Ok u ols sapa yang follow citer ni di KBS World pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Ep 07 hari Rabu ni. Kemuncak segala episode. Sebab Hong Gil Dong akan 'mati' dan Yinok akan terpisah dengan Gil Dong. Episode 12 baru mereka berjejak kasih semula. Jeng jeng jeng
Dalam Ep 06 HGD telah dituduh membakar istana Raja Gila kan. Dalam Ep 05 pula HGD telah dituduh merampok rumah bapanya sendiri iaitu Menteri Cipan. Dan juga dituduh mencuri pedang Sa Yin. Makanya bertimpa² tuduhan terhadap HGD oppa iteww.
Ep 07. Selepas HGD berjaya melarikan dari istana Raja Gila, HGD mahu berjumpa dengan bapa nya Menteri Cipan untuk mengatakan bahawa dirinya telah difitnah dan bukan dia yang melakukan semua kejadian itu. Dan HGD pon panggil adek tiri dia untuk menyampaikan mesej kepada bapa nya Menteri Cipan itu. Mari kita ikuti beberapa sedutan
Alkisah Menteri Cipan tahu yang HGD tidak bersalah tetapi dia tidak dapat berbuat apa untuk menyelamatkan HGD kerana HGD bukan anak sah nya.
Menteri Cipan mahu menyelamatkan anak sah dia yang sorang lagi iaitu adek Gil Dong yang macam jahanam. Belajar malas tapi ada hati nak kawin dengan anak dara menteri. Menteri sorang lagi menteri pertahanan
Dan perbualan itu didengari oleh Yinok. Yinok dan sorang lagi geng kat belakang tu berasa sedih. Tau la mereka sekarang bagaimana Gil Dong di layan oleh ahli keluarga sendiri. Sebab itu Gil Dong mahu berhijrah ke negeri China (Qing) tapi tak berkesempatan pi lagi. Asal nak pi China je ada kejadian buruk berlaku
Yinok suruh Gil Dong menangis untuk meluahkan rasa hiba nya dan Yinok janji takkan tengok Gil DOng nanges. Sebab tu Yinok cover tangan dia cam tu. Jatuh la ego hero Gil Dong kalau Yinok tengok dia nanges kan...hehe
Dan Gil Dong pon nanges la sebab bapak dia tak kisahkan dia. Kwenchana Gil Dong, jangan bersedih, waiem.blogspot ada...ekekeke
Master Gil Dong suruh Gil Dong melarikan diri saja sebab Gil Dong dah ada banyak tuduhan pitenah nih
Satu malam Yinok bagi Gil Dong prezen iaitu pouch. Dalam pouch itu terkandung tanah kubur ibu Gil Dong. Kenapa tanah kubur? Tengok la sendiri
Di istana pula, Raja Gila tu memerintah semua rakyat yang ada didalam istana sewaktu kejadian pengeboman C4 di istana disiksa dengan kijam. Tujuannya untuk mencari mastermind yang membakar istana. Maka ramai la rakyat jelata yang tidak bersalah didera dan diseksa hingga mati jika tidak mengaku. Nak mengaku cam ne dah depa tak buat
Gil Dong menyaksikan dari kejauhan. Dari jauh ku pohon maaf. Maaf kerana, kerana aku korang kena seksa
Ini ditempat penyembelihan rakyat yang tidak bersalah. Sorang demi seorang mati dek kekijaman Raja Gila itu.
HGD bersemuka dengan Prince Changhwi. 'Mari lah kita tammat semua ini dengan kematian aku' kata HGD memberi idea
Pedang yang menjadi kegilaan ramai. Raja Gila nak pedang ni, Prince Changhwi pon nak pedang ni. Ini pedang memang menyusahkan orang. Last sekali semua orang kena tipu sebab pedang ni pun pedang tipu hahaha
Gil Dong akan menyerahkan pedang ini kepada Raja Gila untuk menyelamatkan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Romeo must die
Gil Dong pon pergi la berjumpa dengan bapanya Menteri Cipan untuk menyerahkan diri. Tapi bukan serah diri di rumah. Tentera Raja Gila kena tangkap dan bunuh dia di dalam hutan daa
Sebagai hero sejati sebab, tajuk citer pon Hong Gil Dong, The Hero, untuk menyelamatkan rakyat jelata yang tidak bersalah, Gil Dong mengaku segala tuduhan itu adalah benar belaka. Tiada yang palsu melainkan benar benar belaka. Dia rela dibunuh. Tiada guna dia berhidup jika ramai rakyat yang terkorban.
Tapi bapak dia tidak percaya. Mesti ada dalang di sebalik pengakuan Gil Dong. Bareba Gil Dong yaa. Cakap Gil Dong siapa mereka-mereka itu. Cakappp *aku bilang action lain kali cakap*
Gil Dong terpaksa meninggalkan Yinok seorang diri walaupun berat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul pedang Sa Yin iteww
Yinok selepas tersedar dari pingsan menjerit-jerit memanggil Gil Dong dengan sedih sekali sebab dia nak follow Gil Dong *i follow*
Dan diakhir episode ini akan berkumandanglah lagu 'If'
Selamat menonton!
*Credit soft subs WITHS2
No comments:
Post a Comment