Wednesday, October 24, 2007

Album : Diddy



Pertama kali saya beli cd album bukan sebab utama kerana artis tetapi kerana pengurusnya hehe. Sapot kawan katanya dan sapot artisnya sekali. Saya tahu kawan ni telah bekerja keras terhadap syarikatnya. Petang raya dapat sms dari pengurus Diddy beritahu album Dididy sudah berada dipasaran. Dalam raya ke-empat maka saya pon berkunjung ke Tebrau City JB. Dalam masa yang sama nak pi beli kasut raya. Huhu. Baru nak beli kasut raya merangkap kasut keje. Time raya pakai je la apa kasut yang ada yang bersesuaian dengan tema hari raya. Sebelum raya tak sempat nak membeli belah sebab sibuk.

Bercakap mengenai Diddy saya tak berapa kenal dan minat pada Diddy sebab saya tidak menonton dan mengikuti AF4. Sekadar amek tahu baca dari blog-blog orang saja. AF4 tahun saya duduk bawah tempurung dan membaikpulih diri ;)

Apa yang saya boleh cakap mengenai Diddy ialah beliau mempunyai suara jantan tersendiri. Kalau keluar radio boleh cam oh ini Diddy. Ini satu kelebihan Diddy.

Bercakap mengenai album pula, ya hasil kerja yang bersungguh dan lahir dari hati. Sebagai orang baru hasilnya membanggakan. Ada beberapa lagu masih dalam proses penserasian di telinga saya.

Ada 10 lagu kesemuanya. Apa yang menarik tajuk lagu menggunakan 1 patah perkataan saja dimana sangat ringkas dan mudah diingat. Mari kita terjah satu persatu lagu yang kedapatan di dalam album Diddy ini.

1. Lena
Sebuah lagu rancak yang bisa menggoyangkan kaki anda.

Komposer : Audi Mok
Lirik : Nur Fatima

2. Hilang
Lagu yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Saya suka lagu ni. Kombinasi opera vokal Nikki yang menarik. Tapi masa tengok AE07 agak bingit sket kedengaran part Nikki.

Komposer : Audi Mok
Lirik :
Bash

Menurut ucapan Diddy di dalam buku lirik album 'bash a.k.a badrul hashim'. Hoh tuan manager juga ada menulis lirik kah? Hoyey. Lagi sekalung tahniah.

3. Bosan
Satu lagi lagu rancak.

Komposer : Shazzy
Lirik :
Bash

Ku bosan dirimu hanya menggangu
Adakah ini permainan untuk mu
Sedangkan aku lelaki setia
Tak akan ku sia cintanya
Walaupun badai getir melanda
Hatiku pasti takkan berubah
Bawalah dirimu ke sana
Biarkan diri ku bahagia

4. Kubu
Lagu peberet saya dalam album ni. Intro dia ala irama padang pasir sket

Komposer : Audi Mok
Lirik : Ad Samad

Keliling hati ku bina kubu
Lindungi jiwa hingga kematu
Sukar percaya pada cinta
Dirimu pernah dikecewa

Kita hanya manusia biasa
Mudah tercalar, luka dan berdarah
Jangan jadi alasan hidup terlalu hambar

Lagu 'Kubu' ni kan menceritakan seorang jejaka yang ingin cuba mengorat seorang aweks. Aweks ni plak penah putus cinta sebelum nya lantas tidak mahu bercinta lagi. Maka aweks ini pon membina kubu di dalam hati nya supaya tidak mahu bercinta lagi. Si jejaka itu iaitu Diddy (nama samaran) mahu cuba memecahkan kubu tersebut. Gitu la kisahnya. Bukan Diddy yang ni tau sebab Diddy yang ni dah berpunya. Diddy yang lain hehe.

5. Bebas
Ala hip hop sket bunyiknya

Komposer : Audi Mok
Lirik :
Bash

Bebaslah, tentukan langkah tujumu, sayang
Bebaslah, warnai apa jua kehidupanmu
Bebaslah, ku kan kukuh di sisimu, sayangku
Bebaslah, bebaskan dirimu mengejar cita mu

6. Saling
Ni lagu Saling Pesona duet ngn Yanie

Komposer : Audi Mok
Lirik : Bash

7. Sana
Lagu ni pon best. Saya tingat citer Tiga Abdul masa dengar lagu ni muahaha

'Hoi di sana...di sini nak beli kedai ni dengan di sana di sana sekali. Berapa di sana nak jual?'

Petikan lirik Sana verse 4

Di sana
Sebelum kau lelapkan mata
Anggap di sini memerhatikan dikau lena
Kan kuselimut oh kasih sayang ketubuhmu

Komposer : Azan Addin
Lirik : Azan Addin

Lagu 'Sana' mengisahkan pasangan yang terpisah berribu batu. Sorang kat sini sorang kat sana. Bagi mengobat rindu, di jejaka di sini kirim kan lagu rindu di angin lalu buat kekasihnya yang berada di sana.

8. Genggam
Lagu balada. Banyak kali dengar sedap. Saya rasa suara Diddy amat sesuai dengan lagu-lagu genre begini. Macam lagu Hilang itu. Dekat-dekat nak akhir lagu ni ada iras satu lagu Ibnor Reza apa yang tajuk Perindu tu.

Komposer : Audi Mok
Lirik : Imran

9. Puja
Lagu berentak rancak. Ada elemen rock sket.

Hati tak buta dengan sumpah dusta
Tak bisa kau perdaya
Aku mahu cinta, merasakan cinta
Sebenarnya yang ku puja

Komposer : Audi Mok
Lirik :
Bash

10. Saat
Lagu ni pon best. Bole jadi lagu pembunuh lepas Hilang. Itu pon kalu radio tempatan memberi laluan besar untuk lagu artis reality berkumandang di stesen-stesen radio.

Lagu 'Saat' ini pula menceritkan tentang seorang jejaka menunggu masa dan saat bahagia untuk bersama dengan aweks nya

Akan ku bina...sayang
Mahligai yang kujanjikan
Pasti ku tunggu...kasih
Oh, tiba saat itu

Komposer : Zain
Lirik :
Bash

Banyak jugak Encik Bash ini menyumbangkan lirik yek.

Pada peminat Diddy semua dapatkan album Diddy dipasaran sekarang. Anda pasti tidak menyesal. Sedap-sedap lagu seme. Dapatkan yang ori la tak payah download-download ek. Bukan senang nak menghasilkan album ni. Kalau anda peminat sejati beli la yang ori. Album artis luar tak pe bole download

Di sini saya juga turut sertakan ucapan ringkas penuh kasih sayang buat stesen radio khas nya stesen radio Encik Astro.

Sekiranya artis realiti keluaran Encik Astro buat album putar kan lah lagu-lagu mereka sebanyak mungkin. Nak putar seme lagu pon tak pe. Apa salahnya. Bukan artis orang lain pon, artis realiti yang bakatnya dicungkil dan digali oleh Encik Astro jugak. Tak kisah lah dia juara ke, finalis ke, terkeluar minggu pertama ke. Yang pasti kesemuanya berlogo Encik Astro. Kurangkan kekalutan memutar lagu luar sebab mereka sedikit pon tidak kalut dengan artis kita.

Dah jumpa artis realiti yang mempunyai suara lunak dan sedap seperti contoh Bob AF2 yang kalu bertanding vokal di peringkat antarabangsa mesia tak malu lah tetapi sayang lagu-lagu dalam albumnya tidak diputar di stesen radio. Jadi nya artis macam mana yang dimahukan pon mek konpius. Kalau artis luar yang datang tah dari ceruk mana tup tup sekejapan dia boleh glamer kat stesen radio kita. Or ada putar lagu Bob tapi mek yang tak dengar radio, mintak maaf la ya. Tapi kata kunci nya, promot la lagu-lagu artis realiti keluaran anda yang dah bikin album.

Untuk stesen radio lain pon sama jugak, putar jugak la. Bukan artis orang lain. Artis kita jugak walaupun dipanggil artis mee segera ke hapa ke, orang biru ka, orang pepel ka kita semua sama rakyat mesia.

Itu saja lah ucapan patriotik saya bersempena dengan kejayaan angkasawan pertama kita yang segak dan bergaya iteww hiks. Mek tumpang bangga. Dapat jugak kita tengok dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku di atas sana. Selama ni baca dan imajin dari buku je kan. Semoga angkasawan kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan rakyat mesia tentang kehidupan di planet ciptaan Tuhan dan mensyukuri alam ciptaan Tuhan. Semoga dapat menarik minat generasi muda untuk belajar lebih pandai lagi dalam bidang Sains etc etc.

Tak mo la nanti balik-balik Mesia sonyap pas dah dapat 'Datuk'. Contohnya belayar-belayar keliling doniya peh tu senyap, pecah rekod renang tanpa henti peh tu sonyap. Berjaya tawan kutub Utara peh tu sonyap. Kalu boleh tak mo la sonyap-sonyap saja. Berkongsi ilmu dengan orang lain jugak smoga dapat manfaat dari wang kita semua ;p

Muahaha macam mana plak bleh terlalut ke kisah angkasawan plak. Minta maaf la yek. Terover akting plak. Hehehe

Akhir kata jangan lupa dapatkan album Diddy.

No comments: