Synopsis
The life of Go Eun Chan (Yoon Eun Hye) is not easy; she works many jobs to pay off debts and even gave up her feminine image. Choi Han Kyul (Gong Yoo) is the heir of a big food company, but his grandmother wants him to settle down, so she arranged many dates for him. After Eun Chan bumped into Han Kyul and was mistaken for a boy, Han Kyul decided to hire Eun Chan to be his gay lover in order to avoid the arranged dates. Desperately in need of money, Eun Chan had no choice but to accept. Han Kyul's grandmother also made Han Kyul in charge of a filthy coffee shop in danger of being bankrupt. Eun Chan begged to work at the coffee shop, and not long after, feelings start to spark, except, how would Han Kyul accept his "homosexuality"?
Total episode : 17
Credit : DramaWiki , WITHS2

kedai kopi sebelum dan selepas
Agak lama juga saya menantikan idea untuk bercerita mengenai drama ini. Writer belok katanya. Kemdian baru-baru ni ada la orang nak promot kopi kempis perut pada saya suh try minum. Belum minum lagi. Kalu tak kempis siap ko mustarjo. Nanti pas menom saya apdet hasil ujikaji meminum kopi kempis perut iteww yach samada kempis atau kembang perot hehehe
Kata kunci nya di sini ialah kopi agak ada kaitan sket dengan tajuk kdrama ni iaitu putera kopi terus dapat idea apa nak tulis hehe. Kadang kala begitu la situasinya untuk mendapatkan idea.
*Berbual-bual la dulu ye...nnti makcik siap kan kopiiii*
Citer di adaptasi dari sebuah komik Korea. Sebuah kdrama yang amat ngetop di Korea untuk musim summer 2007.
4 orang putera kacak yg tera bikin kopi...
Citer ni mengisahkan heroin bernama Eun Chan (yg tiada kena mengena dengan Sin Chan) seorang yang tomboy yang bekerja keras untuk menampung keluarganya. Mak dia surirumah yang suka ber-shopping manakala adek nya masih sekola. Bapa pula telah meninggal. Memandangkan kos hidup di Korea sangat tinggi ditambah dengan 2 ahli keluarga yang tiada pendapatan tetap segala harta sepencarian di carik oleh Eun Chan sorang. Pelbagai macam keje dilakukan oleh Eun Chan demi untuk 3 suap nasik (dia, mak dia dan adik dia). Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh Eun Chan ialah menjadi ckegu tek wan do kanak-kanak, jadi budak delivery jjajiangmyun, jadi budak penghantar susu dan surat kabar setiap pagi. Pendek kata selagi belum tutup mata, Eun Chan keje keje keje.
Sehingga la pada suatu hari yang mendung Eun Chan bertemu dengan seorang jejaka. Jejaka ini pula telah didesak oleh ahli keluarganya supaya lekas berkahwin memandangkan umur dia pon dah nak cecah 30. Nenek dia takut kempunan tidak dapat lihat cicit jika ajal dia sampai sebelum jejaka itu berkahwin. Disebabkan jejaka itu belom bersedia untuk mendirikan rumahtangga, jejaka itu telah mengupah Eun Chan untuk menjadi pasangan gay nya supaya kesemua blind date yang diatur oleh nenek dia menemui kegagalan. Gagal kerana pompuan-pompuan yang di-blind date nya itu menolak untuk berpasangan dengan jejaka itu kerena dia adalah seorang cik gayah.
Jejaka itu telah tersalah anggap Eun Chan sebagai lelaki sebab itu dia upah Eun Chan. Eun Chan berpewatakan seperti lelaki mungkin kerana dalam famili dia tak de lelaki dan sebagai anak yang sulung Eun Chan merasa tanggungjawab dia besar dan dengan menjadi lelaki mudah bagi nya mendapat kerjaan tanpa banyak kompromi. Biasala kan kalu jadi pompuan ni, banyak keje tak boleh buat. Ini tak boleh, itu tak boleh, ini bahaya, itu tak seswai dan bla bla dot com dot my. (tapi Eun Chan ni tak de pon muka jantan langsung sungguhpun berlagak macam jantan...wajah feminin nya tetap terserlah comei kan)
latte art at coffee prince no. 1 shop
Selepas strategi blind date nenek tidak berjaya, nenek pon come up dengan satu lagi tugasan pada cucu nya iaitu dalam masa 3 bulan cucu itu harus mengusahakan sebuah kafe kopi yang daif hingga berjaya dan mengaut untung 3 kali ganda. Jika gagal, segala rumah, kereta, kad kredit dan duit poket akan ditarik seluruh nya. Nenek mahu mendidik cucu nya yang malas itu supaya reti berdikari dan bekerja. Nak tanak cucu itu menuruti suruhan nenek kesayangannya itu.
Dan jejaka itu pon mula lah meng-casa impian kan kafe kopi daif itu sehingga bertukar wajah dan tidak lagi buruk ropa paras nya. Supaya berselera sikit orang nak minum kopi kat dalam kafe itu kan. Setelah selesai segmen Casa Impian dan Deko bersama Eric di kafe, jejaka itu mengumumkan pemilihan pekerja di mana dia mahukan hanya pekerja lelaki yang bekerja di kafe kopi nya itu sebab nama kedai itu ialah Coffee Prince. Disebab jejaka itu mengenali Eun Chan sebagai lelaki maka Eun Chan diterima kerja di kafe kopi itu. Rahsia jantina Eun Chan tidak diketahui oleh mana-mana pekerja di kafe itu kecuali seorang iaitu Mr.Hong. Makanya semua orang melayan Eun Chan seperti lelaki le gamaknya. Berkongsi bilik air bersama, bercerita hal luar dan dalam lelaki bersama-sama heheh dan sebagainya.
Seterusnya anda harus saksikan bagaimanakah tembelang jantina Eun Chan ini pecah yang bikin semua orang disekelilingnya marah.
Dan adegan beremosi marah dan sakit hati pilihan saya ialah di mana hero berasa teramat marah bila dapat tahu Eun Chan sebenarnya pompuan sebab dia sudah tangkap cintan sama Eun Chan, kaum sejenis and tambahan lagi dia telah bersedia untuk mewar-warkan pada umum bahawa Eun Chan adalah kekasihnya. Dia telah menyiapkan diri dia untuk bersedia menerima apa jua dugaan dan tentangan yang bakal menimpa di masa hadapan, amaroh dari keluarga nya dan juga kutukan dari kengkawan lurus dan tegaknya bila mereka semua mendapati dia jatuh cinta sama kaum sejenis sebab sebeno nya dia bukan homoseksual tetapi disebabkan terlalu sayang pada Eun Chan maka dia sanggup mengenepikan semua orang, juga maruah dan imej dia. Chenta itu buta. Satu lakonan yang sukar untuk dilakukan pada hemat saya. Dan juga untuk mendapatkan mood dan emosi itu saya kira juga tidak mudah. Anda bole saksi adegan tersebut pada awal episode 12.
"When I said I love you, I had to ignore what my fiends and my family would think. To come up with that decision and act upon it, it was really hard for me. Go Eun Chan, you know, I need someone who trust me. Even if the rest of the world says I am worthless, I need some one who says 'Choi Han Kyul hasn’t had a chance, Choi Han Kyul does what he says he’s going to do, Choi Han Kyul just hasn’t found what he wants to do in life, but he can do it if he puts his heart to it.' I need someone who trust me like that. Not some like you who deceives even in love, calculating or not they will found out."
Huk huk. Dengan skali take dialog diucap. Berapa punya panjang daaa mau hapal dialog.
* aku baru balik dari blaja dialog...ha ah blaja dialog bawah pokok dengan cik salmah * :D
* aku baru balik dari blaja dialog...ha ah blaja dialog bawah pokok dengan cik salmah * :D
Dan para pelakon nya :
Gong Yoo as Choi Han Kyul
Antara hero yang saya sikit kureng. Tapi untuk citer ni dia agak taste jugak la ;p
Yoon Eun Hye as Go Eun Chan
Dengan imej yang baru, heroin ini terus menggungguli carta ngetop dimana drama-drama lakonannya pasti ngetop. Dalam kdrama The Vineyard Man beliau telah memenangi Best Aktress. Untuk drama Coffee Prince ini pula dengar kabarnya beliau mendapat bayaran USD20,000 untuk setiap 1 episode. Darab 17 episode. Wow pakcik kayo. Pastu kan ada gosip mengatakan ada sorang hero cemburu pada heroin ini sebab dapat bayaran lumayan lantas demand untuk mendapat bayaran yang sama seperti heroin ni utk drama terbaru beliau. Kemdian dia tarik diri sebab demand dia tidak dipenuhi lantas watak hero tadi diganti dengan hero pojaannn hati ku huhuhu Bagus sekali. Siapakah dia? Nanti kita citer bila masa nya tiba kui kui.
Lee Sun Gyun as Choi Han Sung
Sebagai sepupu kepada hero. Saya rasa adegan dia rujuk / gaduh dengan gelpren dia merimaskan. Nak kata kapel romantika loving menyentuh perasaan tak de jugak. Lagi menyampah ada. Tak bole nak relate dengan jalan citer CP ni sebab tu saya rasa drama ni kureng disebabkan adegan depa berdua ni.
Chae Jung Ahn as Han Yoo Joo
Wanita rebutan 2 lelaki dalam citer ni disebabkan wajah yang manis dan ayu.
Kim Jae Wook as No Sun Ki
Sekali pandang muka dia ada iras hero kedua Time of Dog & Wolf. Merupakan pekerja di Coffee Prince.
Adegan pilihan bila dia panggil heroin ‘My Chan My Chan’ pas tu kena marah dengan hero hahaha
Kim Dong Wook as Jin Ha Rim
Mr. Kim jugak dia ni ropanya. Macam muka orang Jepun sket. Sebagai pembuat waffle di Coffee Shop
Lee Un as Hwang Min Yeop
Realiti nya beliau ini merupakan seorang model. Model kategori kurang ensem kot hehehe Yang Encik Kim kat atas tu pon model jugak. Model syampu rambut kot macam Rain hehe
Kisah yang tidak tipu, sepupu sepapat dengan kisah benar ;p
Hahaha siap ada kisah benar. Kejadian berlaku pada 22 Ogos 2007 jam 9.30 pagi waktu Korea (waktu mesia 10.30 pg) di Incheon Airport. Adegan di bawah ini menjalani penggambaran pada waktu itu. Waktu itu saya turut berada di situ. Tengah nak cari tempat breakfast so terserempak la dengan krew-krew tengah sunting. Tatau depa shooting apa. Adegan seseorang tengah cakap kat public phone membelakangi penonton. Sekali ada la satu agashi kat tepi cakap Coffee Prince. Huh apa kopi prince. Saya pon toleh balik. Ada la nampak kelibat macam Eun Chan dari belakang. Orang-orang awam yang tengah lalu lalang tidak dibenarkan diri kat tepi untuk melihat penggambaran macam dalam citer industan. Adegan dusyum-dusyum tapi orang keliling seme jadi patung cendana kan hahaha. Ada sorang krew akan jaga lalu lintas dan suruh seme orang teruskan jalan. Saya pon kena halau. Ingatkan nak tengok sampai habis tapi tak boleh. Di halau secara berhemah la. Jarak dengan Eun Chan lebih kurang 15 meter gitu. Disebabkan saya berdua dan kami memang lapar giler so kami teruskan perjalanan mencarik nasik lemak. Malang nya tiada. Bertuah la kalu ada kan hahaha.
Sekiranya pada masa itu saya keseorangan, harus ku tunggu sampai habis shooting. Cari angle tersorok sket supaya tak kena halau hahaha Balik umah terus tengok citer ni episode akhir.
Gitu la kisah benar nya.

banyak kali pause play pause play adegan ni kot-kot ada terenterprem kat belakang muahahaha...malangnya tak de...
Moral of the kisah, depa shooting 22 hb untuk last episode 17 dan episode 17 on air pada 28 hb. Maknanya penggambaran mengambil masa 6 hari saja. Cepatkan. Shoot-shoot terus jadik kan. Mungkin ada certain-certain adegan dah shoot sebelum nya atau lepas pada 22hb masih lagi ada penggambaran. Tak pasti plak. Anggaran kurang lebih dalam masa 6 hari itu mereka masih menjalani penggambaran kemdian proses masukkan lagu-lagu latar, edit dan sebagainya.
So moral of the kisah lagi, kdrama-kdrama yang ditayangkan di sana adalah terkini mengikut peredaran musim. Bukan stok-stok drama tahun lepas yang tayang selepas setahun atau pun 2 tahun. Sebab tu ada kdrama yang pada awalnya 16 episod kemudian disambung ke 20 episod sekiranya rating tinggi dan sambutan terhadap drama itu menggalakkan. Begitu sebaliknya jika kurang sambutan depa potong episod. Sebab depa tak de masalah nak shooting. 4-5 hari bole siap 1 episode. Tapi idea kena lah banyak untuk sambung citer. Tabik spring la kat penulis skrip & pengarah seperti itew. Dan para pelakon juga berhemah dan komited dengan keje. Tak de la asek-asek "'on the way" ke tempat lokasi. On the way on the way 4 jam baru sampai hik hik. Buang masa, jadual lari dan keje tertangguh kan.
Unfortunately saya tidak sempat untuk ambil gambar. Mungkin sebab lapar kot hehe Lepas selesai sarapan, saya berpecah ngn Mr. M sebab masa banyak lagi. Masing-masing pi bawak haluan masing-masing. Cukup masa jumpa kat sekian-sekian. So saya pon pegi la balik tempat shooting itew tetapi sudah tidak ada. Kuciwaaa la sikit hehe.
Coffee Prince Special
Lepas abis tengok drama ni jangan lupa tau saksikan CPS dia
kimchiiii
Selamat menikmati kopi anda :)
No comments:
Post a Comment