Thursday, January 13, 2005

Butik M n G

Kejadian ni berlaku pada hari Ahad lepas kat City Square (CS) JB (salah satu shopping komplek yg glamer kat JB). Masa tu nak pi tengok wayang citer The Doll Master. Dah 4 hari baru terpanggil nak citer sebab baru kejap dapat call dari adek. Dia ada kat butik MnG (hmmm butik or kedai...panggil butik la ek) nak potong suo. Terus dapat ilham.
Balik pada citer kat CS, pegi ngn kazen Nana (bukan Nana ker yach ;) Masa tu ada lagi satu jam wayang nak stat so we all pon jenjalan window shopping kat situ. Terlalu kat butik ni, Nana pun kata nak masuk sebab ada sale. Dia kata kalau MnG sale memang gegila nyer sale. Saya follow jek la. Belek-belek suo ngn baju seme less 50%. Lepas less pon rege masih dalam lingkungan kasta tinggi. Sale mender nye, kata saya dalam hati. Saya jarang pi butik-butik ni sebab tak mampu nak memiliki pakaian di butik. Pas tu ternampak la kasut. Wah 70% less, macam cantek jek kasut tu, terus amek belek-belek and tengok harga. Dah tengok letak balik pas tu baru pasan tanda 'all shoes are made from pig skin'....kau buat ku kata ulalalalalalala...setiap masa ulalalalalalalala...*uwaaaaaaaaa*
Ya Allah mcm mana ni, tergamam dan terus panik. Terus terpikir mana nak cekau tanah ni nak samak. Sat lagi wayang nak stat. Kang nak bawak kete, pegang stereng, nnti adek lak terkena sebab pinjam kete dia, mcm mana nak makan ni, macam2 menerjah di kepala. Terus cakap kat Nana nak pi beli sarung tangan. Nana dengan cool kata kalau tangan kita kering tak pe, tak melekat kat objek yg kita pegang. Ohh aaa betol tu, ustaz ada cakap dulu, kita bole pegang anjing dengan syarat bulu dia kering dan tangan kita jugak kering. [Anjing dan babi termasuk dalam kategori yang sama iaitu najis mughallazah (najis berat)]
Keluar je panggung terus ajak Nana pi carik tanah. Tak kira, nak carik tanah sampai dapat sebelum masuk kereta. Tanya Nana ada tak kedai jual pokok bunga kat dalam CS ni. Dia kata tak de. Ok tak pe. Biasanya kat luar shopping komplek derang ada tanam pokok kan? Aaa amek sket tanah kat situ agak-agak dlm segenggam taruk dalam paper cup Mekdonel yang ada kat dalam tong sampah kat tepi pokok tu. Korek tanah tu dgn tangan. Masuk toilet pi basuh sambil buat muka dek sebab org ramai lak kat toilet. Musti derang kata lam hati, apa kena la dengan minah ni? Kira cukup tujuh kali basuh...ok lega.
So moral of the story, saya rasa kalau boleh cuba elakkan dari memasuki butik MnG. Sebab kekadang kita terlupa dan tidak perasan. Memang kita tak akan pegang kasut dia sebab dah tahu atau dah pernah di beritahu sblm ni kasut kat situ dibuat dari pig skin. Tapi cuba bayangkan, pekerja-pekerja kat situ yang pegang kasut pas tu pegang baju dan seluar yang ada dalam butik tu. What say you??
Kepada tokeh butik MnG, pekerja butik, kawan kepada tokeh dan pekerja butik, kawan kpd anak tokeh tu ke, sedara mara ke, saya minta maaf andai ada ayat yg menyinggung perasaan. Tapi perkara ni melibatkan ibadah seharian kita, kena diwar-warkan.
Cara membasuh benda yang terkena najis mughallazah
Hendaklah dibasuh sebanyak 7 kali, salah satu di antaranya hendaklah dicampur dengan tanah.
(dipetik dari buku panduan lengkap fardu ain)
Waullahualam

No comments: