Monday, April 19, 2010

Scandal in Old Seoul - Episodes 1 & 2


Salam cutie. Haha. Malam ini bakal berlangsung ulangan drama yang ditunggu sejak sekian lama. Mengapa di tunggu? Kerna versi KBS World ambe belom penah tengok lagi. Versi muat turun tah dah brape ribu kali tengok. Masih gak nak tengok lagi hehehe Kira ribiu ni pon siaran ulangan jugak lah.

Drama ini mengisahkan mengenai sebuah negara Chosun (nama lama Korea) yang di jajah oleh Jepun dan beberapa rakyat Chosun yang prihatin mahu memerdekakan negara mereka dan menghalau keluar penjajah dari menjajah negara kesayangan mereka.

Sebab itu drama ini berjudul "Scandal in Old Seoul". Skandal di dalam pekan lama Seoul.

Saksikan la bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan ini mahu menghalau Jepun dari menjajah tanah air mereka menerusi drama yang hebat ini. Walaupun drama ini tidak mendapat sambutan hangat sewaktu tayangan dulu sebab clash dengan drama hapa tah, tapi sesiapa yang telah menyaksikan drama ni akan mengiyakan bahawa drama ini sememangnya best. Sedikit sebanyak telah membantu mengingatkan kita untuk menyayangi negara kita sendiri.

Dan menerusi drama inilah baru ramai orang membuka mata terhadap aktor yang bernama Kang Ji Hwan, pojaan hati sapa tah.

Sebuah drama yang mempunyai tema yang berat tapi di olah dalam bentuk komedi. Anda harus saksikan sendiri. Juga sebuah drama yang meriah dengan warna-warni seperti Citrawarna atau pon Cetusan Warna ABP ahaks.

Mari kita lihat sedikit mukadimah mengenai drama ini bagi yang tiada idea drama ini mengenai apa.


Ehemmm. Kang Ji Hwan sebagai Seon Woo Wan, seorang playboy di Old Trafford..eh Old Seoul. Hidup nya tiada misi dan visi, cuma enjoi saja yang dia tahu. Hal ini berlaku sebab abangnya telah mati di bunuh Jepun dan kawan baik nya di syaki menjadi tali barut Jepun. Disebabkan kedukaan yang terlampau, maka dia pon kehilangan arah tujuan di dalam kehidupan di alam fana ini. Beliau ada lah buat keje sampingan sebagai wartawan di sebuah syarikat majalah picisan bernama "Jirashi"

Heroin, Han Ji Min sebagai Jo Ma Ja sshi. Seorang pejuang kemerdekaan. Dalam diam beliau berazam kuat mahu membebaskan negara nya dari penjajah. Seorang wanita berhati keras dan kental. Tidak makan pujuk rayu dan godaan playboy atas tu.

Dalam drama ni beliau hanya memakai baju hanbok kaler putih dan hitam sebagai tanda berkabung negara nya di jajah. Selagi negara nya tidak bebas penjajah, beliau tidak berminat memakai baju warna lain.

Pertemuan pertama di stesen kretapi. Pertemuan yang salah faham. Di akhir drama ni mereka juga bertemu di stesen keretapi sebagai penutup. Memang best penulis skrip dan pengarah drama ini buat drama ni.

Aigoooo cutieeee haha

Aigooo unni, pakai baju zaman bila daa

Berjaya dapatkan berita sensasi untuk majalah

Menerima kucupan dari bos syarikat majalah. Kekeke

Sessi betting. Sewaktu lepak-lepak di sebuah kalabul malami (nite club), Seon Woo Wan dengan eksyen telah berkata,

"Bagi aku sapa-sapa saja pompuan kuno dalam ini bandar, aku akan buat dia kuch kuch hota hei sama aku masa 10 minit" katanya dengan penuh riak dan takbur sekali

Kawan-kawan wartawan dia pon menyahut cabaran. Member baju hijau itu berkata kalau Wan menang dia akan pose bogel untuk majalah Jirashi haha

Tapi beliau yang pilih wanita yang harus di ngorat oleh Seon Woo Wan iteww. Sapa kah wanita itu?

Ini la dia Jo Ma Ja sshi. Baru la buku bertemu ruas katanya

Bapak Jandi sebagai gabenor Jepun yang takut bini

"Sapa kata aku akan gagal??? Sapa? Sapa? Perkataan 'gagal' tiada dalam kamus cinta Seon Woo Wan. Arasso?!" Wannie menyemash kawan-kawan dia yang memandang rendah terhadap kemampuannya mengorat wanita di Old Seoul

The biggest scandal in the capital akan bermula

Scandal sudah mau mari

Heroin kedua, Han Go Eun sebagai Cha Song Joo, kawan baik Seon Woo Wan

Anda mungkin juga meminati :

No comments: