Tuesday, October 24, 2017

Midnight Runners (2017)


Sebuah filem wajib tonton tahun ini. Selepas menonton Park Seo Jun ni dalam Fight My Way, akak teruja nak tengok projek dia seterusnya. Dan kebetulan pulak filem baru bergandingan dengan Kang Haneul ni. Kesian tengok dia dalam Scarlet Heart Moon Lovers kena overshadow dengan Lee Junki kan. Dalam filem ni dia kelakor. 

Kisah 2 pemuda (hestek Bromance) yang berjaya masuk ke Universiti Polis. Sorang nak masuk sebab yuran percuma. Sorang nak masuk sebab apa tah. Lupa. Tapi kedua nya bukan sebab nak jadi polis matlamatnya.

Bermula sesi memotong rambut. Dia tak bagi gunting rambut dia pendek sangat sebab sideburn dia jenis makan tahun nak panjang. Kekeke

Yang ni pulak seorang yang pembersih. Siap tanya "Did you sterrilize that hair clipper?" 

Lepas tu sambung  "Without sterilization, it can cause bacterial skin infection."


Dia juga seorang yang tidak makan makanan segera seperti sosej sebab di atas. Hehehe


Di dalam bilik kuliah


Segala nya bermula bila mereka terlihat sendiri seorang budak perempuan diculik. Tetapi beg plastik hitam kepunyaan perempuan itu tidak diculik sama. (Anak panah merah tu). Dalam plastik itu mengandungi taeo-bokki. Sejenis makanan yang diperbuat dari tepung beras dan makan dengan sos.

Bermula siasatan mereka untuk mendapatkan maklumat siapa sebenarnya perempuan yang kena culik itu. Pertama sekali depa gi tanya di gerai-gerai tepi jalan yang jual taeo-bokki itu. Bila dah jumpa gerai tersebut, dapatlah mereka info serba sedikit mengenai pembeli  taeo-bokki itu.    


Seterusnya mereka ke balai polis berhampiran dengan harapan pihak polis dapat membantu mereka mencari penjahat itu jam juga. Sekurang-kurang nya bantu lah trace plet kereta penculik itu melalui cctv ke. Ini tidak. Jawapan yang diterima dari pegawai polis itu sungguh menghampakan. Mungkin sebab mereka hanya seorang pelajar saja.


Mereka pon mula lah menyiasat sendiri menggunakan apa yang mereka belajar di Universiti. 

"Should we use 3 sources of investigation? Examine victim, evidence and crime scene."

Mereka mulakan dengan crime scene. Dah berjumpa semuanya, namun penjahat, penculik itu berjaya meloloskan diri. Mereka lantas hubungi pensyarah mereka di Universiti iaitu Professor Yang, lakonan ahjussi femes tu.


Dalam kereta Prof Yang pon bukak cerita mengenai satu sindikit menjual telur sperma manusia. 

"In 2007, I caught a egg broker and saw that ovulation drug for the first time. A healthy woman normally produces one egg per month. With this drug she can produce up to 20 eggs. Egg brokers connect infertile couples and egg donors for a fee."

Aigoo aigoo apa ke benda nye ni. Ini machiem pon ada ka. 


Untuk menumpaskan sindiket ini ianya mengambil masa 2 minggu untuk internal investigation. Bla bla bla makan masa dalam sebulan kata Prof Yang.

Ini tak boleh jadik men. Penjenayah mesti mau kena bedal men. Dan mereka berdua mengambil keputusan untuk menumpaskan sindiket telur itu sendiri secara rahasia.


Pasangan yang mahu membuat IVF akan ditunjukkan kad student oleh dokter. Doktor cakap student tu mahu mencari duit lebih untuk menampung perbelanjaan kolej dengan menjual telur. Padahal budak tu dah lunyai kena culik dan disuntik dengan dadah.


Penjenayah berjaya ditumpas. Dan mereka berdua kemudian dihadapkan ke Lembaga Disiplin Polis. Samada dibuang Universiti atau dimaafkan.


Ada satu scene di dalam kelab malam, seorang minah ni pengunjung kelab atau pekerja kelab telah bisik kepada Park Seojun, 

"Kenapa kau memilih untuk jadi polis? Kau akan miskin seumur hidup."

Sentap juga dia dengan kata-kata itu. Tapi selepas telah berjaya menumpaskan sindikit itu, beliau dengan rasa yakin dan bangga menjawab nak jadi polis. Sebab sebelum ini dia tak de cita-cita nak jadi polis pon. Masuk Universiti Polis sebab mak yang suruh masuk.

Sebab tu bila akak nampak abam abam polis ni bertugas di jalan, kawal lalu lintas, saman orang tepi jalan, akak akan titipkan doa buat mereka. Moga rezeki mereka diberkati, dipermudahkan urusan buat kerja dan jangan lah amik RASUAH. Kesannya kat diri sendiri, keluarga, anak bini.

Jangan lupa ye doa abam abam penguatkuasa kita. Mungkin dari doa kita menjadi asbab depa tak jadi nak ambik rasuah.

No comments: