Semalam
hari Buruh. Berkesempatan menyaksikan Tanyalah Ustaz dengan penuh ketenangan.
Kalau
hari-hari biasa memang tak sempat nak tengok sebab sibuk di dapur menyiapkan
apa yang patut.
Sambil
tengok tv sambil makan sarapan makaroni goreng yang digoreng sebelum itu. Nyam
nyam sedap.
Tajuk
semalam ialah Murung.
Kali ini
kali kedua Ustaz ini telah memberi ilmu yang berguna. Ilmu pertama dulu saya ingat
sampai hari ini.
Maaf
saya terlupa nama Ustaz ni. Kalau tak silap terbaca nama dia Ustaz Muhamad.
Dahulu,
tahun lepas kalu tak silap beliau telah berkongsikan satu ilmu yang berguna
mengenai mandi.
Tips
untuk mengurangkan kolestrol yak itu dengan mandi sebelum Subuh.
Sebab
time sebelum Subuh kolestrol kita…tah apa tah dah lupa. Tapi kata kunci dia
mandi sebelum Subuh la. Ustaz pon amalkan.
Selepas
dah mandi tu, solat Subuh awal waktu dan berjemaah. Lagi beso fadilat nya.
Kolestrol kurang, pahala bertambah.
Amacam?
Tapi taim Subuh le yang sedap tido.
Ok
berbalik pada topik semalam, ada orang tanya soalan. Tak ingat soalannya.
Jawapan Ustaz mengenai nikmat.
Selalu orang
kata disebalik kejadian / musibah pasti ada hikmahnya. Ya benar sekali.
Sebab Allah berfirman di dalam Surah Al-Insyirah
ayat 5-6.
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Tapi jarang sekali kita jumpa orang kata disebalik
nikmat yang Allah beri ada keburukan yang akan berlaku selepas itu.
Jadi hati-hati lah sewaktu menerima nikmat.
Contoh situasi :
Bila waktu miskin, adik beradik kemain elok
perangai. Tak de gaduh-gaduh.
Bila Allah bagi nikmat kaya, kemain berpatah arang,
berkerat rotan dek kerana duit.
Nampak tak keburukan di sebalik nikmat?
Oleh itu
sebelum kita menerima nikmat Allah kita hendak lah berdoa dahulu.
Sewaktu menerima nikmat,
pulangkan balik keburukan yang bakal ada di dalam nikmat itu kepada Allah.
Contoh doa :
Ya Allah ini nikmat yang kau
beri pada aku. Aku tahu di dalam nikmat ini ada keburukan. Yang nikmat aku nak,
yang buruk aku pulangkan balik kepada Engkau kerana aku tahu aku tak sanggup
untuk berhadapan dengan keburukan itu Ya Allah.
Kemudian Ustaz lanjutkan sikit
mengenai anak dehaka.
Anak derhaka antara salah satu contoh
keburukan yang wujud selepas diberi nikmat yang mana kita tidak berdoa sewaktu
menerima nikmat itu.
Selepas bersalin dan misi letak
anak di pangkuan kita, ketika itu hendak lah kita berdoa menerima nikmat dan
pulangkan balik keburukan kepada Allah.
Bila fikir balik, nikmat juga
merupakan ujian.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment