Wednesday, April 21, 2010

Scandal in Old Seoul - Episodes 3 & 4


Oh tiba-tiba semangat meluap-luap untuk meribiu drama ini haha. Meluap-luap ada makna tu. Bukan pe kot-kot pas ni ambe bersara dari blogging, boleh baca balik ribiu merapu sendiri untuk mengenang kembali saat-saat manis semasa di alam blog...ahaks

Bersambung episode semalam tersalah ngorat awek haha. Ku sangkakan Jo Maja, rupanya mak Jo Maja daa.


Member provok lagi.

"Wan, ko jangan putus asa. Walaupun pompuan itu bukan senang nak tekel dalam masa 10 min, tapi sekarang dah 10 hari. Takkan ko nak tunggu 10 bulan baru sukses. Ko jadik independence fighter je la Wan"


Maka Abang Wan pon meneruskan sesi menekel Jo Ma Ja sshi untuk menang betting. Dah memasuki ke part-part tak larat

Mukadimah ayat,

"Bila saya melihat kedai buku itu, saya terus dahagakan ilmu pengetahuan"

3 jam belek buku tak beli-beli jugak buku

"Nak beli buku ke tak ni?" Jo Maja sudah stat mau meradang pabila melihat Abang Wan tak berambus-rambus dari kedai buku nya


"Kenapa awak selalu muncul di hadapan saya haaa?" Jo Maja membebel tanpa henti

"Pesal pompuan ni banyak sangat cakap. Saba, saba. Bukan senang nak senang" kata Abang Wan di dalam hati


Wartawan sedang meronda-ronda pekan untuk cari berita ekslusip. Tak larat kan kemra zaman dulu. Kemain beso lagik flash dia


Satu pertandingan tinju sedang berlangsung di pekan pada ketika itu. Dan peninju itu macam kenal jee


Dalam bilik cuci gambar. Secara rahsia mereka bertiga mau terbitkan artikel mengenai kawan mereka iaitu skandal Abang Wan yang dikenali dengan Mr.S


Ryu Jin sebagai Lee Su Hyun. Dia ni boleh tahan kendo gak hehe. Ambe suka drama dia blakon dengan Lee Hyori "3 Leaf Clover". Dalam ramai-ramai hero dia terpilih jadik pasangan Lee Hyori


"Don't touch my woman!" Wah


Jo Maja sshi kena panggil ke balai polis untuk bagi keterangan mengenai kes bunuh pada malam semalam. Abang Wan segera me-rescue Jo Maja sshi


Keesokkan pagi nya....hahaha Artikel berita ekslusip telah diterbitkan. Abang Wan menahan amarah pabila melihat isi kandungan majalah pelam itu. Ada skandal baru Mr. S dan Miss N


Ketua pengarang Jirashi



Kawan-kawan Mr. S di interbiu haha


Kisah bersambung...


2 sahabat baik bertemu

"Buat kali terakhir aku nak tanya. Adakah kau yang bunuh abang aku? Aku nak dengar dari mulut kau sendiri"

Jeng jeng...bersambung

Scandal in Old Seoul setiap Senin hingga Kamis 10.10 malam di KBS World - "More than you can imagine"

No comments: