Synopsis :
This drama is set in the 1930's when Korea was under the rule of Japan. Na Yu Kyung was the owner of a book store and she was also a freedom fighter. Sun Woo Wan was the playboy son of a rich family and he became involved in the independence movement through a bet with his co-workers to win Na Yu Kyung's heart. His father paid for the education of his worker's son, Lee Soo Hyun, and was disappointed to find him working for the Security Branch of the Japanese government. Cha Song Joo was a famous geisha who ran a high class brothel.
Cast : Kang Ji Hwan , Han Ji Min , Ryu Jin , Han Go Eun
Total episode : 16
Credit : DramaWiki , Veoh , WITH2S
Citer ni sangat best tau u all. Citer ni berjaya menggondol carta pertama di hati saya bersebelahan dengan Hotelier hehe. Saya ternanti-nanti kdrama mana yang berjaya bersaingan dengan Hotelier saya dan akhirnya sudah berjumpa. Ini lah drama nya. Drama best-best ada banyak. Antara yang best tu pasti ada yang ter-best. Ter-best disebabkan 'cukup pakej'. Faktor tema jalan citer yang berlainan sedikit dari kebiasaan, casting utama dan pembantu sangat bagus dan berkimia, skrip sangat bagus, agihan watak-watak bagi adegan-adegan sama bagus dan OST juga bagus. Pendek kata semua nya bagus-bagus belaka. Dan akhir sekali citer yang ter-best itu akan buat kita berulang kali nak tengok. Saya tak pasti penilaian u all macam mana, tapi drama ini telah menepati kehendak dan citarasa saya. Bravo. Dan saya pasti u all pun ada ranking drama favourite pojaan di hati.
This drama is set in the 1930's when Korea was under the rule of Japan. Na Yu Kyung was the owner of a book store and she was also a freedom fighter. Sun Woo Wan was the playboy son of a rich family and he became involved in the independence movement through a bet with his co-workers to win Na Yu Kyung's heart. His father paid for the education of his worker's son, Lee Soo Hyun, and was disappointed to find him working for the Security Branch of the Japanese government. Cha Song Joo was a famous geisha who ran a high class brothel.
Cast : Kang Ji Hwan , Han Ji Min , Ryu Jin , Han Go Eun
Total episode : 16
Credit : DramaWiki , Veoh , WITH2S
Citer ni sangat best tau u all. Citer ni berjaya menggondol carta pertama di hati saya bersebelahan dengan Hotelier hehe. Saya ternanti-nanti kdrama mana yang berjaya bersaingan dengan Hotelier saya dan akhirnya sudah berjumpa. Ini lah drama nya. Drama best-best ada banyak. Antara yang best tu pasti ada yang ter-best. Ter-best disebabkan 'cukup pakej'. Faktor tema jalan citer yang berlainan sedikit dari kebiasaan, casting utama dan pembantu sangat bagus dan berkimia, skrip sangat bagus, agihan watak-watak bagi adegan-adegan sama bagus dan OST juga bagus. Pendek kata semua nya bagus-bagus belaka. Dan akhir sekali citer yang ter-best itu akan buat kita berulang kali nak tengok. Saya tak pasti penilaian u all macam mana, tapi drama ini telah menepati kehendak dan citarasa saya. Bravo. Dan saya pasti u all pun ada ranking drama favourite pojaan di hati.
Citer ini diadaptasi dari novel Capital Scandal. Pertama kali tengok tajuk 'Capital Scandal' ingat citer pasal duit lagi (lepas War of Money) Ingat citer pasal business pusingan modal ke, atau cara-cara nak dapatkan modal untuk perniagaan ke. Rupanya tersasar anggapan saya. 'Capital' di sini merujuk kepada 'ibu negeri' sebuah negera. Terlupa 'capital' juga merujuk pada ibu negeri. Asek ingat duit saja hehe. Dan di dalam ibu negeri itu terdapat beberapa skandal yang perlu dirungkai. Maka jadi lah drama Capital Scandal
Tema citer ni agak besar mengenai kemerdekaan negara dan pembebasan daripada penjajah dan diolah dengan begitu menarik dan komedi sekali. Tidak ketinggalan adegan menyayat hati.
Kisah berlatar belakangkan tahun 1930 semasa Korea dibawah jajahan Jepun. Semoleknya untuk 31 Ogos yang lepas para penggiat seni boleh bikin satu drama macam ni.
Negara Korea pada masa itu diberi nama 'Chosun' oleh pemerintahan Jepun. Rakyat negara mana kan yang suka negara mereka dijajahkan. Maka adalah beberapa rakyat tempatan Chosun yang mahukan kemerdekaan dengan melancarkan perang secara senyap dan mahu mengguling pemerintahan Jepun pada masa itu. Mereka telah menubuhkan gerakan rahsia yang diberi nama Gerakan X.
Penggulingan dilakukan melalui pembunuhan. Mahu bebas dari penjajah mesti ada tumpah darah dan tembak menembak kan. Pembunuhan dilakukan terhadap pemerintahan Jepun secara berperingkat-peringkat iaitu dimulai dengan orang bawahan pegawai polis Jepun. Lepas sorang-sorang pegawai Jepun kena bunuh maka Kerajaan Jepun pon giat menjalankan operasi mencari pembunuh. Beberapa suspek tempatan dikenali pasti dan disoal dengan kekerasan. Namun kesemua nya gagal sebab tidak cukup bukti. Begitu teliti Gerakan X ini menjalankan tugas mereka hingga tidak meninggalkan kesan kotor mahupun degil.
ada je adegan naik basikal ekekeke
Semasa mahu melaksanakan misi terakhir dua dari anggota Gerakan X dapat dibunuh oleh Jepun. Sob Sob. Kasihan sungguh mereka ini.
Dan adakah Jepun berjaya digulingkan? Sesama anda menyaksikan drama ini. Saya pasti yakin drama ini akan mencuit hati anda terutama aksi hero nya huhuhu
Mari kita para pelakonnya pula :
Kang Ji Hwan as Sun Woo Wan
Sebagai anak orang pro-Jepun yang berkedudukan tinggi. Mempunyai seorang abang yang mati dibunuh oleh 'pembelot' yang merupakan sabahat baik dia sendiri sewaktu proses mahu memerdekakan Chuson di Jepun. Sejak dari itu, Wannie (panggilan tok Woo Wan) hidup dalam dendam terhadap 'pembelot' itu. Berkerja di sebuah syarikat majalah picisan bernama 'Jirashi'.
Juga merupakan seorang playboy yang ensem dan digilai gadis-gadis yang menetap disitu. Dia memiliki kebolehan menekel perempuan dalam masa 10 minit. Disebabkan kebolehan nya itu dia dicabar oleh rakan-rakan supaya memikat heroin dalam masa 10 min. Sekiranya berjaya seorang dari kawan nya itu akan berbogel berjalan satu bandar. Jika Wannie gagal, kereta dia akan menjadi milik syarikat. Maka berusaha lah Wannie menekel heroin dengan pelbagai taktik. Tugasan Wannie amat mencabar kerana heroin bukan seperti perempuan lain yang mudah tertawan pada jejaka kacak dengan sekelip mata. Heroin mempunyai misi yang lebih penting untuk diberi tumpuan iaitu memperjuangkan kemerdekaan negara dari memikirkan perkara remeh jatuh cinta dengan seorang playboy. Bab tekel menekel ini sungguh lawak ye u all hahaha.
Saya cukup berpuas hati dengan watak yang diberi pada hero kali ini. Cukup rasa, cukup rempah ratus. Ye cukup puas hati malah lebih dari itu. Saya dah aim dia dalam drama Fireworks. Tapi dalam citer Fireworks dia macam kureng sket. Tambahan dalam citer ni dia merupakan maskot citrawarna dalam citer ni hahaha Menggayakan pelbagai warna baju.
Paling suka tengok part dia menjerit dan menengking. Kalu org macam ni menjerit kat kita hari-hari, mek rela yeww hahaha
Han Ji Min as Na Yu Kyung
Pertama kali melihat lakonan beliau. Seorang yang kecik molek digandingkan dengan hero yang tunggi lampai. Satu gandingan yang cute hehe.
Beliau sebagai seorang guru kelas malam. Bapak dia juga merupakan seorang aktivis yang mati dibelot oleh kawan dia sendiri yang merupakan tali barut Jepun. Seorang yang tegas dan kuat semangat walaupun bertubuh kecil. Salah seorang anggota Gerakan X yang bercita-cita mahu melihat negaranya bebas dari penjajah.
Yang menarik warna dan pakaian dia dalam citer ni seolah-olah menggambarkan satu tanda protes yang ingin diluahkan. Dia hanya memakai 'hanbook' (pakaian tradisional wanita korea) berwarna putih dan hitam sepanjang masa. Macam orang berkabung daa. Ada lah 2-3 scene ciput dia pakai baju warna lain. Tang baju heroin ni dah jimat kos hehehe.
Ryu Jin as Lee Soo Hyun
Rakyat Chosun dan bekerja pegawai polis Jepun. Secara dasar dia adalah pro-Jepun. TATAPI ada rahsia disebaliknya. U all saksikan sendiri apakah rahsianya iteww. Sepraisssss hehe. Dia lah 'pembelot' yang Wannie maksudkan. Dia dengan Wannie berkawan baik sewaktu kecil dan disebabkan insiden belot itu Wannie bersumpah mahu membunuh nya suatu hari nanti.
Saat-saat mengundang ayor mata bila 2 insan tersayangnya dia mati ditembak di hadapan mata tetapi dia tidak dapat buat apa-apa sebab dalam dilemma. Maka dipendam kan saja rasa sedih teramat sangat itu.
Han Go Eun as Cha Song Joo
Sebagai seorang 'gisaeng' kelas atasan. Memilki sebuah rumah pelacuran terkenal dalam kawasan itu.
Suka dengan lakonannya walaupun cara percakapan dia macam ada berlian dalam mulut. Cakap mulut tak bukak. Cemana la tuh gaknya. Suara dia ala-ala serak basah seksi sket. Selain berlakon dia turut menjadi model pakaian dan fesyen rambut dalam citer. Baju dia peragakan pon cantek-cantek belaka.
Sebagai Tali barut Jepun. Ikhtibar pada siapa yg mahu jadi tali barut penjajah dan pengkhianat bangsa sendiri. Depa tak pandang pon muka pengkhianat ni. Pengkhianat je yang syok sendiri ingat penjajah suka mereka sebagai tali barut. Lagi dihina ada. Menganggap sebagai anjing Jepun yang tiada faedah. Orang yang tak de maruah boleh la jadi tali barut penjajah dan pengkhianat bangsa.
3 orang pekerja syarikat 'Jirashi'. Juga merupakan kawan Wannie. Ketiga-tiga ni juga sangat bagus dan lucu. Yang paling kanan yang nak bogel kalu Wannie gagal pikat heroin. Nanti tengok part dia beraksi bogel muahaha.
Sekarang kita ke segmen citra warna Capital Scandal. Salah satu kelebihan citer ni menarik untuk ditonton.
orang-orang zaman 30an suka pakai baju kaler-kaler ek
the most colourful 'namja' in capaital scandal
hero kedua tak banyak warna...sebab keje polis kan...takkan polis pegi keje pakai baju kalerful ye tak
antara beberapa fesyen rambut dan baju...ada banyak lagi...so u all tengok la citer ini...heroin pertama tak de warna-warni...
THE MAKING Last Episode
(sebab citer ni best kan gigih carik disebalik tabir penggambaran nak tengok hehe)
selesai adegan tembak menembak
heroin kelihatn sedih mau berpisah dengan rambut palsu nya hehehe
sessi berpelokan ngn pengarah
*senyuman pada tuan blog* ahakss ;p
OST
5/5. Best-best belaka.
Akhir kata
So saya harap anda juga akan mendapati citer ni best ye. Salam Capital Scandal dari saya buat anda semua. Selamat menonton! :)
***Kemas kini 2010
Ribiu ber-episod
No comments:
Post a Comment