Thursday, November 30, 2006

KDrama : Fireworks (2006)




Synopsis
The main character of this drama is Shin Nah-rah, a girl approaching 30 who doesn’t have a house, money, a boyfriend, a job, or anyone to support her. All she has are her brains. After living unemployed for a while and struggling to make a living she thinks about getting married because then she can at least work as a housewife. After she gets dumped by her boyfriend, who she was planning on getting married to and living together with, she goes out to find the woman who stole his heart; but while at this woman’s cosmetic company an ad for a sales clerk catches her eye. Having nothing to lose she fakes being her 20 year old little sister, a high school graduate, and starts working as a sales clerk at the company.

 
Starring : Han Chae Young ,
Kang Ji Hwan , Park Eun Hye , Yoon Sang Hyun


Total episode : 17

Credit : DramaWiki,
MBCCiter ni nak kata best, tak de la best sangat. Nak kata tak best, bole la. Faktor yang mendorong kpd best nya citer ni ialah terletak hero nya yg sedap mata memandang muahaha. Siapakah hero yg dimaksud kan? Mari kita layannnnssss


Citer ni mengenai seorang perempuan yang telah ditinggal 2 kali orang 2 orang lelaki yang dia cintai. Selepas ditinggalkan, perempuan itu kembali berhidup seperti biasa, tidak lemah semangat dan keja keras demi untuk membuktikan yang dia juga boleh berjaya dalam hidup umpama Malaysia Boleh. Walaupun berasa sangat sedih tapi ditepis jua perasaan sedih tersebut demi kerana hidup mesti diteruskan lagi pula dia mempunyai keluarga iaitu mak dan bapaknya.

Lokasi utama dalam citer ni di kedai
Face Shop
yg duta dia ialah itew aktor Kwon Sang Woo. Selain kisah cinta sabjek jalan citer dia yg lain ialah mengenai bisnes produk² di Face Shop. Kat KL Face Shop ini ada kat Midveli saja buat masa ni. Memana orang lelaki yg ingin kelihatan encem dan macho spt Kwon Sang Woo boleh la menggunakan produk kecantikan di Face Shop hehe. Tapi dalam ini citer Face Shop di tukar nama kepada Face Story.
Antara moral of the stori citer ni :

1) What u give u get back

2) Di sana menanti di sini menunggu

3) Taim mak bapak anta ke IPT suh belajar hendak la u ols konsentret belajar bukan sibuk bercinta hingga sampai nanti ada suatu ketika terpaksa membela lelaki 'buaya darat' sebab sayang punya pasal. (bukan saya yg kata lelaki buaya darat lagu ni yg cakap hehe) Sebab lepas anda dah bela dan ternak dia sampai sihat walafiat tak mustahil dia akan meninggalkan kita selepas berjumpa dengan perempuan berdahi licin lain seumpama kacang lupakan kulitnya and in the end pelajaran ke mana masa depan ke mana hapa ke mana. Kesian kat mak bapak kita yang telah berusaha keras mencari wang untuk menghantar anda ke IPT.

Moral of the stori, masuk IPT make sure abiskan belajar dan dapatkan keputusan yang cemerlang. Bukan semua orang dapat peluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat IPT. Anda yg ada peluang melanjutkan pelajaran di U tolong gunakan sebaiknya peluang yang di berikan (sekadar amek contoh Universiti Ini Tolong Melayu sbb dia byk cawangan). Jangan buang masa dengan ber-gewe tak tentu hala. Pahe dok? Tok pahe kena tengok cito ni hahaha

Mari kita tengok para pelakonnya pula

Han Chae Young sebagai Shin Na ra / Shin Na-gyung. Dia ni suka noo blakon dengan pesen rambut tak siap kan muahahaha. Sebab apa dia ada 2 nama sebab dia telah menyamar guna IC adek dia yg berusia 20 tahun utk dia nampak muda 10 tahun dan senang dapat kerja. Kan tengok bila tak abis belajar terpaksa plak menipu guna IC orang lain utk carik keja. Masa kat IPT dia ada boipren. Boipen dia abis belajar dia tak abis belajar. Lepas tu bila lelaki tu lanjut pelajaran ke obersi dia yg dok tanggung semua kos dengan harapan lelaki tersebut akan berkahwin dengan dia sebagai balasan membalas budi. Tapi nan ado katanya. Bila laki tu dah grad, laki itu telah meninggalkan dia sebab dah jumpa perempuan lain yg lagi bijak. Ampes tak ampes nye lelaki. Selepas ditinggalkan dia bekerja di kedai Face Story dan berjumpa dengan hero seterusnya


Kang Ji Wan sebagai Nah In-jae. Ini la dia hero yg dimaksudkan hehehe. First time tengok dia. Tengok gambar mungkin tak fotogenik. Kena tengok dia blakon. Asalnya saya mau menonton citer ni sebab nak tengok hero yg sorang lagi. Tapi akhirnya terbekenan lak dengan dia hehe Dalam citer ni dia seorang jurulatih bola sepak bawah 12 tahun dan tiada keje tetap. Mak dia pengusaha itu syarikat Face Story. Dia kemdian di paksa bekerja di kedai Face Story oleh mak nya sebagai pekerja biasa dengan identiti di rahsiakan. Kemdian dia jatuh hati pada tunang abang dia. Berkawan baik dengan heroin pada awalnya sebab masing² mempunyai nasib yang sama hingga la timbul rasa kuchi kuchi hota hey di antara mereka hehe


Yoon Sang Hyun sebagai Kang Seung-woo Selepas menonton kdrama To Marry A Milionaire, saya berminat nak tengok lakonan hero ni seterusnya. Ternyata dia tak best dalam citer ni hahaha. Seorang yg tiada hati perut juga limpa. Telah meninggalkan heroin pertama dan syok sama heroin kedua. Tetapi heroin kedua telah rejek dia bak kata pepatah what u give u get back haha. Kau rejek orang tu, kemdian kau pula yg kena rejek. Rasain. Tetapi dia tidak berputus asa. Mungkin sebab skrip dah tertulis dia kena ngorat second heroin hingga berjaya. Kalau dalam alam realiti mungkin dia dengan ego akan kata 'piiirahhh tanak sudah aku bole carik orang lain...bunga bukan sekuntum' hehehe


Park Eun Hye sebagai Chae Mi-rae. Berwatak negatif cam lam citer 18 vs 29. Wanita rebutan dalam ini citer. 2 lelaki telah syok la sama dia. Sangat menyampah tengok dia dalam citer ni sebab dia telah memerangkap hero menggunaka tektik keji. Looking frwd nak tengok dia dalam drama Taiwan Silence

Fireworks membawa maksud 'membakar diri sendiri untuk menceriakan orang lain'. Ini la yg berlaku pada sang heroin iteww.

Rekemen tengok citer ni untuk tengok Kang Ji Hwan :)

No comments: