Thursday, May 22, 2014

[Ribiu buku] Wanita yang diceritakan di dalam Al-Quran




Buku ini terbitan Yamani Angle Sdn. Bhd. Saya beli di sebuah kedai buku yang terletak di AEON Setiawangsa.

Tertarik nak beli sebab hal mengenai wanita.

Di dalamnya ada kisah 29 wanita yang diceritakan di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran tidak diceritakan secara detail jalan cerita dan namanya.

Buku ini ada menceritakan jalan ceritanya, siapa wanita itu yang Allah sebutkan di dalam firmanNya.

Mengapa, di mana, siapa dia dan apa pengajaran yang Allah hendak sampaikan di dalam wahyu Allah itu.  

Contoh 1 : Kisah Nabi Muhammad dan isteri-isteri baginda dan ada berlaku pergolakan rumahtangga di situ

Surah At-Tahrim ayat 1-5

Ayat [4]

"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya."

Kemudian Ibn Abbas tanya Saidina Umar.

"Wahai Amirul Mukminin, siapakah kedua-dua isteri Rasulullah yang berkenaan kerana mereka lah Allah turunkan ayat 4 itu?"


"Alangkah tingginya keinginan untuk mengetahui hal tersebut wahai Ibn Abbas. Kedua-dua orang yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah Aisyah dan Hafshah."

Contoh 2 : Kisah Nabi Muhammad mengahwini bekas isteri anak angkatnya

Surah Al-Ahzab ayat 37

Ayat [37]

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku."

Ayat ini menjelaskan secara terperinci bahawa sesungguhnya pernikahan di antara Zaid (anak angkat Rasulullah) dan Zainab adalah sebagai langkah Allah untuk membatalkan perihal anak angkat dalam Islam serta kebolehan seorang ayah angkat menikahi bekas isteri anak angkatnya.

Contoh 3 : Kisah perempuan pembawa kayu api yang sangat memusuhi Rasulullah

Surah Al-Masad ayat 1-5

[1] Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

[2] Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

[3] Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

[4] Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

[5] Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.



Begitu la kupasannya. Kisah wanita di dalam Al-Quran yang boleh kita ambil pengajaran dan iktibar.

No comments: