Saturday, September 02, 2006

KDrama : Spring Waltz (2006)



Synopsis

The story begins with Eun-young’s plane ride to Austria, where she happens to sit next to Song Inna, who is on her way to meet her childhood love, Jaeha. However, Jaeha (a.k.a: Chris Y), who has now grown up to be a young, accomplished pianist in Austria, seems not pleased with meeting Inna again after 15 years for some reason. Eun-young, on the other hand, excited about her first overseas trip, bumps into Phillip (Jaeha’s manager and best friend), who has mistaken her as Inna of whom he was suppose to pick up at the airport. The four meets, each in different turns of circumstances and incidents, and their story of love, fate and destiny begins.

Starring :
Seo Do Young , Han Hyo Joo, Daniel Henney , Lee So Yeon

Total episod : 20

Credit : KBS , DramaWiki , Koreanwiz

Dimulakan dengan gelak sebab saya rasa tema warna citer ni ialah ijo. Warna baju hero dan heroin kebanyakan warna ijo, kaler peberet mak saya. Pengarah dia sama taste warna ngn mak saya kot ahakss.

Drama Spring Waltz melengkapkan citer empat musim pengarah
Yoon Suk Ho. Bermula dengan Auntumn in My Heart (drama Korea pertama yg saya beli vcd), kemdian Winter Sonata dan ikuti dengan Summer Scent (citer ni belom tgk lagi) dan terbaru Spring Waltz.
Jalan citer menten mendayu-dayu. Kalau tak mendayu tak sah la pengarah ni hehehe


bersama pengarah

Spring Waltz kisah menyayat hati cinta agung 2 kanak-kanak di sebuah pulau yg berkawan baik masa kecik. Kemdian depa terpisah. Kemdian jumpa balik. Kemdian terjebak ngn cinta 4 segi. Kemdian cinta terhalang oleh ibu bapa. Kemdian setelah ayor mata penonton tercurah semangkok (bergantung pada darjah kejiwangan penonton), akhirnya baru la happy ending hehe

Hero sewaktu kecil telah diambil menjadik anak angkat seorang kaya sebab muka hero masa kecik sejibik dengan anak orang kaya tersebut yang telah mati. Isteri org kaya tersebut tidak dapat menerima hakikat bahawasanya anak kesayangan dia telah mati. 2 kali isteri tersebut coba untuk membunuh dirik. Kemdian secara tak sengaja bertembung dengan hero di spital. Sembang punya sembang, pujuk punya pujuk, maka hero bersetuju menjadik anak angkat orang kaya tersebut dengan syarat org kaya tersebut membiayai kos pembedahan sabahat baik nya yak itu heroin yg pada ketika itu sangat² perlu di bedah tapi tak punya duit yg cukup.

Maka terpisah la mereka hingga besar selama 15 tawon. Hero menetap di Austria. Heroin menetap di Korea.

Setelah memasing dewasa :

Hero masih tidak dapat melupai heroin dan masih menyimpan souvenir yg heroin bagi sewaktu kecil. Benda tu yang bagi dia sumber inspirasi untuk terus hidup dan menjadi org yang berjaya. Bagaimanapun hero telah diberitahu oleh bapak dia bahawasanya heroin telah mati sewaktu pembedahan sebab bapak dia takut nanti hero pergi carik heroin dan meninggalkan mak ngn bapak dia.

Heroin tidak dapat memaafkan hero yg meninggalkan dia di spital sorang diri tanpa pesan. Lagi dendam pada hero sebab kerana dia la mak heroin mati eksiden. Sebab bapak hero telah mencopet wang mak heroin dan melarikan diri.


Mari kita lihat watak² dia plak.

Hero sewaktu kecil bernama Lee Su Ho. Kecik² dia ala samseng kampong dusun. Blajar malas. Masa kecik dia dihabiskan dengan mencari bapak dia sebab dia sering ditinggalkan bapak dia. Mak dah tak de. Bapak dia ni kaki judi so salu tinggalkan anak dia merata². Last sekali dia tinggalkan dengan famili heroin. Sejak dari tu depa berkawan baik. Bila diambil jadik anak angkat nama dia bertukar kepada Yoon Jae Ha sekali gus karakter dia bertukar sebab asuhan org kaya tersebut yg bertugas sebagai duta. Seorang pemain piano yg terkenal di Austria. Kemdian pi Korea sebab nak buat album baru bercirikan irama muzik Korea. Seorang yg murung dan tak hepi sebab dia sedih banget bila dapat tau heroin telah mati. Sewaktu berada di Korea beliau cuba mengimbas kembali kenangan bersama heroin. 

Hero ni muka bersegi. Kejap dia nampak cute, kejap nampak tak ensem, kejap nampak suwit plak muahahaha. Sebagai seorang pemain piano, seswai la dia pegang watak ni. Masa episode 13 mata belah kanan dia kelihatan merah cam cedera. Ropanya masa shooting ada berlaku kemalangan. Seken hero telah tertumbuk muka dia daaa hingga masuk spital dan shooting kena pospon. Gagah sungguh iteww seken hero. Boleh baca sini pasal eksiden
Sebagai Suh Eun Young juga Park Eun Young. Seorang yg berpenyakit. Lepas pembedahan dia di jaga oleh sorang mokcik ni penjual 'kimbab'. (Kimbab sejenis sushi Korea) So dia guna surname keluarga mokcik tu la. Saja nak bagi konpius dan panjangkan citer kan hehe. 

Sebab bila dapat tahu nama pompuan tu 'Eun Young' maka hero excited nak tahu lebih lanjut pasal Eun Young. Sekali tengok surname lain. Maknanya bukan sabahat baik dia masa kecil. Ini mengkonpemkan lagi kata ayah nya yg Eun Young telah mati. Heroin menpunyai kisah citer yang sedih sewaktu kecil. Mokcik kimbab tu jaga dia seperti anak sendiri juga.



Jeng jeng jeng. Saya rasa tarikan citer ni salah satu nya sebab dia ni hehe. Awalnya watak dia tak de lam skrip. Kemdian dia pi odisen pengarah terpikat dgn dia. Makanya Incik Pengarah telah create satu watak lagi semata² untuk dia. Saya rasa keputusan yang bijak amek dia ni blakon dalam ini citer huhuhu. Boleh baca sini

Beliau berlakon sebagai Philip, pengurus kepada artis Yoon Jae Ha. Juga merupakan kawan baik hero. Juga mempunyai kisah sedih yg mana mak dia warga Korea dah mati. Bapak dia kawin lain. Citer ni seme watak sedih² belaka hahaha. Kendian tangkap cintan sama heroin. Tapi heroin tak dapat terima cinta nya. Heroin kemdian cakap (setelah di alih bahse oleh penulis) 'Aku memang suka pada dirimu...namun aku ada yg punya...lebih baik kita berteman saja...teman tapi mesra...' muahahaha. Watak dia kali ni menarik. Seorang yang patah hati, sentiasa berada di sisi heroin sewaktu heroin kesedihan sebab dia sayang banget sama itu pompuan. Kali ni banyak dialog cakap Korea. Dan cam besa dari angle mana pun jua dia kelihatan sedap mata memandang hohoho

Sebagai Song Lee Na. Suka dengan Yoon Jae Ha dari kecil. Seorang direktor syarikat muzik yg nak terbitkan album hero. Tapi Yoon Jae Ha dulu dah lain dengan Yoon Jae Ha sekarang. Nanti dia berjaya kesan kisah penipuan Yoon Jae Ha dan Lee Su Ho. Dia cuba jugak nak rampas Jae Ha dari Eun Young walau apa cara sekali pun.

Yang menjadikan semua situasi maha kelam kabut ialah bapak hero sebab dia yang telah menimbulkan segala masaelah. Memang tarak guna satu sen pon ini bapak.

Ada satu part cam kelakar plak tengok citer ni dalam episode 20. Mungkin ada sapa dokter boleh confirmkan. Jari telunjuk cedera terkena mentol pecah telah mengakibat pemain piano tersebut menjalani pembedahan secara serius. Kalau tengok pada keadaan dalam episode tersebut mcm pesakit tersebut menjalani pembedahan hati ke, jantung ke dan yg sewaktu dengannya. Lantas pianist tersebut tidak boleh bermain piano seumur hidupnya. Alasan diberikan pesakit telah lambat mandapatkan rawatan hingga jari nya rosak tak boleh men piano dah. Mek tengok cam moskel plak hehehehe.

Pada saya citer ni sangat 'cantik'. Cantik dari segi jalan citer juga lokasi nya. Tapi kena banyak sabar sebab citer dia agak slow and stedi hehe. Jangan lompat terus tengok ending dulu yach. Tak aci. Ending dia nnti bitau samada hero nak jadik Yoon Jae Ha atau Lee Sun Ho sebab wartawan seme sibuk nak tau citer sebenar. Wat PC ke gamak nye. Lelagu dia pon ok boleh tahan sedap.

Selamat menonton!!!

No comments: