Monday, August 28, 2006

KDrama : Green Rose (2005)



Synopsis

Lee Jung-Hyun (Go Su) is accused for murdering Oh Soo-Ah's (Lee Da Hae) father. He runs away and becomes a fugitive. Later, he returns and seeks out revenge. Oh Soo-Ah who is the successor of the enterprise "First Electronic" falls in love with Lee Jung-Hyun.

 
Starring :
Go Soo , Lee Da Hae , Kim Suh Hyung

Total episode : 22

Credit :
DramaWiki, SBS

Pada saya ini cerita best. Saya suka banget keseluruhan jalan citer dia. Penuh dengan saspen dan membuat jantung anda dag dig dug terutama 10 episod yang terakhir.

Adegan paling suka mcm mana hero memberitahu heroin secara tersirat bahawasa nya dia la chentar hati heroin sebenarnya. Jenuh gak meneka sorang diri mcm mana hero akan membuka rahsia dirinya yang sebenarnya selepas 3 tahun tidak berjumpa dan dilaporkan telah mati.

Moral of the stori : Kita kena kaya dan ada kuasa baru akan dipandang orang dan boleh membalas dendam dan menegakkan keadilan. Segala keje pun senang nak buat sebab ada kuasa dan duit. Tapi jangan salah guna kuasa sudahla yek. Tak baik Tuhan marah :)



hero menten dahi berkerut hahaha


Citer ni mengisahkan hero yang difitnah kerana cubaan membunuh bapak heroin dan dihukum penjara seumur hidup. Hero cuba mempertahankan diri tapi tiada bukti yang cukup menunjukkan dia tak bersalah di atas rencana terancang pembunuhan bapak heroin. Emak nya sangat sedih dan tak tau cemana nak buat lantas membunuh diri. Hero diberi pelepasan menghadiri upcara pengkebumian mak dia. Alang² mandi biar basah. Alang² dah diberi lepas keluar dari penjara maka hero pun melarikan diri untuk membuktikan diri dia tak bersalah. Maka dia pun mencari suspek sorang demi sorang. Suspek yg paling utama sekali ialah seksitari kepada bapak heroin.

Carik punya carik dapat tahu itu suspek telah dihantar ke cawangan di Shanghai. Hero bagaimanapun telah berjaya dari tidak diberkas pak polisi dan terjun ke dalam sungai. Seramai-ramai polis yg lengkap bersenjata tak berjaya menangkap hero sorang yang tak de senjata hiks. Selang beberapa minggu satu mayat telah dijumpai di sungai tersebut dan pihak polis yakin hero telah mati. Gumbira lah semua orang yg telah menganiaya hero. Tammat la riwayat hidup hero di Korea.

Arakian hatta sebenarnya hero belum mati. Kalu mati abisla citerkan hehe. Hero cuma menukar baju dengan orang lain yg dah mati kemdian hanyutkan ke sungai untuk buat silap mata ala David Koperfield hehe.


Maka hero berazam mahu mencari juga suspek yang dapat membuktikan dia tidak bersalah. Dengan gigih hero telah menyeludup pegi ke Tanah Besar China secara haram. Tang ni mek kagum hero dapat baca tulisan Cina dengan fasih hahahaha.

Hero telah berjaya survive orang diri di China. Kemdian berjaya jumpa dengan suspek seksitari iteww dan telah berbaik dengan sorang lagi warga Korea dan berbaik la mereka bertiga warga² Korea tersebut. Suatu hari mereka berjaya menumpaskan cubaan membunuh sorang tokoh konglemerat yg terbesar di China. Tokoh konglemerat tersebut telah memberi hadiah kepada mereka bertiga kerna telah berjaya menyelamatkan dia. Melihat pada raut wajah hero yg ala² jujur lurus bendul dan boleh buat keje, tokoh konglemerat tersebut telah menyerap masuk hero ke dalam syarikat nya. Bermula dari jawatan kecil dan akhirnya ke posisi tinggi dan akhirnya layak mewakili syarikat China tersebut dalam urusan perniagaan di seluruh dunia. Amek kau dari pendatang haram boleh jadik boss di syarikat yang besar dan berpengaruh di China.

3 tahun telah berlalu

Satu mesyuarat wakil² syarikat elektronik Asia Tenggara akan di adakan di Korea. Hero mewakili syarikat terbesar China dengan nama dan identiti baru. Kemunculan nya menjadi kejutan ramai tapi hero menten kool.

Hero kembali ke Korea dengan satu tujuan utama untuk membaik pulih nama asal nya yg diberi oleh ibunya juga menuntut bela atas kematian ibunya

Kembali untuk mengerjakan manusia yg telah memfitnahnya

Juga kembali bertemu chentar hatinya yang sangat dirindu serindu rindunyaaaa ala² kumpulan Sepoong huhuhu

Dan akan terbongkar la satu lagi rahsia di sebalik kisah pembunuhan bapak heroin. Misteri di sebalik misteri. Ala² cam disebalik kuetiaw kerang ada kerang, udang dan juga taugeh hohoho

No comments: