Tuesday, November 20, 2007

Filem : Om Shanti Om (2007)



SynopsisIn the 70s, Om (Shah Rukh Khan) meets Shanti (Deepika Padukone), the love of his life but shortly after, he suffers an untimely death. He is immediately reincarnated and in the present, he is haunted by memories of his past life and his true love, so Om attempts to solve the mystery of his death, and also reunite with Shanti, the love of his past life.

Cast : Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Arjun Rampal

Director : Farah Khan


Credit : Official website , Wikipedia
 

Citer ni bergenre komedi, drama dan seram. Ada hantu jelita muncul di akhir citer ni.

Filem ke-dua arahan koreografer terkenal Bollywood iaitu Farah Khan dan diterbitkan oleh SRK bersama isterinya. Filem kroni jugak la ni. Kawan tolong kawan. Asal Farah mengarah, hero musti SRK. Tu yg pakcik suka tu hehe. Filem pertama arahan Farah Khan ialah Main Hoon Na dimana SRK juga hero nya.

Antara perkara menarik yang ada dalam citer ni :

1. Hero dan heroin blakon 2 watak

2. Tarian tidak berbaju SRK (tak larat tengok...orang bukak baju dia pon mau bukak baju muahahaha) *orang beli radio baru dia mau radio baru* SRK telah menjalani beberapa latihan di gym untuk mendapatkan 6 ketul abdominal masel untuk dipertontonkan dalam pilem ini. Mungkin strategi pemasaran mahu bersaing dengan pilem
Saawariya yang release pada hari yang sama seluruh dunia yang mana hero Saawariya juga menayang bodinya

3. Kemunculan 30 rakan artis baru dan lama yang turut serta meng-happeningkan sebuah lagu bertajuk Dewangi Dewangi. Terpegun jap tengok sambil berfikir macam mana penggaambaran dilakukan dengan menampilkan seramai 30 artis jemputan untuk lagu tersebut. Mungkin ada menggunakan teknik cantum-cantum atau mungkin penggambaran dilakukan pada masa majlis anugerah diadakan dimana ramai artis berkumpul pada masa tu

4. Kalau Hollywood ada Spiderman, Superman, Malaysia ada Cicak Man, Bollywood plak ada "Mohabbat Man". SRK memakai kostum ala Cicak Man hahaha

5. Pertama kali saya nampak para sponsor turut meng-enterpremkan diri dalam pilem industan seperti Nokia dan Maybelline seperti dalam pilem kita. "It's a bluetooth yarrr...Nokia" Nasib baik biskut Julie tak de sponsor. Kalau tak musti ada adegan makan biskut Julie berramai-ramai huhu

6. Heroin merupakan pendatang baru dalam industri seni Bollywood. Anak kepada pemain hoki India. Cantik manis orang nya dan 'berbakat besar' dalam lakonan ;p Baru berusia 21 tahun.

7. Arjun Rampal memegang watak negatif dalam pilem ni

Kontroversi

Sorang pelakon veteran Manoj Kumar mahu menyaman SRK kerana tersinggung dengan adegan watak dirinya yang dilawakkan dalam citer ni. Tapi tak jadi saman sebab SRK minta maaf dan mahu men-delete adegan itu tetapi Encik Manoj bilang tak perlu. Ala En. Manoj ni gurau-gurau senda sikit pon tak boleh ke...

Jalan citer mengenai seorang pemuda yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal dan kelahiran semula atau reincarnation. Juga tribute buat pelakon-pelakon lama Bollywood di mana pilem ni mengimbau kembali saat-saat kegemilangan pilem Bollywood di tahun 70-an, I guess.


Fasa 1

Lokasi bertempat di sebuah kampung 30 tahun yang lampau. Rekaan set, kostume, fesyen rambut di era 70-an

Seorang pemuda bernama Om Prakash Makhija, seorang pelakon tambahan bercita-cita mahu menjadi seorang pelakon terkenal Bollywood suatu hari nanti. Bila dah bergelar pelakon terkenal Om mahu duduk di dalam umah yang besar, keta besar, ada orang gajian, ada drebar, ada tukang masak, ada tukang kebun dan sebagainya. Dalam pada itu Om amat meminati seorang heroin terkenal pada waktu itu bernama Shanti Priya. Di mana ada Shanti menjalani penggambaran maka Om pon ada turut serta untuk enterprem hingga la satu hari Om telah menyelamatkan Shanti dari kebakaran sewaktu penggambaran dan bermula dari situ mereka berkenalan.

Banyak kedapatan adegan lawak di sini yg buat saya terngekek-ngekek jugak la. Antara nya :

1. Om kelu lidah untuk berkata-kata bila berhadapan dengan Shanti. Hanya mampu berkata di dalam hati. Biasa la kan bila kita berdepan dengan idola kita terus kelu lidah untuk berkata-kata. Hahaha.

2. Om menipu shooting di depan Shanti sebagai hero utama memegang watak Rajinikath dalam pilem "Mind It". Ketat perot gak tenagok part ni. Cuma tak de quote dialog popular Rajinikath "Sekali aku bercakap, bererti seribu kali aku bercakap" muahahaha

Fasa 2

Om mendapat tahu Shanti sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang producer terkenal, jahat tetapi ensem iaitu Mukesh Mehra Inzhagi lakonan Arjun Rampal tetapi status isteri di rahsiakan umum kerana ditakuti tiada pelabur yang akan melabur wang pada pilem heroin yang telah mendirikan rumahtangga. Pemikiran tipikal di dalam industri perpileman Bollywood untuk pelakon wanita nya.

Shanti mengugut mahu menyebarkan berita perkahwinan nya dengan Mukesh pada akbar sebab Shanti sudah tidak larat mahu berselindung lagi. Berbeza pula dengan Mukesh. Dia merasakan ugutan tersebut sebagai satu ancaman peribadi baginya sebab di kala itu dia sedang ber-gewe dengan anak gadis seorang kaya yang mana dia mahu mengikis harta bapak gadis itu. Lantas Mukesh membuat satu rancangan mahu membunuh Shanti. Dipendekkan citer, Mukesh membakar sebuah studio rakaman di mana Shanti dikunci dari luar dan Mukesh pon blah.

Mukesh ingat tiada siapa melihat bahawa dia telah membakar studio dengan Shanti sekali tetapi ada sepasang mata sedang menyaksikan peristiwa itu. Ya tidak lain dan tidak bukan orang itu ialah Om Prakash. Om dengan macho yang dah ada six pack abs gegas berlari mahu menyelamatkan kekasih hatinya dari kebakaran tetapi tidak berjaya kerana api marak menyala (dalam pada api marak menyala tu bole tak terbakar sikit pon kain sari heroin hahaha). Om berusaha dengan keras dan gigih untuk menyelamatkan Shanti tetapi gagal kerana Om terpelanting keluar bangunan sebab ada alat pemadam api meletop. Sejurus selepas Om terpelanting keluar, Om terjatuh di tengah jalan raya dan kemdian sebuah motokar datang dan terlanggar Om. Om dibawa ke spital tetapi tidak dapat diselamatkan. Om pon mati lah.

Nak dijadikan cerita, drebar kereta yang melanggar Om itu juga dalam perjalanan ke spital sebab isteri nya sudah mahu bersalin.

Disini berlaku la kelahiran semula di mana Om yang dah mati hidup semula melalui bayi tersebut.


Fasa 3

Bayi yang baru lahir itu diberi nama Om juga. Bukan
Om Hasim tetapi Om Kapoor (OK) OK merupakan anak kepada pelakon terkenal iaitu Rajesh Kapoor yang telah Om Prakash di Fasa 2. So bila dah besar OK menjadi pelakon fofular mewarisi bakat bapak dia. Asal jadik anak orang kaya musti ada scene bawak moto beso peh tu jalan slow-slow kan hahaha. Waktu tu OK tiba di lokasi penggambaran. OK lewat 4 jam. Disebabkan dah terlambat sampai OK tidak sempat nak layan beberapa peminat yang sedang menunggu nya di lokasi. Dengan rasa kecewa dan marah sket peminat itu berkata "Tengok live tak de la tinggi sangat" haha

Dalam Fasa 3 ini OK mengalami beberapa insiden déjà vu. Dia rasa seolah-olah dia pernah mengalami peristiwa itu tetapi dia ingat-ingat lupa.

Kemdian OK pon bertemu lah dengan Mukesh Mehra aka Mike (sebab dok kat Holliwood lama selepas bunuh Shanti so nama pon tukar la) OK mahu Mike menerbitkan pilem terbaru lakonan nya berjudul "Om Shanti Om" dan penggambaran dilakukan di studio lama yang terbakar 30 lepas iteww. Di situ nanti kisah jenayah bunuh yang dilakukan oleh Mike 30 tahun yang lepas dibongkarkan oleh OK.

Gitu la kisahnya. Citer yang menarik untuk ditonton. Dari awal hingga akhir tidak terasa meleret. Di akhir kredit, dapat menyaksikan wajah para-para karyawan yang terlibat di dalam pembikinan pilem ini. To SRK fans, ter-amat worth watching hehehe

Gubahan muzik yang agak meletop juga oleh pasangan duo Vishal Shekar. Banyak lagu-lagu sedap.

Lokasi banyak dilakukan di studio rather than dicelah-celah pokok, bukit bukau, gunung ganang, sungai-sungai mahupun di luar negara.


Moral of the judul pilem "Om Shanti Om" - Om di tahun 1977 vs Om di tahun 2007 kedua nya minat sama Shanti. Tu pasal la Shanti tersepit di tengah-tengah ;p hehehe

No comments: