Tuesday, April 20, 2010

KDrama : Legend of Hyang Dan (2007)


Synopsis :

The drama is a twist to the well known classic story of The Legend of Chun Hyang. The big question revolving around this plot is what if the one that Lee Mong Ryong loves is not Chun Hyang but Hyang Dan? The drama will deliver a refreshing new comedy style.

Total episode : 2


Choi Siwon sebagai Lee Mong Ryong.

Sebuah drama lakonan cik abang Siwon kita ni. Tajuk lain drama ni The Story of Hyang Dan atau Kisah Hyang Dan.

Citer ni adalah sipi-sipi macam citer Bawang Putih Bawang Merah versi Korea. Hyang Dan merupakan seorang perempuan orang gajian di sebuah rumah seorang janda beranak satu. Janda beranak satu ni ada sorang anak perempuan yang sebaya dengan Hyang Dan yang bernama Chun Yang yang perasan cun. Chun Yang kali ni watak jahat.

Mak Chun Yang nak jodohkan anak dia dengan anak mejistret yang kacak, tampan dan bergaya bernama Mong Ryong, tatapi Mong Ryong pula sudah tangkap cintan sama Hyang Dan. Perebuatan lelaki kacak berlaku di sini dan macam biasa watak heroin Hyang Dan sebagai orang meskin hina akan beralah dengan anak majikan nya.


Mong Ryong dengan aksi terbang dan lompat ke atas kuda. Sakit belakang kuda tu agaknya ko men lompat sesuka hati tak de isyarat. Sabar la kuda ya


Pertemuan pertama kali. Mong Ryong ni sebenarnya telah join geng pencurik baik ala Hong Gil Dong dan Iljimae. Depa pi curik rumah orang kaya dan kemudian hasil curian di bagi kepada orang miskin. Pihak polis mahu menangkap pencurik dan Mong Ryong telah lari bersembunyi di rumah ini dan bertemu la Hyang Dan, yang pada ketika itu sedang menerai baju cik puan nya. 

Polis pon mengetuk rumah Hyang Dan dan Mong Ryong serta merta pekup mulut Hyang Dan supaya jangan bersuara dan suruh buka pintu

"Tok tok tok"

"Sapa tu?" tanya Hyang Dan

"Polis"

Pintu dibuka

"Ini kah rumah Pak Mat Tempe?"

"Oh bukan cik. Rumah Pak Mat Tempe kat belah sana"

"Oh maaf salah rumah" Polis pon berlalu pergi

Maka selamat lah Mong Ryong dari di tangkap polisi.


Mong Ryong kembali ke kem pencurik nya. Ahjussi baju biru (reporter dalam Oh! My lady) itu komplen kat Mong Ryong yang dia tidak faham akan kesusahan beliau

"You don't know my misery. I can't shout 'Dad' when I see my father"

"Do you think you are Hong Gil Dong?"

Ehemmm apa sebut-sebut Hong Gil Dong nih...kekeke


Mong Ryong terusan mengayat Hyang Dan

Di ajak nya Hyang Dan berdeting di dalam ladang buluh

Namun Chun Yang (yang baju pink tu) perasan yang Mong Ryong ada hati kepada nya cuba berusaha mengorat Mong Ryong dengan penuh semangat aja aja hwaiting seraya di saksikan oleh Hyang Dan

Mong Ryong sedang berduka nestapa kerna chenta nya tidak di balas oleh Hyang Dan di saksikan oleh 2 orang hantu di atas bumbung rumah. 

Hantu pon bergosip mengenai handsome young master itew. Tak larat tetiba hantu muncul. Watak hantu Korea, baju putih dan rambut panjang.

Sebenarnya hantu-hantu ni nak jupe mejistret iaitu bapak Mong Ryong untuk merayu diringan hukuman sebab mereka nak mati dengan aman. Tak nak jadik hantu lagi. Hahaha

Hengsem young master kena syarah dengan bapaknya sebab tamau belajar. 

Dipendekkan citer Mong Ryong melarikan Hyang Dan sebab Hyang Dan mahu berkahwin dengan lelaki yang sama darjat dengan nya. 

Dipendekkan citer lagi, Hyang Dan kena penjara sebab dituduh bersubahat mencurik. Sebagai kekasih yang setia, Mong Ryong akan cuba untuk melepaskan Hyang Dan. Dia tahu Hyang Dan tidak bersalah. 

Dipendekkan citer lagi dan lagi, tiba-tiba muncul pulak Iljimae


Iljimae versi Super Junior

Seo Ji Hye sebagai Hyang Dan. 

Dan mereka berdua pon hidup bahgia dan gembira akhirnya. 

Begitu la kisah Hyang Dan. Tamat.

No comments: