Wednesday, May 12, 2010

Scandal in Old Seoul - Episodes 15 & 16 (Last)


Ok kita ke bahagian akhir derama ini. Bagi yang tanak di-spoil-kan jangan baca dulu. Lihat gambar yang pertama ini saja dan kemudian tutup blog ini sebentar.


Kalau anda bijak bistari dan tidak bermata sepet sebab kena bukak mata beso-beso melilau carik, cuba carik Lee Jun Ki di dalam gambar di atas. Klik gambo untuk tumbesaran yang lebih jelas. Hahaha (sebab dah nampak) Dia dekat row brape?

Junki ah, walopun rambut mu telah ditebas, tatapi daku tetap dapat cam mata mu itew.

Kembali ke cerita asal


Abang Wan telah dihentak kepala dengan kayu dan cedera parah akibat disepak terajang namun sempat lagi ingat bab bukak baju kekeke


Meminta Miyuki-san melupakan beliau kerna dia seorang lelaki yang teruk. Sampai hati kuciwakan pompuan yang cantik

Terkezut kerna opis Jirashi akan ditutup oleh Madam Sachiko


Saat touching di antara 2 solmate ni.


Macam tahu akan kehilangan soulmate beliau yang bibir merah bak delima itu


"At least one has to live" Cha Song Ju terpaksa membuat keputusan selepas markas mereka dikepung oleh pihak polisi


Masa pertama kali tengok adegan ni, saya nebes. Alamak sapa yang akan mati ni. Aigooo


Aigoo leader. Kehilangan 2 insan yang disayangi di hadapan mata. Sob sob.


"Mianhe, for making you go alone again" Uwaaa


Meraung la soulmate Cha Song Ju ini di tepi tebing gaung yang tinggi. Sabar la Wan


Wan minta restu bapanya untuk pergi berperang


"Wan ah, kau musti berhidup"


Dalam touching, kelakar jugak part ni sebenonya


Sekian. Tamat.

Konklusi :

1. Yipeee. Apa yang aku yipeee ni? Sebab dulu tak de buat ribiu episod demi episod drama ni. Dulu ribiu sekali harung. Lepas abes tengok baru wat ribiu.

2. Drama ini telah mencetuskan sejarah tersendiri di mana ianya berjaya merebut tangga teratas di dalam carta k-drama peberet saya seperti yang telah di-ribiu dulu di tahun 2007. Di kala itu belom angau sangat sama aktor yang bernama Kang Ji Hwan ni. Selepas drama ni baru la perasaan membuak-buak terhadap beliau. Boleh la dikatakan jodoh kami bermula dari drama ini hahahaha Tak larat

3. Drama ni pon tertengok secara tak sengaja sebab dah donlot. Konsep donlot k-drama ni, mana drama yang ada sab main donlot je semua dulu. Tengok ke, tak tengok ke, belakang kira kan. Sementara stok masih ada. Hehe. Masa tu donlot kat Veoh. Sekarang ape citer Veoh ek? Tahun 2007, megaupload belom femes sangat rasanya.

4. Sebelum menyaksikan drama ini, k-drama yang berada di tempat pertama di hati saya ialah Hotelier. Hotelier, sama lebih kurang macam Capital Scandal yang cukup serba serbi dan cukup rempah ratus. Dari watak utama hingga ke pelakon pembantu, semua gedebas dan mencuit hati.

5. Hotelier, mempertahankan hotel, manakala Capital Scandal, mempertahankan negara. Tak de sangat adegan cintan cintun terlampau meleret-leret. Sebab tu saya tak dapat nak katam Winter Sonata. Mungkin tak kena dengan jiwa genre macam ni. Tak larat deknon.

Sekian, ambe akhiri dengan,

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Hai tak sabarnya tunggu senin depang
Boleh jumpa Abang Wan lagi di rumah kopi

No comments: