Showing posts with label SRK. Show all posts
Showing posts with label SRK. Show all posts

Monday, December 22, 2008

Filem : Rab Ne Bana Di Jodi (2008)



Synopsis


Surinder "Suri" Sahni (
Shahrukh Khan) is an introvert, responsible and sincere cubicle worker for Punjab Power. Tania "Taani" Gupta (Anushka Sharma) is an extrovert, flamboyant and vivacious, set to get married to the guy she loves. When her fiancee is killed in a bus accident on their wedding day, and her professor father suffers a massive heart attack as a result, Taani's father asks Taani and the visiting Surinder, his longtime favorite student, to marry so that Taani will not be alone after he is gone. The couple agree, and Taani finds herself in a routine and loveless marriage in Amritsar. Unbeknownst to her, however, Suri had fallen in love with her at first sight, though he remains too shy to tell her.
Cast :
Shahrukh Khan , Anuskha Sharma

Director : Aditya Chopra

Credit : Official Website



Filem arahan Aditya Chopra yang membuat come back selepas 8 tahun dalam bidang pengarahan filem. Filem arahan beliau yang terakhir ialah Mohabatein (2000) juga lakonan SRK. Filem pertama arahan Aditya merupakan filem blokbuster super duper hit iaitu Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), yang memegang rekod paling lama ditayangkan dipawagam di India. Berapa ratus minggu dah tayang. Tah sekarang tayang lagi ke tak cite ni. Weh la depa ni tak de keje lain ek, layan SRK tiap hari. Hehehe

Pendek kata, waiem dan Aditya Chopra berkongsi hero pojaan yang sama ekekekeke. 

Oleh kerana Aditya Chopra mengambil masa 8 tahun untuk mengarahkan sebuah filem, maka filem ini tidak harus dilepaskan bagi peminat pilem hindi khususnya peminat pilem Aditya Chopra dan hero nya SRK

Cakap banyak pon tiada guna nya. Tonton la citer ni. Anda pasti tidak menyesal dan terhibur.

Cite ni bergenre komedi romantik. Romantik sederhana. Agak terkawal kisah chenta nya. Tak lebih, tak kurang. Cukup rasa dan rempah kari nya hehe

Judul pilem dia "A match make in Heaven" atau dalama bahsa Melayunya berbunyik "Jodoh telah ditentukan Tuhan"



Mengisahkan seorang lelaki bernama Surinder Sahni atau nama pendek nya Suri. *suriram ram ram suri ram hey* Suri seorang pemuda yang berperwatakan baik, lurus bendul, 'nerd', sopan santan dan berhemah tinggi sehingga menjadi menjadi pojaan professor di universitinya. Ala-ala lelaki Melayu terakhir la ni. Satu hari Suri menghadiri majlis perkahwinan anak professor nya bernama Taani, seorang gadis ayu dan juga sopan santun. Ciri-ciri wanita Punjab sejati. Professor itu kemudian memperkenalkan Taani kepada Suri. Perkenalkan sekejap itu telah menimbulkan rasa kuch kuch hota hai chenta pandang pertama di hati Suri terhadap Taani. Zassss...berdesupppp menyelinap perasaan itu datang tanpa diundang. Tapi apakan daya, nasi akan menjadi bubur. Taani akan bernikah sebentar lagi.

Tatapiiiiii, nasik tidak sempat jadi bubur kerna...jeng jeng jeng

Selang beberapa jam kemudian, tuan rumah mendapat perkhabaran bahawa pengantin lelaki Taani mengalami kemalangan jalan raya dan maut. Bapak Taani terkena serangan jantung selepas menerima berita nahas itu. Sewaktu sedang nazak di spital bapak Taani mohon satu permintaan pada Suri supaya berkahwin lah dengan anak nya Taani sebab hanya Suri saja harapan nya untuk menjaga Taani selepas dia mati. Bapak Taani memang dah lama taste kat Suri kerna pandai mengambil hati orang tua, belajar pandai dan Suri mempunyai ciri-ciri seorang menantu yang baik. Suri merupakan pelajar feveret dia di kolej. Taani dengan sedih dan muram terpaksa mengikut permintaan terakhir bapanya untuk berkahwin dengan Suri.

Suri oh Suri, kalau jodoh tak kemana. Dalam hati Suri berteriak yipeee dapat berkahwin dengan Taani. Tetapi reaksi itu tidak dapat ditunjukkan kerna Taani masih bersedih dan berduka lara kerana tunang nya mati dan diikuti bapa nya pula mati.





Selepas berkahwin Suri membawa Taani berpindah ke rumah baru di kawasan tempat kerja Suri. Suri bekerja dengan TNB Punjab bernama Punjab Power 'Light up you life'.

Melihatkan keadaan Taani yang muram dan tidak banyak cakap kerna kawin paksa, Suri peka dengan keadaan itu. Suri memilih untuk tinggal di bilik atas, manakala Taani tidur di bilik bawah. Tiada komunikasi di antara pasangan somi isteri itu.

Kemudian dipendekkan citer, satu hari selepas sesi house warming bersama rakan-rakan sepejabat Suri bagi perkenalkan isteri Suri kepada orang ramai, Taani telah meluahkan isi hati nya kepada Suri. Ofis mate Suri ni ramai yang kak nam dan bizi bodi. Nak tanak Suri terpaksa juga introduce-kan isteri nya pada teman-teman dengan berat hati sebab Suri memahami kondisi Taani di saat itu yang sedang stress dengan musibah telah menimpa isiteri nya.

Taani berkata lebih kurang berbunyik,

"Saya mungkin tidak dapat menyintai awak. Awak jangan berharap apa-apa drpd saya. Hati dan jiwa raga saya telah kosong. Saya dah tak de feel nak bercinta dan mencintai orang. Bagi la saya masa untuk menjadi Taani yang baru yang penuh dengan keceriaan dan kegembiraan"

  Suri sentap mendengar dan kemudian berkata sekadar untuk kaber line yang dia kuciwa,

"Kuch nahi Taani-ji (Tak mengapa Taani-ji) Take your time. Saya pun tak pernah bercinta...bla bla bla. Pada saya cara awak menjaga maruah saya di hadapan kawan-kawan saya bagi saya itu adalah cinta"

(Alamak eeiii mere terkasima hei baca sarikata yang last itew kekeke)



Kemudian dicepatkan citer, satu hari Taani ternampak iklan poster pertandingan menari. Taani pun minta izin dengan suaminya untuk menyertai pertandingan menari itu. Suri mengizinkan dengan harapan supaya Taani boleh menemui keceriaan dengan menari.

Kemudian Suri dengan pertolongan kawan nya mendapat idea untuk join sekali kelas menari itu supaya dia dapat mengenali isterinya dengan lebih dekat lagi. Maka Suri pon mengubah imej dia supaya tidak dikenali oleh isterinya di kelas tarian itu nanti dan nama pun sudah tukar lahhh menjadi Raj.

Di sini dapat la kita lihat SRK melakunkan 2 watak yang berlainan, Suri dan Raj.

Siapakah pilihan Taani pada akhirnya? Raj atau Suri? 

Bagaimana kah reaksi Taani apabila dia dapat tahu Raj adalah Suri?



Suri seorang suami yang boring lagi old fashion. Rutin harian dia bangun pagi, pergi keje dan balik kerja. Sekali sekala dia bawak Taani tengok wayang dengan menaiki vespa (tingat kat ayahanda kat umah naik vespa gak hehe)
 
Manakala Raj, seorang jejaka macho lagi happening. Suka pakai baju ketat-ketat untuk menampakkan macel ketul-ketulnya. Wow. Tu belom tunjuk six pack nya lagi. Pasti Taani tertawan ahaks. Dengan rambut highlight sikit-sikit style rambut anak muda zaman kini berbanding umur sebenar 43 tawon. Wow lagik (Penonton yang wow lebih kekekeke)

Citer ni akan mengingatkan kita pada filem SRK yang terdahulu iaitu Dil To Pagal Hai iaitu tang tarian. Tapi kali ni konsep tarian dia ala-ala sehati berdansa gitu sebab berkapel-kapel.

Heroin pendatang baru Anuskha Sharma juga tidak mengecewakan. Seorang yang comey dan mantop jugak. Nampak nya strategi baru SRK untuk menten muda berkapel dengan heroin muda. Heroin lain dia seme dah jadi mak budak hehehe Tapi saya maseh mengharap SRK buat come back pilem dengan Kajol

Filem ini ada cameo Kajol, Rani Mukerji, Bipasha Basu, Pretty Zinta dan Lara Dutta dalam satu lagu tribute kepada hero-hero lama.

Making Haule Haule

Ada 6 lagu kesemuanya. Tapi lagu yang tak repeat 4 saja.

Pendek kata, anda saksikan la sendiri cite yang penuh dengan komedi ini. Jangan biarkan misteri Raj & Suri ini menghantui anda. Selamat menonton!!

Tuesday, November 20, 2007

Filem : Om Shanti Om (2007)



SynopsisIn the 70s, Om (Shah Rukh Khan) meets Shanti (Deepika Padukone), the love of his life but shortly after, he suffers an untimely death. He is immediately reincarnated and in the present, he is haunted by memories of his past life and his true love, so Om attempts to solve the mystery of his death, and also reunite with Shanti, the love of his past life.

Cast : Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Arjun Rampal

Director : Farah Khan


Credit : Official website , Wikipedia
 

Citer ni bergenre komedi, drama dan seram. Ada hantu jelita muncul di akhir citer ni.

Filem ke-dua arahan koreografer terkenal Bollywood iaitu Farah Khan dan diterbitkan oleh SRK bersama isterinya. Filem kroni jugak la ni. Kawan tolong kawan. Asal Farah mengarah, hero musti SRK. Tu yg pakcik suka tu hehe. Filem pertama arahan Farah Khan ialah Main Hoon Na dimana SRK juga hero nya.

Antara perkara menarik yang ada dalam citer ni :

1. Hero dan heroin blakon 2 watak

2. Tarian tidak berbaju SRK (tak larat tengok...orang bukak baju dia pon mau bukak baju muahahaha) *orang beli radio baru dia mau radio baru* SRK telah menjalani beberapa latihan di gym untuk mendapatkan 6 ketul abdominal masel untuk dipertontonkan dalam pilem ini. Mungkin strategi pemasaran mahu bersaing dengan pilem
Saawariya yang release pada hari yang sama seluruh dunia yang mana hero Saawariya juga menayang bodinya

3. Kemunculan 30 rakan artis baru dan lama yang turut serta meng-happeningkan sebuah lagu bertajuk Dewangi Dewangi. Terpegun jap tengok sambil berfikir macam mana penggaambaran dilakukan dengan menampilkan seramai 30 artis jemputan untuk lagu tersebut. Mungkin ada menggunakan teknik cantum-cantum atau mungkin penggambaran dilakukan pada masa majlis anugerah diadakan dimana ramai artis berkumpul pada masa tu

4. Kalau Hollywood ada Spiderman, Superman, Malaysia ada Cicak Man, Bollywood plak ada "Mohabbat Man". SRK memakai kostum ala Cicak Man hahaha

5. Pertama kali saya nampak para sponsor turut meng-enterpremkan diri dalam pilem industan seperti Nokia dan Maybelline seperti dalam pilem kita. "It's a bluetooth yarrr...Nokia" Nasib baik biskut Julie tak de sponsor. Kalau tak musti ada adegan makan biskut Julie berramai-ramai huhu

6. Heroin merupakan pendatang baru dalam industri seni Bollywood. Anak kepada pemain hoki India. Cantik manis orang nya dan 'berbakat besar' dalam lakonan ;p Baru berusia 21 tahun.

7. Arjun Rampal memegang watak negatif dalam pilem ni

Kontroversi

Sorang pelakon veteran Manoj Kumar mahu menyaman SRK kerana tersinggung dengan adegan watak dirinya yang dilawakkan dalam citer ni. Tapi tak jadi saman sebab SRK minta maaf dan mahu men-delete adegan itu tetapi Encik Manoj bilang tak perlu. Ala En. Manoj ni gurau-gurau senda sikit pon tak boleh ke...

Jalan citer mengenai seorang pemuda yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal dan kelahiran semula atau reincarnation. Juga tribute buat pelakon-pelakon lama Bollywood di mana pilem ni mengimbau kembali saat-saat kegemilangan pilem Bollywood di tahun 70-an, I guess.


Fasa 1

Lokasi bertempat di sebuah kampung 30 tahun yang lampau. Rekaan set, kostume, fesyen rambut di era 70-an

Seorang pemuda bernama Om Prakash Makhija, seorang pelakon tambahan bercita-cita mahu menjadi seorang pelakon terkenal Bollywood suatu hari nanti. Bila dah bergelar pelakon terkenal Om mahu duduk di dalam umah yang besar, keta besar, ada orang gajian, ada drebar, ada tukang masak, ada tukang kebun dan sebagainya. Dalam pada itu Om amat meminati seorang heroin terkenal pada waktu itu bernama Shanti Priya. Di mana ada Shanti menjalani penggambaran maka Om pon ada turut serta untuk enterprem hingga la satu hari Om telah menyelamatkan Shanti dari kebakaran sewaktu penggambaran dan bermula dari situ mereka berkenalan.

Banyak kedapatan adegan lawak di sini yg buat saya terngekek-ngekek jugak la. Antara nya :

1. Om kelu lidah untuk berkata-kata bila berhadapan dengan Shanti. Hanya mampu berkata di dalam hati. Biasa la kan bila kita berdepan dengan idola kita terus kelu lidah untuk berkata-kata. Hahaha.

2. Om menipu shooting di depan Shanti sebagai hero utama memegang watak Rajinikath dalam pilem "Mind It". Ketat perot gak tenagok part ni. Cuma tak de quote dialog popular Rajinikath "Sekali aku bercakap, bererti seribu kali aku bercakap" muahahaha

Fasa 2

Om mendapat tahu Shanti sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang producer terkenal, jahat tetapi ensem iaitu Mukesh Mehra Inzhagi lakonan Arjun Rampal tetapi status isteri di rahsiakan umum kerana ditakuti tiada pelabur yang akan melabur wang pada pilem heroin yang telah mendirikan rumahtangga. Pemikiran tipikal di dalam industri perpileman Bollywood untuk pelakon wanita nya.

Shanti mengugut mahu menyebarkan berita perkahwinan nya dengan Mukesh pada akbar sebab Shanti sudah tidak larat mahu berselindung lagi. Berbeza pula dengan Mukesh. Dia merasakan ugutan tersebut sebagai satu ancaman peribadi baginya sebab di kala itu dia sedang ber-gewe dengan anak gadis seorang kaya yang mana dia mahu mengikis harta bapak gadis itu. Lantas Mukesh membuat satu rancangan mahu membunuh Shanti. Dipendekkan citer, Mukesh membakar sebuah studio rakaman di mana Shanti dikunci dari luar dan Mukesh pon blah.

Mukesh ingat tiada siapa melihat bahawa dia telah membakar studio dengan Shanti sekali tetapi ada sepasang mata sedang menyaksikan peristiwa itu. Ya tidak lain dan tidak bukan orang itu ialah Om Prakash. Om dengan macho yang dah ada six pack abs gegas berlari mahu menyelamatkan kekasih hatinya dari kebakaran tetapi tidak berjaya kerana api marak menyala (dalam pada api marak menyala tu bole tak terbakar sikit pon kain sari heroin hahaha). Om berusaha dengan keras dan gigih untuk menyelamatkan Shanti tetapi gagal kerana Om terpelanting keluar bangunan sebab ada alat pemadam api meletop. Sejurus selepas Om terpelanting keluar, Om terjatuh di tengah jalan raya dan kemdian sebuah motokar datang dan terlanggar Om. Om dibawa ke spital tetapi tidak dapat diselamatkan. Om pon mati lah.

Nak dijadikan cerita, drebar kereta yang melanggar Om itu juga dalam perjalanan ke spital sebab isteri nya sudah mahu bersalin.

Disini berlaku la kelahiran semula di mana Om yang dah mati hidup semula melalui bayi tersebut.


Fasa 3

Bayi yang baru lahir itu diberi nama Om juga. Bukan
Om Hasim tetapi Om Kapoor (OK) OK merupakan anak kepada pelakon terkenal iaitu Rajesh Kapoor yang telah Om Prakash di Fasa 2. So bila dah besar OK menjadi pelakon fofular mewarisi bakat bapak dia. Asal jadik anak orang kaya musti ada scene bawak moto beso peh tu jalan slow-slow kan hahaha. Waktu tu OK tiba di lokasi penggambaran. OK lewat 4 jam. Disebabkan dah terlambat sampai OK tidak sempat nak layan beberapa peminat yang sedang menunggu nya di lokasi. Dengan rasa kecewa dan marah sket peminat itu berkata "Tengok live tak de la tinggi sangat" haha

Dalam Fasa 3 ini OK mengalami beberapa insiden déjà vu. Dia rasa seolah-olah dia pernah mengalami peristiwa itu tetapi dia ingat-ingat lupa.

Kemdian OK pon bertemu lah dengan Mukesh Mehra aka Mike (sebab dok kat Holliwood lama selepas bunuh Shanti so nama pon tukar la) OK mahu Mike menerbitkan pilem terbaru lakonan nya berjudul "Om Shanti Om" dan penggambaran dilakukan di studio lama yang terbakar 30 lepas iteww. Di situ nanti kisah jenayah bunuh yang dilakukan oleh Mike 30 tahun yang lepas dibongkarkan oleh OK.

Gitu la kisahnya. Citer yang menarik untuk ditonton. Dari awal hingga akhir tidak terasa meleret. Di akhir kredit, dapat menyaksikan wajah para-para karyawan yang terlibat di dalam pembikinan pilem ini. To SRK fans, ter-amat worth watching hehehe

Gubahan muzik yang agak meletop juga oleh pasangan duo Vishal Shekar. Banyak lagu-lagu sedap.

Lokasi banyak dilakukan di studio rather than dicelah-celah pokok, bukit bukau, gunung ganang, sungai-sungai mahupun di luar negara.


Moral of the judul pilem "Om Shanti Om" - Om di tahun 1977 vs Om di tahun 2007 kedua nya minat sama Shanti. Tu pasal la Shanti tersepit di tengah-tengah ;p hehehe

Tuesday, August 28, 2007

Filem : Chak De India (2007)



Synopsis

The film starts with a Hockey match. Captain Kabir Khan (
Shahrukh Khan) misses a goal at the end of the match which makes the team to lose the game. The Indian media make out that Kabir Khan was responsible. Seven years later, Kabir returns with a proposal to coach the Indian Women's Hockey team. The Hockey Association members re-buff his proposal and declare that they will not help him in his cause. Kabir takes the challenge and goes to the National Hockey Camp where he is introduced to the 16 young girls who played for their respective states. Kabir starts coaching them with a dream that the team will win the Hockey World Cup for India and he will finally be free of any conviction put against him.

Cast : Shah Rukh Khan

Director : Shimit Amin

Credit :
http://en.wikipedia.org/wiki/Chak_De_India

Kita terbang ke India sekejap hehehe. Filem pertama ditonton sekembali dari Korea. Boleh agak la kenapa saya menonton ini citer hehe. Kalau Shah Rukh Khan dah takde, mek pon dah tak layan citer industan kot. Spare tire adalah 2 lagi actor tapi tak se-sekcited yg ni. Movie baru dia keluar musti terlompat-lompat mau tengok muahahaha

Citer ni mengisahkan permainan hoki. Sekali gus mengimbau kembali ingatan saya beberapa tahun yang lampau sewaktu saya bermain hoki untuk wakil sekolah. Cheq pon main hoki naaa. Form 1-3 di SIGS, JB huhu dan coach dia ialah seorang anak raja yang boleh tahan brutal penah blasah orang ngn kayu hoki dan juga boleh tahan ulat buls oppsss...Time training dia suka pakai spek itam. We all saspek spek tu boleh see thruuuu...huhu

Berbalik pada citer ni, pada 7 tahun yang lalu sewaktu angin sepoi-sepoi bahse sedang bertiup, Shah Rukh oppa sebagai Kabir Khan merupakan kapten hoki India. India pada masa itu sedang berlawan dengan Pakistan pada peringkat akhir Hoki Piala Dunia. Keputusan pula adalah 1-0 di mana Pakistan sedang mendahului. Kemdian seminit sebelum perlawanan tamat, pasukan Inda mendapat pukulan penalty kerana pemain Pakistan telah mengkasari pemain India di dalam kawasan D. Pukulan penalty itu diambil oleh Kapten Kabir Khan. Malang nya pukulan nya itu tersasar melepasi palang gol dan ini telah memberi kekalahan pada negara India. Lebih mengharukan suasana Kapten Kabir Khan dituduh sebagai pembelot, menjual perlawanan dan penderhaka pada tanah air nya sendiri.

Tuduhan tidak berasas itu dilemparkan pada Kapten Kabir Khan selepas beliau dilihat bersalaman dengan pemain Pakistan lepas tamat perlawanan. Ye u all bersalaman dengan pihak musuh juga dikira pembelot negara. Maka sejurus selepas itu teruk la Kapten Kabir Khan dihentam sama pihak media elektronik, media massa, media cetak tidak terkecuali media hiburan. Orang-orang kampong, jiran tetangga, tok penghulu juga tidak ketinggalan mencerca Kabir Khan sebagai pembelot. Kerana tidak tahan dek kena hentam, Kapten Kabir Khan bersama emak nya meninggalkan India dan menetap di suatu tempat terpencil yang jauh dari rakyat jelata.




Kemdian 7 tahun kini.

(Lokasi di bilik konferen bangunan Persatuan Hoki India)

Pasukan hoki wanita India diwar-warkan akan digugurkan dari menyertai Piala Dunia Hoki Wanita sebab tak de jurulatih disamping ahli mesyuarat tingkap Persatuan Hoki India berideologi bahawa wanita tidak sesuai bermain hoki sambil mengenakan skirt pendek. Wanita harus duduk rumah masak, kemas rumah bla bla bla. Tetapi ada la dalam ramai-ramai ahli mesyuarat tingkap yang sedang bersidang itu ada sorang ahli berpendapat bahawa pasukan hoki wanita itu harus diberi peluang untuk beraksi. Bak kata pepatah belum try belum tahu. Dia juga lantas telah merekemen nama sorang jurulatih iaitu Kabir Khan.

Maka terkejut seme ahli mesyurat tingkap yg terdiri dari pak presiden, naib presiden, bendahari, sekretari, ajk kebajikan, ajk avtiviti dll di dalam bilik conference itu.

Kya hei???? Kabir Khan???? Nehi nehi...Kabir Khan traitor-ho...kuch nehi...sam jeh???
Ya akhirnya Kabir Khan dilantik menjadi jurulatih pasukan hoki wanita India selama tempoh percubaan beberapa bulan. Jika tiada peningkatan makanya pasukan hoki wanita itu akan dibubarkan dari menyertai Piala Dunia Hoki Wanita.

Dan disini dapat lah disaksikan SRK memegang watak sebagai jurulatih hoki wanita. Buat julung kali nya watak dengan tiada heroin juga tiada adegan nyanyi golek-golek turun naik gunang ganang keliling sawah padi tukau baju 5-6 lai.

Bak kata sapa ek mek ada terbaca review, tanpa adegan romantik SRK sudah kelihatan romantik disepanjang citer. Ya betulll huhu. Bak kata pepatah makin tua makin bergetah muahahaha.

Oh sambung balik citer, lepas Kabir Khan dilantik menjadi jurulatih pasukan hoki wanita, pelbagai insiden negative berlaku di mana ada di antara pemain yang tidak mempunyai semangat sukan yang kuat dan ego tanak dengar cakap jurulatih yang pernah dicop sebagai pembelot bangsa dan negara. Maka disini la peranan utama jurulatih itu untuk melatih dan mendidik para pemain tentang semangat kesukanan, semangat juang untuk negara dan juga patriotisma.

Sebuah pilem patriotik yang simple dan straight forward.

Kita kat sini tak boleh ek nak buat citer patriotik cam ni? Simple-simple gini. Kalau citer patriotik mesti lah citer perang kan.

Chak De India bermaksud Go India.

Thursday, November 02, 2006

Filem : Don (2006)




Synopsis

In 2006, the drug trade is booming. The Malaysian Intelligence and Anti-Narcotic Department are called upon for assistance by their Indian counterparts. There are rumours that a drug gang has recently moved their headquarters to Kuala Lumpur

Pengarah : Farhan Akhtar
Pelakon utama : Shah Rukh Khan sebagai Don / Vijay
Pelakon utama 2 : Boman Irani sebagai DCP De Silva / Vardhaan (patut poster dia ni pon patut ada tok iklan Celcom X Pax hahaha)
Pelakon tempelan : Priyanka Chopra, Arjum Rampal, Isha Kopikar
Pelakon penambah perisa : Kareena Kapoor
Pelakon wakil Malaysia : Shaharuddin Tamby, Samser hos Fear Factor dan plakon lain yg tak pasti nama

Kredit : Don the Film , Don - The Chase Begins Again

'Meh huuuu Don...saya la Don...nama penuh saya Hamidon bin Saadon..'
*lagu industan campur melayu*

Sebelum citer lebih lanjut kita citer dulu dia punya moral of the story yg saya nampak dalam citer ni

1) Citer ni menggambarkan polis di India juga ada yg penjenayah. Mungkin juga polis di negara lain pon ada yg cam tu. Polis ditugaskan untuk menjaga keamanan negara juga membenteras jenayah. Jika polis juga penjenayah gimana sebuah negara itu mau bebas dari jenayah dong. Polis yg rank tinggi plak tu. Yang si penjenayah dah tentu la jahat. Kalau yang si polis ni penjenayah apa ke he plak. Memang macam lahen kalu ada polis cam ni. Harap² kat Mesia tak de la yek polis cam ni. 'Jangan rasuah' seperti stiker yang ada di keta polis.

2) Orang jahat nyawa dia memang panjang. Mungkin sebab Tuhan nak suh dia insof dan bertobat. Oleh itu para penjenayah insof la selagi di beri peluang insof.

Kalau anda minat citer macam Gerak Khas anda mungkin minat citer ni.

Kalau anda minat citer macam Sembilu Kasih citer somi isteri asek gado pastu baik pastu gado balik pastu baik eh pastu gado baik gado baik mungkin citer ni akan kurang seswai utk anda

Kalau anda tengok citer ni semata² nak tengok Arjun Rampal ke, Kareena Kapoor ke, anda mungkin kecewa sket sebab mereka hanya watak tempelen dalam citer ni. Bak komen Arjum Rampal yang katanya frust sket ngn citer ni kerna sepanjang karier lakonan dia dalam citer bollywood ini lah kali pertama dia tidak menyanyi miming dan menari langsung.

Kalau anda rakyat Malaysia, harus tonton citer ni sebab 85% penggambaran di lakukan di Malaysia dan kelihatan sangat cantik sinematrografi nya. Yang mcm jembatan gantung cable car tu menarik banget. Kemdian adegan menggayatkan dimana Arjun Rampal dan anaknya melarikan diri dari penjenayah melintasi jejantas di tingkat 42 menara berkembar
KLCC


Dalam citer juga memberi info bahawa hukuman mati di kenakan pada pengedar dadah di Malaysia dan tak lupa jugak t-shirt Peace Malaysia kelihatan. Pis pis Malaysia ku pis hehe

Kalau anda salu kunjung ke blog Waiem anda boleh agak bahawa dia akan ribiu citer terbaru Shah Rukh Khan yang sedang berada di pasaran muahahaha (Nasib baik masa citer Tamil Hey! Ram waiem lom ada blog. Kalau tak bole citer pengalaman menonton citer Tamil sensorang dalam panggung sebab tak de org nak temankan tapi ku gagahi jua...muahahaha)

Tapi kalu anda memang tak minat citer industan, tak dapek la den nak nolong


Citer ni adalah remake citer Don gak tahun 1978 lakonan Amitabh Bachan. Saya tunggu-tunggu gak bila Farhan Akhtar mau bikin satu pilem untuk SRK dan akhirnya ada tapi aiseh citer remake la plak bukan citer baru. Farhan Akhtar merupakan salah sorang direktor harapan yg berkaliber di Bollywood. Don pilem arah Farhan yg ke-3 selepas Dil Chata Hai dan Laksya
(masa tgk Farhan AF4 mek teringat kat Farhan ni heheh)
Dalam citer ni SRK memegang 2 watak jahat dan baik. Di akhir citer baru anda akan tahu samada Don asli atau Don palsu yang hidup.

Don adalah seorang mafia export import dadah yg digeruni lagi licik. Pihak polis mempunyai kesukaran dan kesukaran menangkap si beliau ni sebab beliau mempunyai skill-skill canggih untuk melepaskan diri dari polis Tapi sebenarnya Don telah berjaya di tumpaskan tapi disebabkan ada sorang polis berpangkat DCP yg tidak bersikap bersih, tidak cekap dan tidak amanah maka Don berjaya lepas.

Memula Don menjalankan operasi di Paris. Lepas tu di KL juga polis tak berjaya tangkap Don dan kemdian Mumbai. Di Mumbai Don asli berjaya di kejar, di tangkap dan di belasah secukup rasa dan kemdian masuk spital ICU oleh DCP De Silva. Semasa Don asli koma kat spital DCP De Silva tetiba tingat akan sorang budak kampung lurus bendul bernama Vijay yg muka mcm Don. De Silva dapat ide mau menyamarkan Vijay sebagai Don palsu dengan tujuan Vijay dapat membantu dia menjejak sorang lagi geng dadah Don bernama Singhania dan juga bagi mendapatkan sekeping CD yg mempunyai maklumat berharga buat De Silva. Disebabkan De Silva sorang polis maka Vijay sanggup memikul tugasan baru yang maha mencabar dan berisiko tinggi.

Sebagai langkah pertama, Vijay harus menjalani penbedahan plastik supaya tubuhnya kelihatan sama dengan Don asli. Kalu Don asli ada parut kat punggung maka Don palsu pon kena ada. Kalau dagu Don asli runcing mcm dagu Umi Aida maka Don palsu pon kena buat dagu yang nampak sama. Pendek kata semua nya kena sama.

Kemdian Don palsu diterbangkan di KL. Dalam perjalanan ke balai polis Don palsu di culik oleh gang mafia. Kemdian Don palsu buat² hilang ingatan akibat eksiden semasa di Mumbai.

Kemdian berlaku la intermission. Bila Don palsu bebetol kena tangkap dengan pihak polis, dia bilang dia bukan Don. Dia adalah Vijay. Vijay bilang kalu tak caya tanya De Silva. De Silva plak tak de sebab telah ‘mematikan’ diri dia dalam satu letupan keta. Vijay pun cuak sebab orang yg responsible menjadikan dia Don dah mati.

Bagaimanakah kisah seterusnya? Saksikan la sendiri bagai mana Don asli menipu pihak polis huhuhu

Arjun Rampal – seorang pakar computer kemdian masuk penjara disebabkan oleh De Silva. Keluar penjara dia mau cari De Silva dan menuntut bela atas kematian isterinya. Nanti dia jupe Vijay sebab anak dia telah dijaga oleh Vijay masa dia masuk penjara.

Priyanka Chopra – first time mek tengok citer dia penuh dan notis dia ni tak lah berapa cantik sangat kan? Hehe. Dia ni pon nak balas dendam dengan Don sebab Don telah bunuh abang dia dan tunang abang dia lakonan Kareena Kapoor. Kemdian bercinta dengan Don lepas dapat tahu Don adalah Vijay.

Kareena Kapoor – Cuma muncul dalam satu lagu saja kemdian mati.

Shaharuddin Tamby – polis Mesia yg tak de dialog langsung hehehe

Lagu² pon kureng menarik.

Sekian.

Tuesday, August 22, 2006

Filem : Kabhi Alvida Naa Kehna (2006)


never say goodbye

Pengarah : Karan Johar
Pelakon : Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, Abishek Bachan, Priety Zinta, Rani Mukerji
Gubahan lagu : Shankar Ehsan Loy
Kemuncolan spesel lam citer : Arjun Rampal taste..ahakss
Kemuncolan spesel lam lagu : Kajol dan John Abraham



Ini citer mengenai somi dan isteri yang curang dengan pasangan masing² dan jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal sebab anda pasti akan berjumpa semula di lain tahun dengan perasaan yg lain...hehe

Moral yang ingin ditunjukkan dalam citer ni ialah walaupun anda dah berkahwin tak semestinya pasangan anda ialah 'soulmate' anda sehidup semati. Anda berhak mencari pasangan lain (walaupun kepunyaan orang lain) yang memenuhi citarasa anda hingga anda benar² yakin, pasti dan puas hati. Perkahwinan hanya merupakan perkara yang main². Akad nikah pon tiada ertinya. Tak kisahlah rampas pon rampas la hak milik orang. Janji diri sendiri puas hati.

(kalu nak kira puas hati sampai kojol pon manusia takkan puas hati punya...kan?)

Tagline citer ni 'mencari kebahagiannya sendiri dengan melukakan hati orang lain'

 
Shah Rukh Khan kawin sama Preity Zinta dan ada sorang anak yg cute manakala Rani Mukerji kawin sama Abishek Bachan belom ada anak. Mana mungkin punya anak kerna Rani begitu dingin dengan sominya yg sangat sayang padanya. Mungkin pada Rani sominya bukan 'soulmate' nye maka dia nngak bisa menyerahkan tubuh nye...hehe

Kemdian intermission lepas 3 tahun Shah Rukh Khan dan Rani bertemu kembali secara tak sengaja, memasing kesunyian lantas menjalin hubungan hingga mereka bercerai dengan pasangan memasing dan kemdian membawa haluan memasing. Ending dia mungkin ada yg suka dan mungkin ada yg tak suka. Mungkin pengarah dia bias pada hero dan heroin nya maka dibuatnya ending begitu...hehehe





Shah Rukh Khan sebagai Dev, seorang pemain bola sepak yang berjaya. Perasan ala² David Becham sebab pake jersi no.7 peh tu kat tangan ada tatu perkataan 'victory' hiks. Kemdian dia tempang sebab insiden keta langgar dia. Maka tak dapat la dia main bola sepak seumur hidup dia. Maka bermula la riwayat hidup dia sebagai somi yang gagal dan tak dapat menyara famili dia sepenuhnya. Lepas tu dia keje jadik jurulatih tim bola anak dia, hantar dan amek anak dia dari sekolah setiap hari. Anak dia minat muzik men biola tapi dia suruh gak anak dia minat bola *cekgu suka main bola...hari² cekgu main bola*
 
Preity Zinta sebagai Rhea, seorang model majalah di sebuah syarikat majalah yang ngetop di US. Dia selalu sibuk. Masa dia banyak habis kat opis tapi dalam masa yang sama dia tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tarikh² penting dalam perkahwinan dia seme dia ingat. Batas² sebagai seorang isteri pon dia jaga. Dia terpaksa keje keras sebab nak menyara keluarga sebab somi dia tiada pekerjaan tetap.

Rani Mukerji sebagai Maya, seorang...err dia ni keje pe ek? Sat ingat balik. Keje dia ada kaitan ngn budak² la kalu tak silap. Seorang yang lemah lembut, suka kemas umah dan utamakan konsep 'berbincang' dalam kehidupan rumahtangga. Ada pape masalah duduk bersemuka bersama di ruang tamu dan diskas untuk menyelesaikan masalah.

Abishek Bachan sebagai Rishi, seorang ahli perniagaan. Sangat sayang akan isterinya dan mungkin peel dia ala manja kebudakan yg buat bini dia curang. Tang ni saya tak paham kenapa si isteri tu curang. Kalu laki ko tu kaki pukul ke, kaki dera ke, malas keje ke, samseng ke, penyamun yang di kehendaki polis ke, mungkin alasan² tersebut boleh diterima utk dia berminat kat laki lain dan mengadakan hubungan. Tang ni saya simpati sama somi tersebut.

'Kamu telah tidur sama dia? Apa rasanya? Kamu sukakan?' *sambil picahkan pasu² bunga lam umah* Antara kata² Rishi yang naik hantu bila isteri dia bertindak berterus terang mengenai hubungan sulit nya itoo.

Tang ni pon saya tak paham kenapa Dev dan Maya mau berterus terang. Muahaha banyak noo tak paham. Saya rasa lebih baik bohong untuk keharmonian rumah tangga memasing dengan syarat dah tobat nasuha tammo berhubungan sulit lagi. Mana de pasangan yang jujur sangat lam doniya ni, ye tak? Seme orang ada buat silap. Melainkan pasangan yg berhubungan sulit tersebut memang mahu bercerai dan hidup bersama. Atau pun berterus terang dan mengaku kesalahan selepas beberapa tahun. Kalau tanya saya, saya lebih pada cuba menyelamatkan perkahwinan dulu.

Selanjutnya tengok la sendiri. Nak komen lelebih pon tak reti. Ini hanya pandangan teori saya saja hehe Yang pasti citer ni memang lain dr pilem² arahan Karan Johar sebelum ni spt Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham (Kal Ho Na Ho dia tak mengarah cuma terbit) Karan kata ini sebuah citer yang emosional. Ya bener kok emosional.

Tapi citer ni saya rasa kurang seswai utk tontonan bebudak lom abis skola menonton sendirian.

Lelagu gubahan Shankar Ehsan Loy yg saya kira kurennggg kali ini sebab tak de satu lagu pun dapat melekat lam pala otak dengar kali pertama. Kalu dengar banyak kali of kos la jadik sedap. Yang lagi satu buat tak best sebab tak de suara latar Udit Narayan huhuhu. Siapa kah Udit Narayan? Yang layan lagu industan dia tau la sapa hehehe. Saya paling suka suara dia lah kalu playback singer.

Ala² lagu lam Kal Ho Naa Ho pon ada. Kalau lam citer KHNH ada lagu berentak disco, kali ni berunsur rock and roll. Yang paling penting Stadium Bukit Jalil ada enterprem lam sebuah lagu. Kalu anda tak penah jejak kaki ke stadium itu mungkin tak perasan. Sungguh indah la kelihatan iteww stadium.

Citer² Karan Johar musti mengandungi 4 patah perkataan dan bermula dengan hurup 'K' yach sebab katanya itu fengshui dan pelaris baik utk pilem² dia. Kata tukang tilik dia la dan juga kata Karan dalam rancangan Koffee with Karan.

Gosip 'seswatuh' pernah berbunyik 'Di mana ada Karan Johar di situ ada Shah Rukh Khan' kui kui kui


Review in English

 

Thursday, January 13, 2005

Filem : Swades (2004)



Kalau anda peminat Govinda :P dan bukan peminat Shah Rukh Khan (SRK) tidur lagi baik dari menonton ini pilem sebab agak meleret nak tunggu abis 3 jam lebih tuu. Kalau tengok VCD atau DVD mungkin feel dia lain sket. Tapi kalau anda ingin sesuatu yg berlainan dlm pilem Hindi, bolehlah menonton cerita ini. Kalu memang dah tak menat citer industan...errr no komen la...'kami hanya kawan saje'


Sebuah filem lakonan SRK yang jauh berbeza dengan filem-filem dia yg sebelum ni. Tiada tarian mengghairahkan, tiada adegan dusyum, bukan kisah cinta yang melampau, tiada pakaian menjolok bijik mata, tiada mekap tebal, juga tiada klivej heroin kelihatan huhu. Pujian harus di berikan pada pengarah filem ni. ‘Filem India Wajah India’.

Filem terbaru arahan Ashutosh Gowariker, seorang pengarah yang membuat pilem mengajak kita merasai kehidupan sebenar di tanah tumpah darah nya dengan mengambil isu pembangunan sebagai tema filem ni. Lokasi di sebuah kampung pendalaman di India yang serba kemunduran dan kekurangan. Tiada yang benar melainkan benar belaka tiada hipokrasi. Memang saya ternanti-nantikan hasil karya terbaru beliau selepas kejayaan filemnya sebelum ni iaitu Lagaan. 


Lagaan berjaya memasuki pencalonan dalam kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi 2001, juga menggondol anugerah filem terbaik, pengarah terbaik juga pelakon lelaki terbaik di Filmfare Arward 2001 di India dan IIFA Awards yang berlangsung di Genting Highlands sikit masa dulu. Saya berkesempatan berjumpa dengan Ashutosh masa di Genting. Salam ucap tahniah je...hehe. Malangnya citer Lagaan kurang mendapat sambutan di India sebab citer period, sapa la yg minat nak tengok. 

Swades bermaksud ‘we, the people’. Cerita berkisar tentang sorg pemuda India, Mohan Bhargava (SRK) yang bekerja di NASA, Amerika Syarikat sebagai pengurus projek. Satu hari, pada hari ulangtahun kematian ibubapanya Mohan teringat akan pembantu rumah yang juga merupakan ibu keduanya di India iaitu Kaveriama. Terasa rindu yg amat sangat mau balik kampung. Semasa berada di kampung baru dia dapat merasai dan melihat segala-galanya yang mana kalu nak dibandingkan dengan kehidupannya di Amerika, jauh pulut panggang dari api. Di kampung keadaan serba daif, tiada bekalan elektrik yg sempurna, air yang tidak bersih (Mohan sendiri minum air mineral yg dia beli berdozen2 dari bandar sblm masuk kampung), sistem sekolah yang ketinggalan, isu kasta berleluasa. Mcm2 hal adaaa.


Sebagai pemuda yang tau asal usul, sedar diri, sedar ruang, Mohan terpanggil mahu mengubah kehidupan di kampung nya dengan ilmu dan kepakaran yg dia ada sebab dia merasa sedih dengan apa yg dia lihat. Pertama Mohan membantu Gitta, seorg guru juga teman masa kecik dia juga awek dia dlm citer ni, ‘berkempen’ kepada semua ibu bapa di kampung menyuruh mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kemudian dia menjanakan elektrik di kampung tu menggunakan sistem hidro elektrik. (Masa skola dulu ada topik ni subjek sains amali). Mohan akhirnya mengambil keputusan berhenti keje di NASA dan duduk kat kampung.


Tiada nama besar yang berlakon dalam filem ni kecuali Shah Rukh Khan. Heroin pon merupakan pelakon baru, Gayatri Joshi. Skali pandang mcm Eja (samarinda rindu semakin jauh) , dua kali pandang pon mcm Eja, pendek kata Eja versi Bollywood la dia ni hehe. Saya suka watak dia. Seorg wanita kampung yang berpelajaran, berpendirian tegas dan berfikiran terbuka. Tidak ‘ayu’ sangat. Gubahan muzik oleh komposer terkenal, A.R Rahman pastinya ‘mengindahkan’ lagi filem ni. Sinematografi juga di puji kerana saya terkasima tengok keindahan tempat-tempat yang ditonjolkan. Rasa mcm nak pergi sana ;) Dalam keghairahan pengarah-pengarah Bollywood lain mengaut keuntungan dengan mengeksploitasikan bakat pelakon-pelakon wanitanya, Ashutosh tetap menten dengan memberi karya baik yang bermutu dan menyentuh jiwa. 


Layari laman web di http://www.swades.com

Shah Rukh Khan menang best actor utk filem ni di Filmfare Awards ke 50

Sunday, December 12, 2004

Filem : Veer-Zaara (2004)



Hahaha...nak ribiu citer ni plak. Kalau hero dia Shah Rukh Khan (SRK) musti mau tengok sebab suka kat dia maaa. Tarak ensem tapi sweet jugak ada. Lagi satu dia tarak bulu di dadanya yg bidang hahaha. Seme citer dia saya tengok jua. Citer2 industan la ni banyak yg hampeh, buang masa tengok tapi kalau hero Sarok Kan musti mau tengok. Almaklum la hero no.1 Bollywood. Psssstttt...konsert dia tahun 1999 aku pi tau kat Stadium Shah Alam. Mao tengok dia live la kunun. Sib baik tak panjat pagar mau naik stage 'peluk' sama dia masa sesi sama peminat..hahaha Tapi masa tu lom ada kemra digital sayang skali.


Veer-Zaara adalah nama org yach bukan nya perkataan dlm bahse Urdu mahupun Hindi. Veer nama hero, dan Zaara adalah heroin yg dipegang oleh Preity Zinta. Citer arahan pengarah terkenal di Bollywood yak itu Yash Chopra. Dia ni kalu bikin pilem musti box-opis sebab dia bukan pengarah yg main tangkap muat 1 tahun nak keluarkan 5 pilem. Lepas tu seme citer mcm haram *tuuuttt* ;) 


Citer2 arahan beliau seme citer mesti tonton. Antara citer arahan dan produksi beliau yg hit ialah Dil To Pagal Hai, Dilwale Dulhaniya Lejange, Mohabattein...seme lakonan SRK (sbb SRK aktor peberet dia) dan lain-lain citer yg kluar zaman mak ngn ayah aku memuda, atau pon zaman Kak Aidid deting dedolu ngn Abg Is kot...hahaha 


Filem ni pasal kisah cinta...besa la industan kan. Kisah cinta yg tak kesampaian disebabkan perbezaan agama dan negara. Chentar depa kesampaian bila memasing dah tua kerepot. Squadron leader Veer Pratap Singh, agama Hindu dan org India seorg pegawai Tentera Udara India manakala Zaara Hayat Khan beragama Islam dari Pakistan, sorg err...penganggur kot :P Suda chentar-chentar pas tu family pompuan tak suka sebab appa Zaara nak kawenkan Zaara ngn anak kawan dia yg sesama ahli politik. Pas tu tunang Zaara, org jahat la ni suda ugut Veer supaya tukar nama dan mengaku bhwsa nye dia lah penjenayah yg dicari2 oleh polis selama ini kemudian musti lupakan Zaara. 

Disebabkan nak Zaara bahgia Veer pon berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itu la kaseh mesreeeeee sejati dan muliaaaaa. Pas tu Veer dikatakan purak2 mati, berita kematian kuo suatkabor supaya Zaara dapat tau. Van eksiden jatuh gaung, dlm tu ada IC Veer. Sebenarnya Veer masuk penjara kat Pakistan selama 22 taun. 


Pas 22 tahun kemdian datang seorg peguam nak baru lepas grad iaitu Rani Mukerji memegang watak Saamiya Siddiqui, seorg Muslim. Dia nak bukak balik kes Veer Pratap Singh ni sebab dia rasa Veer ni tak bersalah. Ni kes pertama dia. Dia nak bebaskan Veer dan hantar balik ke negara asal Veer. Lawan lak ngn best lawyer yg ada kat Pakistan yg mewakili Kerajaan Pakistan. *...bukan sedikit...negara yg beta pertaruhkan* hehehe

Maka di sini la berlaku nya intermission. Nak tahu bagaimana kesudahan dia tengok la citer ni yach. Lagu-lagu dlm citer ni bagi aku bole la. Pengarah muzik dia pon tak bape nak kenal.

Antara scene yg aku suka bila mana mak Zaara ni merayu kat Veer supaya 'pulangkan' balik anak dia sebab tak mao bagi famili belah pompuan tanggung malu. Pastu Veer dgn muka kiyut sambil sedey kata...'seorg ibu tak perlu merayu..hanya bagi arahan..anak akan buat'...hmmmmm *dan dan teringat kat cik nai* 

Anda jua bole ke laman web ni utk maklumat yg lebih jitu pasal ini pilem http://www1.yashrajfilms.com

Filem ni menang kategori Best Film dalam filamfare award ke 50