Kalau anda peminat Govinda :P dan bukan peminat Shah Rukh Khan (SRK) tidur lagi baik dari menonton ini pilem sebab agak meleret nak tunggu abis 3 jam lebih tuu. Kalau tengok VCD atau DVD mungkin feel dia lain sket. Tapi kalau anda ingin sesuatu yg berlainan dlm pilem Hindi, bolehlah menonton cerita ini. Kalu memang dah tak menat citer industan...errr no komen la...'kami hanya kawan saje'.
Sebuah filem lakonan SRK yang jauh berbeza dengan filem-filem dia yg sebelum ni. Tiada tarian mengghairahkan, tiada adegan dusyum, bukan kisah cinta yang melampau, tiada pakaian menjolok bijik mata, tiada mekap tebal, juga tiada klivej heroin kelihatan huhu. Pujian harus di berikan pada pengarah filem ni. ‘Filem India Wajah India’.
Filem terbaru arahan Ashutosh Gowariker, seorang pengarah yang membuat pilem mengajak kita merasai kehidupan sebenar di tanah tumpah darah nya dengan mengambil isu pembangunan sebagai tema filem ni. Lokasi di sebuah kampung pendalaman di India yang serba kemunduran dan kekurangan. Tiada yang benar melainkan benar belaka tiada hipokrasi. Memang saya ternanti-nantikan hasil karya terbaru beliau selepas kejayaan filemnya sebelum ni iaitu Lagaan.
Lagaan berjaya memasuki pencalonan dalam kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi 2001, juga menggondol anugerah filem terbaik, pengarah terbaik juga pelakon lelaki terbaik di Filmfare Arward 2001 di India dan IIFA Awards yang berlangsung di Genting Highlands sikit masa dulu. Saya berkesempatan berjumpa dengan Ashutosh masa di Genting. Salam ucap tahniah je...hehe. Malangnya citer Lagaan kurang mendapat sambutan di India sebab citer period, sapa la yg minat nak tengok.
Swades bermaksud ‘we, the people’. Cerita berkisar tentang sorg pemuda India, Mohan Bhargava (SRK) yang bekerja di NASA, Amerika Syarikat sebagai pengurus projek. Satu hari, pada hari ulangtahun kematian ibubapanya Mohan teringat akan pembantu rumah yang juga merupakan ibu keduanya di India iaitu Kaveriama. Terasa rindu yg amat sangat mau balik kampung. Semasa berada di kampung baru dia dapat merasai dan melihat segala-galanya yang mana kalu nak dibandingkan dengan kehidupannya di Amerika, jauh pulut panggang dari api. Di kampung keadaan serba daif, tiada bekalan elektrik yg sempurna, air yang tidak bersih (Mohan sendiri minum air mineral yg dia beli berdozen2 dari bandar sblm masuk kampung), sistem sekolah yang ketinggalan, isu kasta berleluasa. Mcm2 hal adaaa.
Sebagai pemuda yang tau asal usul, sedar diri, sedar ruang, Mohan terpanggil mahu mengubah kehidupan di kampung nya dengan ilmu dan kepakaran yg dia ada sebab dia merasa sedih dengan apa yg dia lihat. Pertama Mohan membantu Gitta, seorg guru juga teman masa kecik dia juga awek dia dlm citer ni, ‘berkempen’ kepada semua ibu bapa di kampung menyuruh mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kemudian dia menjanakan elektrik di kampung tu menggunakan sistem hidro elektrik. (Masa skola dulu ada topik ni subjek sains amali). Mohan akhirnya mengambil keputusan berhenti keje di NASA dan duduk kat kampung.
Tiada nama besar yang berlakon dalam filem ni kecuali Shah Rukh Khan. Heroin pon merupakan pelakon baru, Gayatri Joshi. Skali pandang mcm Eja (samarinda rindu semakin jauh) , dua kali pandang pon mcm Eja, pendek kata Eja versi Bollywood la dia ni hehe. Saya suka watak dia. Seorg wanita kampung yang berpelajaran, berpendirian tegas dan berfikiran terbuka. Tidak ‘ayu’ sangat. Gubahan muzik oleh komposer terkenal, A.R Rahman pastinya ‘mengindahkan’ lagi filem ni. Sinematografi juga di puji kerana saya terkasima tengok keindahan tempat-tempat yang ditonjolkan. Rasa mcm nak pergi sana ;) Dalam keghairahan pengarah-pengarah Bollywood lain mengaut keuntungan dengan mengeksploitasikan bakat pelakon-pelakon wanitanya, Ashutosh tetap menten dengan memberi karya baik yang bermutu dan menyentuh jiwa.
Layari laman web di http://www.swades.com
Shah Rukh Khan menang best actor utk filem ni di Filmfare Awards ke 50
No comments:
Post a Comment