Aisy tidak aman. Banyak kali cubaan ditangkap oleh orang Razak Hitam tetapi  berjaya di selamatkan oleh Inspektor Umar. Selagi tak dapat berlian, gangster-gengster terus memburu Asiy hingga ke lobang cacing. Boleh bayang tak macam mana perasaan? Kena culik berkali-kali, dikasari dan Aisy rasa dia nak pergi mati. 

(Nah nak pergi mati lah-citer Madu Tiga) 

Hanya disebabkan perbuatan bapa Aisy yang jahat itu. Dalam citer ni Aisy banyak berlari. Dah mengalahkan hero Korea haha. Lari dari semua orang. Tak mahu gangster cederakan orang sekeliling dia yang tak berdosa terbabit sama. 

Orang kata iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa. Kalau nama ada Iman pon belum tentu bertakwa.

Tapi adakah dosa ayah anak kena tanggung? Begitu lah yang tejadi pada Aisy. Lunyai badan Aisy dibuatnya. Tatapi kemudian jeng jeng..hero datang menyelamat.

"Aisy, kita kawin."

(Guruh berdentum dilangit)

"Jadi isteri saya.” kata ASP Umar kepada Aisy

Bunyi guruh kedengaran lagi. Sound efek. 

"Saya akan jaga awak dan lindungi awak."

Dipendekkan citer, Aisy dan Umar pon berkahwin. Hari pertama kahwin Aisy dah dengar statement yang merobek dan menyiat hati nya. Umar berkahwin dengan Aisy bukan sebab nak lindungi dia. Tapi sebenarnya nak buat umpan King keluar dan Umar boleh tangkap King. Propah je kata nak jaga lindungi bagai. Kahwin sebab nak balas dendam pada bapak Aisy yang telah membunuh orang tersayang Umar. 

"Ok fine. Saya akan ikut rencana awak. Saya akan mengumpankan diri saya sehingga tertangkapnya bapa saya. Lepas bapa saya ditangkap, awak mesti lepaskan saya."

Perkataan 'lepaskan saya' itu pula telah merobek hati Umar.

Mula-mula dendam, kemudian simpati kemudian mesti lah kuch kuch hota heyy. Isteri baik, cantik dan ada pelajaran, sebatang kara. Tak kan tak kesian kan kan? Maka cair jugak lah Inspektor Umar yang tegas dan garang itu akhirnya. 

Selanjutnya kena lah baca sendiri. Akak jamin puas hati. 

Sekarang Sis tengah fikir sapa sesuai  untuk watak Qartal/Inspektor Umar tu. 

Tumbiro? Inspekter Khai Polis Evo? Inspekter Mazlan Gerak Khas? Eh Inspekter Mazlan dah takde. Inspekter terkini pon tatau. 

Akahir kalam, terima kasih kepada penulis reka cerita best ini. Moga terus menulis novel  yang sedap-sedap lagi.

2 comments:

cempaka@rohani said...

waiem dear, u never fail me la bila buat ribiu. saya gelak je sepanjang baca. ada jumpa buku ni masa kat popular last week.. tapi masa tu aim nak beli buku anak2.. mak punya buku kendian citer.. masa tu belum baca ribiu lagi.. tinggal lagi satu jer kat rak tu. moga ada rejeki bertemu lagi novel tu. tapi ada satu nk tanya.. pak mebeng tu menda? (letak emoji tengah pikio macam dalam wasap tu)

vanidahlberg said...

Race Tech Titanium: The first horse to take home the podium at
With the start of the 2021 titanium cookware Australian titanium glasses frames Grand Prix columbia titanium boots series, a race tech titanium race tinted out in oakley titanium sunglasses the form of a race tech titanium samsung watch 3 titanium race titanium bike was