Friday, April 15, 2005

KDrama : My Love Patzzi (2002) featuring Explorace Korea



Image hosted by Photobucket.com

*iklan kopipes* :P kebetolan tuan guru kebetolan…sekarang saya adiahkan kedai ini utk dijadikan umah sekolah anak² yatim* :D


Kebetolan dek non...pas je aku abis tengok citer ni, Explorace Episode 13 plak berlokasi di Korea Selatan, jadik aku tau la nama tempat shooting drama ni iaitu di Taman Tema Everland ;)

Makin teruja mao menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Tengok Explorace Kamis lepas, aiyo ma nak termuntah pun ada tengok derang makan sutun kurita idop² yang dipotong patblas cicah ngan cili sos. *nyam nyam * (Maksud tersurat aku tak layak masuk Explorace ni hehe) Bukan sutun yang kecik iteww u ols yach. Sutun seperti dibawah.


Image hosted by Photobucket.com

Dialog Dani pas sutun² iteww dipotong "eee idop lagik siot". Amir dah muntah dah. Apa raaa org pompuan stedi jek makan hehehe (dalam ati tuhan aja la yang tau ek). Tapi aku tak puas ati beza wang tunai tempat pertama dan kedua. Macam tak ikhlas jek bg adiah. Penat lebih kurang sama, dah lah tasks dia mcm nak 'bunuh' orang, jarak masa pon tak jauh. Yang menang tu nasib dia kira baik la menang…hmmm (hanya pendapatan saja)

Tahniah pada yang pemenang!

Image hosted by Photobucket.com

Mungkin ada yang dah tengok lama citer ni sebab dah penah tayang kat TV3 sikit masa dulu. Aku tak tengok laie. Citer dia cam Cinderella ala² versi Korea la. Seorang anak majikan kaya, bergaya, ensem, berkaca mata dan suka pakai baju kot. Bapak dia la empunya Everland tu. Suka akan seorg pompuan, Gadis A yang selalu bernasib malang dan serabai. Yang buat dia suka Gadis A ni sebab dia baik hati dan telah menyelamatkan dia sesama keretapi berhias terbakar. Gadis A ni ada sorang kawan baik iaitu Gadis B bersama² satu sekolah, tinggal bersama dalam satu bilik tetapi menjadi musuh dalam selimut. Gadis B ni pulak sorang yang cantek, lemah lembut, ada keja bagus tapi iri hati dengan Gadis A. 

Terbalik kot la plak. Patutnya Gadis A yang iri hati dengan Gadis B. Busuk ati punya olang. Memacam komplot si Gadis B ni buat untuk bagi semua di Taman Tema tu tak suka kat Gadis A. Satu je dia tak buat antor emel layang fitnah Gadis A. :P. Memang mencik tol nengok Gadis B ni walaupun dia ahh cunnyaaaaaaa. Mereka ni semua bekerja di Taman Tema Everland.

Pelakon :

Image hosted by Photobucket.com
Jang Nara sebagai Gadis A(Successful story of Bright Girl)

Image hosted by Photobucket.com
Kim Jae Won (lain drama Romance, 100 days with Mr. Arrogant) esmemnye dia pake spek ngn kot..mcm familiar ini ayat..dengar di mana yaa? huhuhu

Image hosted by Photobucket.com
Kim Rae Won (lain drama Attic Cat, Love Story in Harvad, pilem '...ing', My Little Bride) Ekceli mau nengok seme citer² lakonan dia nih.

No comments: