Monday, September 23, 2013

Two Weeks - Episode 1 & 2


Drama ini berkisar mengenai seorang ayah yang menjalani kehidupan yang bebas dan rambang serta tiada arah tujuan sebab dia ingat dia tiada keluarga, juga merupakan gengster juga gigolo kadang-kadang. Selalu masuk keluar penjara menjadi kambing hitam menggantikan penjenayah yang berprofil tinggi.

"Jang Tae San, ko tolong cover masuk jel untuk aku. Nanti aku kasik la ko sikit habuan. Ko bukan ada orang nak meratapi ko kalau ko masuk jel pon. You are my pren" kata orang itu

Sebelum dia tahu yang dia telah berpangkat ayah / appa.

Kemudian satu hari ayah itu di datangi oleh seorang perempuan yang pernah menjadi gelprennya 8 tahun yang lalu. Perempuan itu bukan mahu merujuk kembali kepada nya tetapi mempunyai satu permintaan supaya dia menjalani ujian darah sebab anak dia mengidap penyakit lukiemia dan memerlukan pemindahan tulang belakang ke hapa oleh penderma yang sama darah. Dah banyak kali dia berusaha namun kesemuanya gagal.


Sesi melayan peminat ahjumma yang ke-hausan


Sembang pon tanak pandang muka. Betapa menyampahnya dia pada bekas kekasihnya, Jang Tae San. 

"Aku boleh lakukan ujian darah itu, tapi aku moskel, adakah semua orang yang ko jumpa ko akan suruh dia buat ujian  darah"? tanya Jang Tae San kepada wanita itu

" Aku terpaksa jugak jumpa kau sebab aku tiada pilihan. Aku ada anak dan anak aku mengidap lukiemia dan anak aku itu berusia 8 tahun" balas wanita itu

"Apaaaaaa lapan tahun????"

Jeng jeng jeng ...

Jang Tae San mula imbas kembali kejadian lapan tahun yang lalu. 

Diselangi muzik latar ... lapan ribu lapan ribu hanya untuk mu hei hei

Ok potong stim ... kekekeke

"Kau simpan bayi itu?? Kan aku suruh gugurkan kandungan itu. Kenapa kau simpan jugak ... wae wae" buat muka tokojut seperti di atas

"Selama ini dia ingat ayah dia sudah mati. Kau jangan nak macam-macam lepas ni. Jangan ada hati nak mengaku kau ayah nya. Buat saja ujian darah. Nak ke tanak ni?"

"Ok ok. Esok aku datang spital"

Maka bermula lah fasa baru dalam kehidupan Jang Tae San dengan berita yang baru dia terima yak itu dia ada anak perempuan berusia 8 tahun yang mengidap lukiemia

Lepas buat ujian darah Jang Tae San  naik melawat wad kanak-kanak. Mahu juga dia tengok anaknya itu. Berdebo pon ada, nerves pon ada. Seorang kanak-kanak menegur dia dengan panggilan "Appa"

"Yah budak kecik. Kenapa kau panggil aku appa? Aku bukan appa kau" Tae San berkata sambil kaver nerves dia. 

Aik dia tahu nama kita.

Jang Tae San beranggapan budak itu panggil setiap lelaki appa sebab dia tak de appa kot.

Padahal ada sesuatu rahsia yang omma, appa dan boipren omma dia tak tahu.  Dia ada simpan gambo mak dan ayah dia yang telah koyak oleh omma dia. Melalui gambo itu dia tahu bagaimana rupa appa dia yang dilaporkan mati oleh emak dia


Ujian darah positif dan Jang Tae San tidak sabar untuk menderma organ kepada anak nya sendiri. Pembedahan akan dijalan lagi 2 minggu. Dalam 2 minggu dia tidak boleh cedera dan sebagainya. 

Ya 2 minggu. Sebagaimana judul drama ini. 

Malang tidak berbau, Jang Tae San di landa musibah lagi. Kali ini di tuduh membunuh perempuan bernama Oh Mi Sook itu. Merupakan perempuan simpanan tokei kelab malam dan Jang Tae San kenal akan tokei ini bernama Presiden Moon.

Jang Tae San membisu seribu bahasa apabila di tanya oleh polis. Awalnya dia mengamuk dan menjerit bahawa bukan dia yang bunuh.  Tapi jeritan dia itu hanya sia-sia. Dia dah dapat gambaran siapa yang punya angkara berdasarkan bukti-bukti yang polis kemukakan. 

Adakah dia menjadi mangsa kambing hitam Presiden Moon lagi?

Apa kaitan Presiden Moon dan Oh Mi Sook?

Dipendekkan citer, kes bunuh Jang Tae San akan dibawa kepada pihak Prosecutor. Dalam perjalanan nak ke sana kereta polis mengalami kecelakaan. Kereka polis kena hentam dengan trailer. *pom pom pom keceper*

 2 watak utama yang jahat dalam drama ini. Seorang ahlil politik dan seorang lagi tokei kelab malam Presiden Moon. 

Kali terakhir tengok Presiden Moon ni berlakon dalam East of Eden tahun 2008. Jahat kemain dia dalam citer tu. Tup tup jumpa dia dalam drama ini semula. Jahat jugak. Sabo je la. Aigoo.

Ahkak ni seorang Prosecutor. Dia sedih banget ni sebab dapat tahu informer dah mati. Oh Mi Sook tu informer dia. Sedih-sedih bawak kereta hingga menyebabkan kemalangan Jang Tae San. Nak pegi ke mana tak tahu lagi. Kena tengok episod 3.


Jang Tae San bagaimapun terselamat di dalam kemalangan jalan raya itu. Tae San mengambil keputusan melarikan diri dengan motosikal dengan tangan bergari. Tengok tu dua-dua tangan pegang satu handle motor. Tae San membawa motor sambil berdoa, 

"Oh Tahun untuk pertama kalinya, tolong la aku. Aku mahu berhidup sebagai seorang manusia buat pertama kalinya. Chaebal...chaebal.."

Tae San juga sudah berkira-kira mahu menulis lirik lagu mengenai diriknya dari seorang gangster menjadi manusia sejati demi anaknya,

 Aku yang sekarang bukan nya yang dahulu..
Dulu aku gangster, sekarang aku dah jadi bapa oi..

Adakah dalam masa 2 minggu Tae San berjaya meloloskan diri untuk menjalani pembedahan anaknya?

Tak saba nak tengok drama ni seterusnya.

2 comments:

cempaka@rohani said...

Hahaa!! tak tinggal lagu 8000 8000 hei hei!! every time tgk iklan ni mmg ingat kat waiem.. ekekekekekekee....

waiem said...

Hehehehe