Wednesday, April 20, 2005

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


*tangan genggam erat paras perut*

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saiadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saiadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

(ulang rangkap 1 & 2)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Ya Nabi Salamun Alaika
(Rasul Junjungan)

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Telah terbit bulan purnama
Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)

Ya Habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami

Jenuh aku carik lirik lagu ni lam internet tapi tak jupe. Akhirnya jupe dalam Koleksi Nasyid Terbaik Raihan. Terus beli CD dia yeww hehe. Cukup puas hati. Malah lebih dari itewww. Alhamdulillah. Kalu idak tak dengar lagu nasyid ;) Sayu dengar lagu ni. Lagu ni di nyanyikan oleh kumpulan nasyid beramai².

Esok bersamaan 12 Rabiul Awwal tarikh di mana kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita banyakkan berselawat dan memperoleh syafaat hendaknya, insya Allah.

Allah berfirman bermaksud: “De-mi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Diriwayatkan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku, maka seolah-olah dia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
(kopipes dr BH)

Esok juga sambut Maulidur Rasul di Masjid Sultan Abu Bakar JB bersama geng Cik Nai. Ada nasik beryani gam yeww hehehe :P Jupe lagi ari senin. Tata!

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

No comments: