Tuesday, April 19, 2005

Filem : Rabun (2003)

Apresiasi Rabun di Finas 16 April 2005


Image hosted by Photobucket.com

Berkesempatan menghadirkan diri menonton citer Rabun filem pertama arahan Yasmin Ahmad bertempat di Finas bersama Kak Aidid, Sempoii, Ted juga tak ketinggalan kehadiran sultanmuzaffar Ekceli aku nak bangun bagi komen tapi moderator Encik Ahmad Tarmimi Serigar kata masa dah cukup time. Terus terbantot nak bangun :)

Sinopsis Rabun

Komen aku hanya sebagai seorang penonton biasa yang suka menonton filem. Nak cakap pasal struktur filem ke, runut bunyik ke, photograpi ke haram aku tak reti sebab aku tak pi skola pilem. Bila sebut sekolah filem bermakna filem bukan sekadar hiburan semata². Kenapa perlu ada sekolah filem juga kursus atau matapelajaran mengenai pembuatan filem? Pastinya untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik, berkualiti dan disukai ramai. Menonton pilem boleh mendapat sedikit ilmu sebagaimana diterangkan sedikit sebanyak oleh Yasmin Ahmad hari tu. Ya bener iteww.

Kebiasaan aku menonton pilem aku pergi pada jalan citer dia, para pelakon yang melakonkan watak² mereka juga garapan atau cara persembahan pengarah sesuatu citer tersebut. Dengan menonton filem² mereka kita boleh baca sedikit sebanyak pemikiran pengarah tersebut, konsep pengarahan dia(cth : musti ada penyanyi dalam setiap filem dia ke) , corak filem dia (cth : sokmo jalan citer dia kisah cinta melampau ke atau ada isu kaum dalam filem dia ke), sebab musabab dia membuat filem (cth : utk masuk Mesia book of rekod filem terbanyak di hasilkan dalam masa setahun ke) dan sebagainya. Sekadar contoh sahaja. Penonton Mesia sekarang rasanya dah pandai² belaka dan tahu menilai filem mana yang harus tengok ataupun tidak. Kalau filem tu baik kita promote la suh orang² kampung tengok sama.

Ya citer Rabun ni bertemakan kasih sayang. Konsep kasih sayang yang dikupas secara halus dan tersendiri oleh pengarah. Ada 4 poin yang aku rasa aku tak rabun bila tengok citer ni. Pertama adegan dibilik mandi sewaktu Pak Atan dan Mak Inom mandi bersama. Aku terus tingat kat saranan Datuk Nik Aziz sikit masa dulu (kalau tak silap) menyarankan somi isteri mandi bersama untuk menguatkan kasih sayang antara mereka juga kekerapan bersentuhan antara somi isteri. Maknanya ini bukanlah sesuatu yang ganjil. Kedua mengenai sikap orang Melayu yang memang 'cekik darah'. Adegan simboliknya Pak Atan membunuh nyamuk yang tengah isap darah dia sewaktu Mak Inom tahu bahawa anak saudara dia, Yem melipatgandakan harga buat simen tu. Ketiga, yang ni aku tak bape setuju dengan pengarah adegan di mana Orkid dengan Yassin hanya berdeduan di rumah Okid tanpa ikatan yang sah. Boleh memalukan keluarga kalau kena cekup ngn Jawi nih. Tapi Pak Atan ngn Mak Inom relek jek seolah² 'menghalalkan' perbuatan mereka. Mungkin pengarah ada alasan tersendiri. Point² ni yang aku nak komen tapi tak cukup masa. Keempat nya, terus ingat kat mak ngn ayah kat kampung. Walaupun mak ngn ayah aku tak semesra macam Pak Atan dan Mak Inom, aku percaya mereka bahagia dan gembira melihat kejayaan anak² mereka. Terima kasih.

Melayu yang 'cekik darah'. Memang perit nak akui tapi tu la kenyataannya. Keje tak mo, apa pong tak mao tapi kawin mao. Nak bagi anak orang makan apa nanti lepas kawin? Takkan asyik nak berhutang. Nampak sangat niat dia kawen semata² nakkan 'benda yang besar cawan tu'. Hah apa tu? Kena le tengok citer Rabun ya;). Langsung tak de rasa tanggung jawab. Kesan dia nanti selepas kawen laa *sampai anak dah 3 utang Benggali lom abis bayar lagi * :D

Setelah tengok 2 pilem arahan Yasmin Ahmad Sepet dan Rabun, konklusi yang boleh aku buat mengenai filem² arahan Yasmin Ahmad mcm buah limau yang segar dimana kita terliuq tengok nak makan, bila kita kupas buah tu boleh jupe isi yang elok di dalam dan dalam isi ada bijik yang 'keras'. Err...ni perumpamaan hentam keromo aku jek ek hehe. Sedikit sebanyak boleh gerakkan minda kita sket dengan berfikir dan menoleh semula kehidupan seharian kita. Mungkin tak ramai yang suka filem yang boleh buat kita berfikir sebab mereka hanya nampak filem sebagai hiburan semata² dan tak banyak ekceli filem² kat Mesia yang boleh buat kita berfikir. Apa kejadah nak memenatkan pala otak pikir ek? Tengok je sudah lah. Ada yang hanya suka citer putera raja dengan pompuan cantek yang akhirnya berkahwin, ada anak dan hidup bahagia selamanya tanpa masalah. Citarasa memasing ye tak? Sekian lah saja luahan isi hati saya. Mesreee selaluuu. Buat Yasmin Ahmad selamat maju jaya dalam menghasilkan karya² yang disukai ramai.

P/S : Finas ni tak apdet website dia ke hapa?

No comments: