Thursday, May 13, 2010

Mr. & Mrs. Jang Dong Gun


Antara entri tertangguh jugak.
Akhirnya kawin jugak lelaki Korea terakhir Abang Jang kita ni. Ingatkan gay haha. Mianhe.


Jejaka yang telah meragut hati rapuh ramai wanita menerusi drama All About Eve. Kekeke.
Telah selamat berkawin dengan wanita pilihan hati pada 2 Mei yang lepas. Ke memang nak tunggu 2010 jugak baru kawin hehe

Terima lah ucapan tahniah dari ambe dan Sujeoung



"Chukahamnidaaaaa"

(ikut style Sujeoung dalam Star Golden Bell)


Cinta lokasi. Pernah berlakon sama dalam filem Love Wind Love Song pada tahun 1999. Ooo senyap-senyap je deting yek. Tak de angin, tak de ribut, tau-tau announce nak kawin.



"Saya berasa amat bertuah dapat berkawin dengan Abang Jang. Tak disangka-sangka beliau ada hati kat saya. Saya sungguh terharu. Saya berjanji akan jadi isteri yang baik, cemerlang, gemilang dan terbilang"

Ko So Young, penah kejap tengok dia blakon dalam drama Blue Fish dalam tahun 2007. Disebabkan sab drama ni berjanggut tunggu nak siap, maka ambe pon dah tak ingat nak tengok drama ni lagi. Bukan nak tengok dia, tatapi hero nya hehehe

Segmen cuci mata. Mari kita tengok sapa yang datang kenduri kawin Abang Jang


Antara best fren Abang Jang. Joo Jin Moo (Fashion 70s, Dream). Ni bila nak kawin plak ni?


Hyun Bin. Bin lagi sorang tak de. Won Bin (adik Jang Dong Gun menerusi filem perang Taeguki)


Song Seong Hun dan So Ji Sub


"Hai nama saya Rain"
Abang Hujan juga turut hadir. Bakal muncul dengan drama baru tak lama lagi. Yay.


Kwon Sang Woo anak beranak. Comey gak anak dia. Luke Kwon


My peberet. Ahn Jae Wook (Mr. Goodbye) dan Cha Tae Hyun (Speed Scandal)


Abang Kim Nam Gil yang macho, awat muka kelat pegi majlis orang kawin? Wae? Wae? Nasik minyak tak sedap ke, atau tak dapat bunga telur...hahaha. Sila jawab Hurulaini


Kim Seung Woo (Hotelier, Iris) bersama isteri, heroin Queen of Housewives


Cha Seung Woo (City Hall)


Ha Ji Won


Hanimun di Bali. Semoga berbahagia.

No comments: