Wednesday, November 21, 2012

Tajwid : Bismillah


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





Sebelum baca selanjutnya, cuba anda baca Bismillah dengan bacaan penuh

.
.
.
.
.


Semalam tiba-tiba bonda panggil saya. Entah topik apa yang dia tengah sembang dengan makcik saya yang baru balik dari menghadiri ceramah Ustaz Don di Menara KL.

"Cuba baca Bismillah, mak nak dengar."

Saya pon baca.

"BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM"

Sekali mak cakap 

"SALAH. Mana ada Maan"

Kemudian saya belek balik Quran.



Kesalahan yang telah saya lakukan selama ini.

Astagfirullahaladzim.

"Maa" yang bertanda kuning itu yang berhukum Mad Asli Mutlak saya telah baca sebagai "Maan"

Sebab kadang-kadang kita baca laju dan ia terbaca sebagai "Rohman". 

Sepatutnya, 

"Rohmaaa"

Baru sambung 

"Nir-rohiim  

Berikut saya kopipes kembali entri yang pernah saya tulis dulu mengenai hukum tajwid yang terdapat dalam Bismillah. 





Boleh dilihat di gambarajah, ada 9 tempat hukum tajwid kesemuanya yang nombor bulat-bulat tu. Dan jika kita senaraikan pendekkan nombor-nombor itu terdiri daripada :

7 - Idgham Syamsi Bila Ghunnah

16 - Mad Asli Mutlak

19 - Mad Arid Lissukun

31 - Ro dibaca tebal

34 - Lam dibaca nipis


Akhir kalam, kalau anda ada melakukan kesilapan pada bacaan Bismillah, sama-sama lah kita perbaiki bacaan kita ya. 

Yang  baik itu datang dari Allah swt jua.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya Maira. Alhamdulillah segala kemusykilan saya selama ini telah terjawab akhirnya. Terima kasih di atas penerangan padat dan mudah difahami ini. Pun begitu.. saya berasa aneh kerana kebanyakan orang menyebut rohman dimana mim tersebut disebut dengan bunyi maaan. Lagi bertambah hairan apabila ada di kalangan mereka yang bergelar ustaz dan ustazah. Wallahualam.

waiem said...

Walaikumsalam Maira. Sama sama kita perbaiki bacaan kita.