Thursday, September 21, 2017

Pengajaran di sebalik Muharam dan Peristiwa Hijrah


Selamat menyambut Maal Hijrah semua.

Kuliah Subuh 17 Oktober 2015 – Ustaz Badli Shah Alaudin


https://www.youtube.com/watch?v=3CxB4_Wbt_0


Bersempena dengan kedatangan Awal Muharam esok, akak nak share satu video kuliah Subuh ni. Kuliah oleh Ustaz Badli Shah Alaudin. Macam biasa cari video secara rambang, tak kisah tajuk apa. Sekali alamak best betul isi kandungan kuliah nya. Alhamdulillah syukur berjumpa dengan video ni.

Cari video ceramah/kuliah secara rambang untuk convert ke MP3 untuk halwa telinga mendengar majlis ilmu di dalam motokar pergi dan balik kerja. Tetambah kalau jem, masa tidak terbuang dengan sia-sia. Video nya tiada tajuk. Cuma Kuliah Subuh dan tarikh.  Sebab akak minat penyampaian Ustaz Bad ni maka ushar la beberapa ceramah dia. Nak pergi majlis ilmu memang tak sempat. Semedang je tak sempat kan. Kalau gi travel tu, sempat pulak. Kann. (Sound diri sendiri) Tapi ada opsyen lain. Menonton di tv atau di utube. Hati kita kalau tak dengar ceramah / hadiri majlis ilmu ni boleh jadi keras. Bila dah keras, mula lah nak melawan. Hehe

Oleh sebab itu akak ingin berkongsi dengan kengkawan di sini. Esok cuti Awal Muharam boleh la dengar dengan khusyuk. Ada elemen sebak juga di dalam isi kandungannya. Terutama bab kepayahan Nabi kesayangan kita berhijrah. Di hujung kuliah Ustaz petik beberapa citer P.Ramlee, yang bila akak dengar, oo ye tak ye. Hehehe

Tajuk kuliahnya ialah : Pengajaran di sebalik Muharam dan Peristiwa Hijrah.

Di negara kita kehebatan Muharam tenggelam dengan kisah hijrah. Fakta sejarah, Nabi berhijrah dalam bulan SAFAR bukan dalam bulan Muharam. Tapi kenapa Muharam di kaitkan dengan peristiwa hijrah? Ada sebab nya.

Anda sudah bersedia? Jomm. Karangan ikut isi Ustaz dan diolah sikit saja untuk kesedapan ayat. Panjang juga. Boleh la sambung-sambung baca esok, lusa dan tulat. Kalu malas baca, dengar la video.

Intro mengenai bulan Muharam. Muharam ini bukan calang-calang bulan. Ia tenggelam dengan kisah hijrah. Maka kurang di ceritakan di sana sini tentang kelebihan bulan Muharam. Muharam ini Allah telah letak kan ia dalam salah satu bulan haram. Dari segai bahasa maksud Muharam ialah bulan yang diharamkan. Apa erti Muharam ini bulan yang diharamkan?

Kata Ibnu Amil ibnu Al-Aala, maksud bulan haram ialah, apa benda bentuk peperangan, jihad diharamkan pada bulan ini. Justeru itu, kata para ulama, jihad ini benda besor. Orang Islam kalau dalam hatinya tak de sedikit pun niat nak berjihad, orang ni esok kalau mati, mati dalam munafik. Walau sebesar mana jihad itu, bila tiba Muharam, ditangguh dulu 1 bulan. Menggambarkan kalau perkara yang sangat disyariatkan Islam pon dilarang pada bulan Muharam, perkara-perkara yang tidak berfaedah lagi lah kena dikurangkan. Jihad pon kena stop dulu. Tapi sayang di negara kita, dalam telibesyen, pertandingan menyanyi silih berganti di bulan Muharam ini. Lepas hok muda, naik pula hok tua.

Bulan Muharam ini kena rai kan bersungguh sebab dia bulan yang Allah letakkan dalam 4 bulan haram. Yang mana Allah berpesan dalam Quran, Surah At Taubah, ayat 36. Di hujung ayat itu Allah menyebut, jangan kamu zalimi diri kamu di dalam bulan-bulan suci tersebut.

(Maka pesta arak, pesta gay memang patut dibantah habisan dan diharamkan. Harap gay Muslim ambil perhatian. Kembali lah ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka buat kita semua)

Keistimewaan lain bulan Muharam ialah ianya dikenali juga sebagai Syahrullah (Bulan Allah). Ini tak de pada bulan-bulan lain.

Dipanggil juga bulan Allah kerana Muharam adalah satu-satunya bulan yang diberi nama selepas kedatangan Islam. 11 bulan lain nama mereka telah wujud di zaman jahiliyah. Bila datang Islam, nama bulan itu diterusnya saja. Allah gantikan 1 bulan itu dengan Muharam dan Allah sandarkan diri Nya sendiri iaitu Syahrullah.  

Juga dinamakan bulan sunyi sebab tiada satu pon peperangan, konflik yang berlaku di dalam bulan Muharam. Sebab itu kalau betul orang yang berjuang di jalan Allah, para Muhajidin, sepatutnya bulan Muharam dia berehat 1 bulan. Tapi sebaliknya hok berlaku, di Syria dan tempat-tempat konflik yang lain, pertempuran tetap berlaku. Jadi kita boleh nilai sendiri perjuangan mereka ikut agama atau tidak. Kalau dia mujahidin fi sabilillah, dia akan berhenti dulu. Gencatan senjata 1 bulan bagi menghormati bulan Allah, Muharam.

Muharam antara 4 bulan suci yang kita harus raikan bersungguh-sungguh.  Ada 4 bulan yang sangat dihormati.

Zulkaedah, Zulhijjah, Muraham, Rejab.

Antara amalan yang sangat dianjurkan di dalam bulan Muharam ialah berpuasa.

Nabi bersabda,

“Puasa yang lebih afdal sekali selepas Ramadan ialah puasa di bulan Allah. Apakah dia bulan Allah? Muharam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa di bulan Muharam antara puasa paling afdal selepas Ramadan. Semoleknya berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Nak berbeza dengan Yahudi yang juga berpuasa pada 10 Muharam. Tapi ikut lah. Nak puasa 9,10 dan 11 Muharam pon boleh. Tak puasa langsung pon boleh. Sebab amalan sunat.

Muharam bulan mulia. Jangan lupakan.

Yang kedua, di negara kita bila tiba bulan Muharam kita kaitkan dengan hijrah Nabi. Untuk makluman peristiwa hijrah Nabi tidak berlaku dalan bulan Muharam. Fakta sejarahnya Nabi berhijrah pada bulan SAFAR. 26hb Safar bersamaan 9 September 622M. Tak de kaitan dengan Muharam.

Tapi apa sebab di negara kita bila tiba Muharam sambut Maal Hijrah? Hok ni ada sebab. Ada sejarah nya. Walau pon fakta historical nya Nabi bukan hijrah bulan Muharam.

Muharam diletakkan sebagai tahun pertama Islam di zaman Saidina Umar Al Khatab untuk diabadikan kenang-kenangan sampai bila-bila. Selain itu tujuan nya ialah untuk memudahkan urusan pentadbiran. Bila tulis surat kena letak bulan dan tahun. Bila  takde tahun susah nak tahu kerja-kerja kena buat di tahun bila. Pegawai Saidina Umar komplen. Depa pun meeting. Kata sepakat di dalam meeting memilih Muharam sebagai bulan pertama tahun Islam. Dan Muharam ini wujud selepas 16 tahun kewafatan Nabi.

Kenangan ini diabadikan sebab semua orang ingat Nabi ni hijrah mudoh dan senang. Naik unta bersama Saidina Abu Bakar dan terus sampai Madinah. Sampai Madinah orang nyanyi Tolaalbadru Alainaa..macam mudoh.

Kronologi hijrah Nabi bukan mudah. Nabi bila nak keluar rumah dia mintak Saidina Ali untuk ganti tempat tidur dia. Sebab di luar rumah dia ada 50 pemuda Quraisy berkuda sedang menanti nak pancung Nabi jika Nabi keluar rumah. 50 pemuda Quraisy dari 50 keluarga berbeza. Bila depa ni serentak bunuh Nabi, keluarga Nabi tidak boleh menuntut bela sebab terlalu ramai kalau nak berperang. Berapa tahun nak habis. Jadi tutp kes NFA.

Malaikat beritahu Nabi rumah dah kena kepung. Nabi pun membaca ayat 9 dari Surah Yasin.

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding, dan dibelakang mereka dinding (pula). Dan Kami menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”

Ketika Nabi keluar orang tak nampak. Namun akhirnya Nabi berjaya dikejar oleh anak buah Abu Jahal, Suraqah bin Malik yang hendak membunuhnya. Sebab orang Arab ketika itu ada ilmu mengenal bau-bauan (al jazibiah). Abu Jahal seorang yang pakar menjejak kesan tapak kaki. Sebab tu Nabi masa nak hijrah kena bawa seorang untuk bagi hilang jejak iaitu Abdullah bin Uraiqith.

Suraqah bin Malik pon pergi mencari Nabi berpandukan kompas Abu Jahal. Kejar-kejar jatuh. Kejar-kejar jatuh. Suraqah pon pelik. Sebagai seorang penunggang kuda yang hebat, macam mana dia asyik jatuh aja semasa nak kejar Muhammad ini? Sebab tu orang Melayu panggil nafsu serakah. Serakah ni dari nama Suraqah. Tak mengenal erti putus asa dan givap. Orang Melayu kata Dongibab.  

Maka apa sebab kita sambut Muharam dikaitkan dengan hijrah?

Muharam ini hanya diletakkan 16 tahun selepas dari peristiwa hijrah itu. Berlaku di zaman Saidina Umar Al Kattab yang meletakkan hijrah sebagai awal tahun Islam. Sebab itu Nabi tak de doa awal dan akhir tahun hijrah.

Apa pengajaran besar yang boleh kita ambil dari Muharam dan peristiwa hijrah ini?

Nabi lepas hijrah :

1. Buat masjid
2. Menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin
3. Buat perjanjian dengan bukan Islam
4. Menguasai ekonomi Madinah

Orang Islam dalam negara kita boleh buat 3 perkara di atas. Tapi yang no.4 tu berat. Kenapa?

1. Masjid banyak. Orang ramai ke tak ramai ke masjid, itu citer lain.
2. Penyatuan kaum. Orang Johor cari makan di KL. Orang Selangor datang cari makan di Terengganu. Tak de masalah. Budaya Ansar Muhajirin dah wujud.
3. Perjanjian dengan orang bukan Islam. Sama-sama membangunkan negeri dan negara dari sudut sahsiah politik.

Hok 3-3 ni kita boleh buat. Tapi hok no. 4 ni payoh. Maaf cakap ekonomi orang Islam jauh kebelakang kalau dibanding dengan kawan-kawan bukan Islam kita. Top 10 orang terkaya di Malaysia (sumber dari Majalah Fox). Cuma 1 Islam yakni no.7. Itu pon Al Bukhary . Melayu Islam macam kita takde.

Orang kita tak mau jadi kaya sebab mungkin takut lupa diri. Abdul Rahman bin Auf terkenal dengan peristiwa hijrah. Hijrah ke Madinah sehelai sepinggang dan kemudian dia boleh kuasai ekonomi Yahudi. Bermula dari jual tali unta saja boleh jadi jutawan. Hebat. (Tak perlu join MLM. Huhu)

Mari kita tanya diri kita. Bagaimana ekonomi kita. Orang Cina berniaga main 3-4 generasi. Atuk, ayah, anak, cucu sambung menyambung berniaga benda yang sama. Tapi orang kita tak. Kalau bapak kita kaya sebab berniaga, anak keje makan gaji. Orang kita berminat makan gaji dan jadi pemimpin. (Huhu lagi)

Dari ceramah ni yang dengar analogi perbezaan perangai 3 bangsa. Orang putih, Cina dan Melayu.

Agenda utama orang Melayu ialah ngeteh. Sebab tu ceramah dekat masjid kalau tak de makan orang tak datang. Masjid buat maulud tak de kenduri, orang tak datang.

Kenduri kawin, bagi kek sepotong dan air kotak, sah dah kenduri. Tapi apa reaksi masyarakat?

Mungkin ada Ustaz-Ustaz ceramah jangan kaya, nanti masuk neraka merangkak. Maka orang kita takut nak kuasai ekonomi.

Mungkin juga sebab pengaruh drama dan filem kita.

Masalah orang kita satu lagi ialah dari kecik kita digambarkan orang kaya mesti jahat dalam drama dan filem. Anak orang kaya, jahat. Orang miskin hebat. Tengok citer P.Ramlee aja. P.Ramlee ni citer dia bagus-bagus. Tapi ada juga unsur dia yang tak betul. Kalau perasan citer P.Ramlee, kalau watak kaya bukan dia, semua jahat.

Penarek Beca – orang kaya Marzuki di gambar sejahat-jahat

Antara Dua Darjat – watak budak kampong tak de kerja, bagus. Tapi watak orang kaya Tengku Mukhriz dan 2 Tengku lagi. 3-3 jahat.Kita tengok puak Tengku, jahat belaka. Menatliti. Dia tak tahu masa tu P.Ramlee tengah gaduh dengan Kesultanan P.

Ali Baba Bujang Lapok – hok malas kerja jadi hero. Tangan bunyik..krik krik krik. Tapi Kasim Baba rajin kerja, jahat dan tamak.

Seniman Bujang Lapok – watak Sarip Dol anak orang kaya, jahat pukul orang.

Ibu Mertua ku – main muzik, kerja tak tentu arah, ngorat anak orang. Bagus. Watak Nyonya Mansur jahat. Padahal dia nak dapatkan jodoh yang terbaik buat anak dia. Nak kawinkan dengan doktor, bukan orang jahat.

Labu Labi – watak orang kaya, jahat jugak. Kerja orang gaji, bagus.

3 Abdul – citer orang kaya jahat juga.

Ahmad Albab – orang kaya masa harijadi paksa orang bagi hadiah.

Tapi kita akan terpengaruh, bila kaya, mesti jahat.

Jadikan momentum Maal Hijrah ni kita tukar pemikiran. Bahawa menjadi kaya itu tidak jahat. Bahkan nak mengangkat ekonomi orang Islam.

Banyak nak citer, tapi pakat lapar perut semua. Kita berhenti takat ini dulu lah.

Sekian.

Orang kita minat jadi kaya. Sapo tokse kaya Ustak oii. Tapi nak kaya cepat dengan menganiya orang. Maka muncul lah skim piramid, skim cepat kaya. Bina rumah pon guna skim pyramid loni.

Selamat menyambut Awal Muharam. Mulakan lah tahun baru ini dengan solat Subuh berjemaah. Ayoh!

No comments: