Saya beli buku ini sebab minat sangat dengan penulis nya. Minat dengan gaya penulisannya.
Tak kira genre apa yang beliau tulis, saya suka membacanya.
Orang nya sudah berpunya, tunggu masa nak makan nasi minyak saja. Hehehe
Usia sebaya dengan adik lelaki bongsu saya dan yang paling tak larat dua-dua penyokong Chelsea.
Jadinya kalu ada game Chelsea, saya akan teringat ke dua insan ini.
Usia sebaya dengan adik lelaki bongsu saya dan yang paling tak larat dua-dua penyokong Chelsea.
Jadinya kalu ada game Chelsea, saya akan teringat ke dua insan ini.
Mula membaca penulisannya di http://sokernet.blogspot.com/
Memang menunggu-nunggu setiap ulasan bola dari beliau sebab ulasan beliau penuh dengan info, ilmu, fakta dan buat homework.
Sungguh kagum dengan anak muda kelahiran Tronoh Perak ini.
Tapi sekarang blog sokernet sudah tidak best lagi.
Saya hampa. Tersangat hampa.
Barangkali beliau sibuk menulis buku. Penulis lain yang di awal-awal penubuhan sokernet pon sudah tidak mengulas lagi.
Saya boleh la dikatakan di antara pembaca senyap terawal sejak penubuhan blog sokernet dan juga fesbuk sokernet itew.
Saya bukan lah peminat bola sangat. Tapi layan juga la Piala Dunia dan Piala Eropah sejak 1994.
Masa zaman skool dulu sekitar 1990-1991 dulu layan la kejap boleh sepak Malaysia sebab tim Johor ada pemain hengsem yak itu Abbas Saad. Kehkehkeh.
Lepas tim Johor merundum dan kelaut saya juga entah ke laut mana. Sambung belajar barangkali.
Aaa sempat jugak sokong tim KL sebab ada abang Subadron Aziz…hehehe
Tiada nama Subadron Aziz di petik dalam buku ini. Dia tidak pernah mewakili pasukan kebangsaan agaknya.
Sehingga lah kemunculan blog sokernet pada tahun 2009 saya kembali mengambil tahu mengenai bola sepak Malaysia di sebabkan ulasan-ulasan dalam blog tersebut.
Panjang beno nama...hehe
Buku ini menceritakan kisah pasukan bola sepak Malaysia yang telah melakukan kerja sia-sia selama 40 tahun menerusi kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia. Dari Piala Dunia edisi 1974 hingga lah membawak ke edisi 2014.
"Kata orang usaha tangga kejayaan. Tapi usaha yang sama jika dibuat berkali-kali tanpa mendatangkan hasil boleh juga dikata sebagai kerja yang sia-sia. Cuma kita bernasib baik kerana dalam melakukan kerja sia-sia ini kita tidak keseorangan."
m/s : 12
Bila baca buku ni rasa sedih pun ada, rasa geram pun ada. Tapi siapa lah saya nak komen lebih-lebih.
Dari zaman tak canggih tv hitam putih, hingga ke zaman fesbuk, tuiter dan istagram, pasukan bola sepak Malaysia hanya banyak memainkan perasan penonton.
"Ada masanya kita hampir berjaya (dan ini hanya berlaku ketika era 1970an atau 1980an) tapi dalam kebanyakkan kes, usaha kita hanya ke laut."
m/s : 14
Pernah lawan Isreal di tahun 1973. Kagum dengan fakta yang dikorek.
Ranking sekarang pon makin merundum. Tetapi ranking tidak penting, kata ketua jurulatih negara.
"Ranking hanyalah kedudukan membabitkan angka ," katanya, sambil menegaskan bahawa soal ranking tidak penting kerana ia bukan pengukur sebenar prestasi anak didiknya.
Hahaha…abes apa yang penting?
Apa yang penting…kerja samaaaaa kata Wonder Pet.
"Yang penting aku dah dapat Datuk"
Barangkali itu la yang penting. Barangkali.
Insiden hitam bola sepak negara.
Kok ye nak berlibur pon tunggu la lepas masuk World Cup
Kok ye nak berlibur pon tunggu la lepas masuk World Cup
Lepas tamat baca, kesimpulan yang boleh saya simpulkan mengenai kemerosotan bola sepak Malaysia ialah masalah disiplin.
Bak kata jurulatih Harimau Malaya untuk edisi Piala Dunia 2002, Encik Allan Harris,
"Anda tidak boleh menguruskan sebuah pasukan tanpa disiplin dan kes ini adalah contoh jelas pemain yang tidak berdisiplin"
m/s : 96
Nak pegi Hard Rock atau disko bila-bila boleh. Untuk layak ke Piala Dunia 4 tahun sekali je dol. Tahan la kejap. Apa daa.
Imbas kembali, rupanya masa Khalid Jamlus kena tangkap masa depa nak lawan untuk kelayakan Piala Dunia 2002.
Memang tak patut.
Dulu baca juga berita tapi macam tak peduli sangat.
Ok seterusnya.
Di dalam buku ini penulis ada menyebut perkataan Perang Yom Kippur.
Anda tahu mengenai perang ini?
Lucius Maximus ada menulis mengenai nya di fesbuk pada 9 Ramadan yang lepas.. Saya kopipes di SINI
9 Ramadan 1434H, hari ini genap 41 tahun (mengikut kalendar Hijrah) meletusnya Perang Ramadan atau Yom Kippur atau Perang Arab-Israel Ke-4.
Perang Ramadan bermula apabila tentera Mesir menyeberangi Terusan Suez memasuki Sinai yang dikuasai Israel. Syria pula kemudiannya menyusul dengan menyerang kedudukan Israel di Bukit Golan. Pada 12 Ramadan 1393H, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan memberitahu Perdana Menteri Israel, Golda Meir bahawa Israel berdepan dengan kehancuran.
Mujur ada Amerika Syarikat. Melalui Operasi Nickel Grass, Amerika Syarikat menerbangkan kereta kebal, artileri, peluru dan pesawat tempur ke Israel. Rejim Zionis terselamat, dan menjelang 28 Ramadan, Mesir, Syria dan Israel menamatkan perang. Mungkin juga kerana Aidilfitri sudah hampir tiba.
Melalui Perjanjian Kem David tajaan Amerika Syarikat, Mesir akhirnya mengiktiraf Israel. Kaherah mula meninggalkan sfera Moscow dan berkiblatkan Washington. Dan Mesir menerima bantuan ketenteraan besar dari Amerika Syarikat sebagai balasan.
41 tahun selepas bermulanya Perang Ramadan, hari ini Mesir adalah kuasa ketenteraan Arab berjumlah lebih 1 juta anggota dengan 1,130 kereta kebal M1 Abrams dan 240 F-16 Fighting Falcon. Semuanya senjata buatan Amerika Syarikat.
Dan semuanya, pada hari ini 9 Ramadan 1434H, digunakan bukan untuk memerangi Israel, tetapi untuk memerangi rakyat Mesir itu sendiri.
Dan samalah juga dengan Syria, 41 tahun selepas Perang Ramadan.
Jadahnya?
Buku ini harus dan mesti di baca bagi peminat bola sepak Malaysia. Pasti mengkagumkan anda.
Kalau tak minat bola boleh lah baca sebagai pengetahuan am, kot-kot nak masuk rancangan Money Drop ke. Kot ada terkeluar soklan pasal bola sepak Malaysia, boleh dah jawab.
"Namakan 2 pemain bola sepak Malaysia selain Khalid Jamlus yang dilaporkan berada di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada jam 1.00 pagi 17 Februari"
- Kamarulzaman Hassan
- Azmin Azram
- Irfan Fazail
- Wan Zek Haikal
Kehkehkeh
Lantas segera lah dapatkannya di pasaran sebelum kehabisanlullazi.
No comments:
Post a Comment