Monday, October 29, 2007

Jalan jalan


Apa perasaan anda pelancong luar kutip sampah di negara anda?

Selama 2 hari jadi pemandu pelancong. Arini sakit kaki plak. Tersalah urat kot. Adeiihh. Disebabkan saya saja pompuan maka saya ajak sorang kawan pompuan teman jadi pemandu pelancong jugak. Kawan saya yang sorang ni agak hapenning dan 'sewel' sket. Bole berlawak ngn seme pelancong ni. Ada sorang tu agak shy-shy cat masa pertama kali jupe, sekarang dah bole nak sembang walau guna dengan isyarat tangan saja. Dah rasa macam bersembang dengan orang bisu plak sebab dia langsung tak reti omputeh. Saya harap mereka gumbira dengan layanan yang diberikan. Masa trip ke Korea tempoh hari mereka pon layan kita dengan bagus.

kenalkan para pelancong iteww...dr kiri Mr. Song, Mr. Kim, Mr. Kwon dan kawan saya. Mr. Kwon tu dah selalu datang sini...so dia suruh saya bawak 2 lagi kawan dia yang pertama kali datang Mesia. Masa pi Melaka Mr. Kwon tak naik beca, saya ngn kawan saya plak dia suruh naik beca. Sabar je kan. Tuan umah plak naik beca macam tak penah naik haha. Sebab Mr. Kwon dah penah naik beca sebelum ni so dia tanak naik dah. Jangan tokojut dia tahu lagu 'Abang Beca'. Siap demo nyanyi dalam keta muahaha

Hari Sabtu we all ke Melaka. Jam 8 pagi dah bertolak. Bertolak pagi sebab saya nak balik cepat. Bajet pukul 6 mesti dah balik KL. Mau tengok P.Ramlee The Musical. Best giler musical. Pegi la melawat ke Banda Hilir. Melawat muzium-muzium yang ada. Tingat masa zaman skolah daa. Abis round-round naik beca bagai, kita makan tengahari di Umbai dalam kol 2 ptg. Nasib baik ada gerai bukak. So melantak lah kita seramai 6 orang itu. Oder ikan jehahak bakar, udang butter, ketam 3 rasa, kailan ikan masin, nasik lemak, otak-otak. Selera nampaknya seme makan. Sebab pe tau berselera sebab ada 'soju'. Mr. Kim tu siap bawak bekal 'soju' haha. Dah kata dah dorang ni kena pekena soju dulu baru berselera nak makan. Memang tekak mereka tak dapat diselamatkan lagi. Kalau tak se soju terputus bekalan harus seme kurus kering tak selera makan kot muahaha.


Lepas lunch we all ke Taman Buaya. Pesal la ek tempat-tempat pelancongan kita tak semenggah langsung. Kata tahun melawat malaysia. Tak bole ke buat elok-elok sikit. Saya hampa. Bukan apa sungguh tak padan dengan kemampuan kita hantar orang ke bulan dan bina bangunan tertinggi dunia. Benda simple pon tak boleh nak jaga. Walaupun sekadar Taman Buaya tapi ianya salah satu tempat tumpuan pelancong. Dengan tempat parking yang tunggang langgang. Mr. Kim siap kutip sampah buang. Alamak eiii. Mana nak letak muka ni. Kat Korea memang tak de sampah bersepah-sepah. Mungkin dia nak merasa perasaan kutip sampah macam mana.

Antara attitude orang Korea yang bole kita contohi especially para perokok. Saya cukup suka perkara ni. Depa kalu nak merokok depa akan cari tong sampah, hisap rokok sebelah tong sampah. Abuk dan putung rokok dorang tak buang sesuka hati bersepah-sepah. Sebab tu negara depa bersih. Bila dah diajar merokok (bukan saya) style orang Mesia kat mana-mana saja bole merokok, dia ikut jugak tapi putung rokok tu dia tak buang tepi jalan tapi simpan dalam beg. Motiff simpan dalam beg. Mungkin akan buang bila jumpa tong sampah kot. Tak kan nak bawak balik Korea kot kan. Paling kuat merokok tu Mr. Kim. Mr. Kwon tak merokok, Mr. Song sikit-sikit merokok. Tapi rokok Korea tak sedap tak de rasa apa. Tawar hebeh. Komen orang Mesia yang penah cuba hisap rokok Korea.

Di Korea pula semua bangunan adalah kawasan larangan merokok. Siapa nak hisap rokok kena keluar bangunan hisap rokok sebelah tong sampah. Kalau opis tingkat 20 kena turun jugak hisap rokok kat luar bangunan. Begitu la rakyat Korea di didik cara-cara merokok yang betol.




Lepas ke Taman Buaya yang macam hidup segan mati tak mahu tu, kita ke Taman Rama-Rama dan Reptilia. Taman ni boleh la. Tapi kalau buat lagi molek lagi bagus. Lepas ke taman rama-rama, pulang ke KL tepat jam 5 petang dengan harapan jalan tak jem supaya sempat balik umah mandi manda bersiap-siap untuk ke Istana Budaya. Malangnya tak sempat. Sampai hotel pukul 7. Member sajes salin baju dalam keta saja sebab tak sempat nak patah balik dengan hari ujan nya, jalan jem nya. Beg baju memang saya siap sedia taruk dalam beg bak kata orang sediakan payung sebelum hujan. Memang hujan pun petang tu. So dengan tak mandi dengan bau-bau buaya bagai saya terus ke IB. Nasib la orang sebelah terbau buaya, ular ngn rama-rama hahaha


nasik lemak time...otak-otak depa kata rasa macam sosej...Mr.Song tu mcam muka polis cina dalam gerak khas tu...sapa tu koperal lim...

Hari Ahad pula buat tour sekitar Lembah Kelang. Jemput mereka jam 12 tengahari di hotel. Terus bawak pi lunche kat Restoren Cozy Corner di Ampang Park. Mereka suka makanan kat sini. Oder nasi goreng ikan masin, udang sweet sour, ayam bbq, sayur 3 jenis. Orang Korea suka makan sayur. Kalu u all ada bawak pelancong Korea pi makan, oder sayur banyak-banyak. Dorang suka. Lepas lunche kita ke Menara KL. Lepas ke Menara KL round sekitar Taman Tasik Perdana, pegi Muzium Negara. Muzium sedang dinaik taraf. Semenggah la sket nampak. Kena buat balik Muzium Negara tu. Saya tengok dari saya darjah 6 sampai sekarang tak ubah-ubah susun atur dalam muzium tu. Kasihan sangat negara kita ni.

makan sate kat Medan Mara...nampak tak botol soju...depa kata makan sate ngn soju memang ngam hooo...

Lepas Muzium kita ke Tugu Negara, bergambar 10 minit lepas tu ke Istana Negara bergambo depan pintu Istana peh tu ke Dataran Merdeka. Di dataran merdeka saya citer perarakan selalu dibuat di sini masa hari kebangsaan. So dia tanya kete kebal dia berarak di sini? Aaa ya saya bilang. So dia dapat lah gambaran kete kebal depa penah berarak di depan Dataran Merdeka. Abis bergambo ke Batu Caves plak. Pertama kali saya ke Batu Caves. Memang ada keinginan nak daki tangga Batu Caves sekali. Bila pegi aritu rasa macam tak sesuai nak daki sebab dah petang hari dekat nak magrib. Macam kurang sesuai timing. Dah ada patung mas terbesar dunia kat Batu Caves ropanya ek. Terbesar saja kita ni kan.



Lepas Batu Caves ke Putrajaya pulak. Hari dah malam so tak berapa clear pemandangan tambahan hari hujan. Mereka impress melihat bangunan-bangunan di Putrajaya. Balik Korea nanti boleh la citer ngan orang sana pasal Malaysia. Lepas Putrajaya kita dinner di restoren ketam di USJ.



3 stooges turun Batu Caves...



yang ni kitorang tersesat nak cari jalan keluar kat Taman Seputeh kalu tak silap...suruh benti nak baca apa tertulis kat batu nisan...kitorang takut² kan supaya berhati-hati sebab sini banyak hantu nnti hantu ikut balik hotel...hehe

Gitu la citer serba sikit pengalaman saya menjadi pemandu pelancong. Ada tempat yang pertama kali juga saya jejak. Besok malam depa plak nak belanja makanan Korea. Oh tidakkkk...haha

No comments: