Tuesday, April 12, 2005

KDrama : The Nymph and the Con Artist (2003)


Image hosted by Photobucket.com

Drama ni best. Sebab pe aku kata best sebab jalan citer dia lain sket dari drama² Korea yang dah aku tengok. Citer mengisahkan seorang lelaki Jung Jae-kyung lakonan Ahn Jae Wook yang kerjaya dia ialah menipu untuk hidup. Berjaya menipu sehingga tidak meninggalkan kesan. Sukar untuk dikesan. Very derr professional giteww. Tapi of course bukan dia berseorangan. Dia bersama 4 org geng dia yang sehati sejiwa melaksanakan misi tersebut. Depa² ni seme senasib sebatang kara dan pernah masuk penjara kerana kesalahan spt mencuri dll.

Image hosted by Photobucket.com
Ini polis sudah saspek sama dia...hari² datang mao tanyaa

Alkisah satu hari dia berjumpa dengan seorang perempuan dan sudah tangkap cintan sama ini pompuan. Kemdian dia cakap sama ahli kompuan dia yang dia mahu bersara dari pekerjaan menipu ni untuk membina keluarga bahagia. Tapi dalam masa yang sama mereka telah merangka sebuah projek penipuan yang mana kalau depa berjaya alamat tido atas duit utk la 2-3 tahun. Sebuah syarikat gergasi menjadik sasaaran. Terpaksa la dia menyetelkan misi penipuan buat kali terakhir. Projek ni dirangka sebab nak kasik ajar kat dia punya big boss. Big boss ni dia berjaya dan kaya sebab menindas orang meskin dedolu dan kematian ayah Jae-kyung ada kena mengena dengan iteww big boss. Maka mereka pun mula kan la operasi putar alam mereka. 

Image hosted by Photobucket.com
Ampat sekawan

Nak dijadikan cerita awek yang dia minat banget tu merupakan cucu tunggal big boss kompeni tu. Aiyohhh...maka Jae-kyung dalam dilemma. Cemana dia nak buat ek? Awek tu tatau yang dia keja menipu. Maka dia mengambil keputusan drastik memutuskan hubungan sama awek iteww dengan hati yang amat berat. Nak tarik diri dari komplot penipuan tu dah tak boleh. Seterusnya kena tengok sendiri citer ni yach. Tak boring citer ni I tell yeww.

Citer korea ni aku memang saspek (juga lain² citer). Tiada adegan lawak tapi cara mereka melontarkan dialog diikuti dengan mimik muka yang bersahaja, boleh buat kita ketawa. Sangat laaa suka nye kat hero citer ni yak itu Ahn Jae Wook, salah seorg aktor terbaik di Korea. Tapi sekarang dia tak banyak blakon lah kerna tumpu pada nyanyian. Citer lakonan dia pun payah nak carik kat sini. Tak banyak. *tumbok² kusyen pat segi...kuciwaa* Bila mao bikin konsert kat sini? hehehehe


Image hosted by Photobucket.com
terhangat di pasaran


Pelakon :
Ahn Jae Wook (drama Oh Pil-seung, Bong Soon-young, film the Garden of Heaven)
Kim Min Sun (drama Glass Slippers)
Total episod : 20

No comments: