Thursday, May 15, 2014

Jalan nak ke Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang


Minggu bila tah ada tertengok rancangan Makan Angin di TV9. 

Dalam rancangan tu dia pergi makan mee udang Mak Jah. 

Sebelum tu pernah terbaca di blog Kak Jee  bahawa mee udang Mak Jah ni pesen mee dia selak-selak udang baru nampak mee.

Aigoo perasaan pon teruja nak terai test makan. 

Kebetulan cuti Wesak lepas nak pergi utara, maka kami pon singgah makan tengahari mee udang di gerai Mak Jah ni. 




Bagi orang luar Perak yang teringin nak makan mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang macam teman ni haa

Laluan dia begini :

1) Exit tol Changkat Jering

2) Lepas bayo tol jalan depan sikit ada trafik light

3) Masuk simpang ke kiri yang nak gi Taiping

4) Terus dan terus lapan lagi

5) Akan jumpa signbod nak ke Taiping dan Kuala Sepetang

6) Ikut signbod nak ke Kuala Sepetang

7) Terus dan terus lagi. Semasa terus akan nampak pelbagai papan tanda mee udang. Mee udang Mak Teh, mee udang Pak Salih, mee udang Kak Limah balik rumah, mee udang Mak Jemah dan sebagainya

8) Sabar dan teruskan perjalanan sampai jumpa papan tanda buatan sendiri mee udang Mak Jah

9) Terus lagi sampai jumpa gerai Mak Jah

10) Kalau tak jumpa tanya lah orang. Segan bertanya akan sesat jalan. 

Tips nak ke Kuala Sepetang. Pastikan anda pergi belah petang, senang sikit jumpa. Hehehe




Lepas makan kami sempat bertanya kepada salah seorang pekerja di situ.

"Mak Jah masih ada ke?"

"Ada kak. Rumah dia kat belakang tu. Kalau nak pergi boleh ajak cucu dia tu. Mak Jah dah umur 90 tahun"

Di sebabkan kami nak cepat dan hujan semakin menurun, maka kami tidak sempat nak melawat Mak Jah. Semoga Mak Jah sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah hendaknya.

 


Pantun sempena Hari Ibu (amek dari fesbuk)

Petang petang ke kuala sepetang
Ke kuala sepetang makan mee udang
Makan mee udang bersama ibu
Betul ke harini hari ibu

Orang kata harini hari ibu
Bukan ke hari2 hari ibu
Kadang anak terlupa ibu
Kerna sibuk cari duit beribu

Syurga di bawah telapak kaki ibu
Ok bai nak pegi shopping dulu


Mee udang Mak Jah ni ada cawangan di Wangsa Maju KL. Untuk info lanjut sila la gogel. Macam tak biasa. 

No comments: