Tuesday, October 20, 2009

Kang Ji Hwan, de kalerful namja


Hahaha. Gelak ada makna
Lanjutan entri semalam. Bagi yang tak pernah tengok lakonan Kang Ji Hwan, ambe rekemen tengok drama ni, Capital Scandal. Kalau anda ada baca komen di mana-mana forum drama Korea, ramai orang akan rekemen suh tengok citer ni jugak untuk rasa jatuh chenta dengan KJH. Tak pe, ambe rela berkongsi kaseh demi kebaikan dan kesejahteraan sejagat hahahaha

Beliau meraih Best Actor melalui drama ini di KBS Drama Awards yang mana ambe sendiri terkejut sebab drama ni tak hits langsung sebab saingan masa drama ni di tayangkan sengit jugak. Cite apa tah. Citer Park Shin Yang kot, War of Money. Antara Park Shin Yang dan Kang Ji Hwan pada masa itu (2007) tentu orang Korea pilih Park Shin Yang sebab dia aktor hit dengan drama Lovers in Paris. Ternyata KBS tidak memandang rating untuk kasi award. Yang penting bakat dan kebolehan.

Watak beliau dalam citer ni seorang playboy di zaman 30an. Masa ni zaman penjajahan Jepun di Korea. Abang dia kena bunuh dengan Jepun dan kawan baik dia jadi tali barut Jepun. Jadi dia rasa frust dan kuciwa dalam kehidupan. Misi dan visi hidup pon tiada. Hidup dia untuk enjoy dan berpoya-poya di kelab malam saja. Kerja tak mau, apa pon tak mau. Asek nak mengarok aje.

Kemudian beliau bertemu dengan sorang awek kental, seorang aktivis yang dikenali melalui "betting". Sewaktu di kelab malam dengan rakan-rakan, dalam keadaan separa sedar beliau berkata,

"Kau kasik aku mana-mana awek dalam pekan ni. Aku boleh tekel dalam masa 10 minit. Kalau tak dapat tekel dalam masa 10 minit, jangan panggil aku Kang Ji Hwan de kalerful namja. Arassooo "

Kawan dia nak pekena dia suh tekel pompuan yang paling keras, anti social dan tak suka lelaki dalam pekan tu.

Kemudian kita ke bab seterusnya. Yang paling meletop dan gedebas dalam drama ini ialah pakaian heronya yang berwarna warni tema citrawarna. Pakaian hero sebagai playboy tahun 30an. Majoriti warna yang ada atas muka bumi ni dipakai oleh beliau. Ambe kira-kira lebih kurang 30 pasang baju dipakai boleh beliau. Mungkin ada baju yang sama tapi dipadankan dengan seluar, topi dan reben lain. Begitu kerja keras departmen pakaian untuk drama ni. Tu belum termasuk lagi pakaian pelakon-pelakon yang lain. Dan beberapa aspek penting dalam menghidupkan lakonan juga diberi penekanan. Seterusnya anda saksikan sendiri.

Mari kita saksikan yang ni. Jeng jeng...

Suit hitam belang dan tali leher merah menyala yang menyerlahkan lagi gaya tampan si pemakai


Suit putih dan biru. Topi sama. Sebenarnya ambe nak ribiu pasal perkara ni lepas habis tengok My Fair Lady sebab ada kesamaan dengan drama ni. Baju Kang Sumin juga kalerful dan juga yang sama "emak" mereka orang yang sama. Tapi dalam ni dia mak tiri beliau


Tak larat cincin


Mambang biru air laut


Kelabu, merah, hitam, putih


Juga ini


Salah satu peberet


Masa ni berdesup jiwa dan raga sebentar kekeke


Part jari tak larat tu. Playboy zaman 30an stail minum cenggini ek? Kekeke


Ni pun antara yang peberet. Hijau dan pepel macam tak masuk tapi encem gak kekeke


Ni pun tak larat


Ambe nak beli frame gambo tu kalau ada jual gantung kat bilik kekeke



Adegan peberet dan paling tak larat sekali tengok. Mesti ambe tergelak tengok part ni. Best cemana tah part ni. Tak tereksplen dengan kata-kata. Perhatikan gaya beliau sewaktu adegan ini. Masa ni dia nak ajak Miyuki-san pi Jepun sebab nak seludup senjata api


Paling outstanding kaler ni


Pepel dan pink


Oh ni menyentuh hati, perasaan, peparu dan pankreas. Teman rapat beliau mati dan beliau nanges bagai nak rak. Air hidong seme tertumpah hehehe


"Sabar la Ji Hwan. Yang hidup pasti akan mati jua. Usah la dikau menangis lagi. Daku tidak sanggup melihat dikau kesedihan. Asam di darat, ikan di laut, andai ada jodoh berjumpa la kita 28hb Okt ni"

Tapi lain orang lain citarasa. Mungkin ada yang tak leh gi dengan jalan citer sebegini. Jalan citer dia nampak je berat tapi sebenarnya diolah secara komedi dan sangat best. Tunggu KBS World repeat cite ni tak repeat-repeat pong. Bila daa mau repeat? Nak tengok gak versi TV


Drama Terbaik No.1 Kang Ji Hwan setakat hari ini sebab hepi ending haha

No comments: