Monday, January 10, 2005

Filem : The Doll Master (2004)

Citer hantu atau seram musti ada berkait rapat dengan motif roh membalas dendam kerna si mati telah di bunuh dengan kijam. Mayat tidak dikebumikan dengan sempurna maka roh si mati tidak tenteram dan ‘bangkit’ untuk membalas dendam. Cuma olahan si pengarah berlainan dengan menggunakan perantaraan tertentu (telefon, kemra, cermin dan lain lain) untuk menyampaikan mesej sesuatu citer seram di ilham kan.


The Doll Master ( sebut betol2...bukan Sarip Dol yach ;)) citer seram terbaru dari Korea menggunakan anak patung sebagai medium perantaraan untuk menerbitkan citer seram. Biasanya yang balas dendam ialah roh manusia tapi dalam citer ni roh patung membalas dendam. Pembukaan citer flash back 20 tahun yg dulu menyaksikan seorg lelaki yang sangat suka akan perempuan berkimono. (apa kimono kwang3x...tingat kat seseorg...ah ah masey idop masey idop :P) Disebabkan minat yang sangat mendalam terhadap pompuan terkimono maka beliau telah membuat sebuah patung cukup sifat menyerupai teman wanita nya yang memakai kimono. Suatu hari teman wanita nya telah di rugul dan dibunuh oleh beberapa jejantans rakus. Dia (teman lelaki) telah di tuduh membunuh teman wanita nya dan di belasah dengan kijam oleh org kampung (ke polis ek lupa lakss )hingga mati tanpa usul peksa dan terus di humban dalam tanah yg telah siap sedia di gali. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh patung nya yang mana selama ni rupanya patung tersebut ada menyimpan perasaan chentar pada tuan nya. Tinggal lah patung tersebut di sisi kubur tuannya dalam hutan selama 20 tahun hingga dijumpa oleh sesorg yang membawak balik patung tersebut.

Kembali ke mode masa kini. Alkisahnya ada 5 orang yg berlainan profession telah dipanggil utk menjadi model terbaru patung di sebuah galeri patung-patung yg terletak jauh dari bandar. Sangatlah sukanya mereka padahal mereka tatau sebenarnya mereka akan dibunuh sorang demi sorang kerna mereka ada kaitan dengan kes bunuh teman wanita dan lelaki 20 tahun dulu. Mereka merupakan cucu-cucu jejantans rakus yg merugul teman wanita tersebut. Tang ni ada kelakar sket sebab hantu tunggu org tu dah bercucu dulu baru nak balas dendam hehe. Dari situ la aksi2 seram, takut, kecut perut juga aksi tengok 1/4 skrin (tengok tang sarikata je) bermula.

Walaupun saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang penakut gak bila tengok citer hantu dan seram ni tapi saya mengklassifikasikan citer ni sebagai tidak berapa seram sangat. Mana tak nya tetengah berada dalam aroma seram tetiba antu tu menangis plak sebab teringat zaman silam nya yang menyedihkan lalu tak sampai hati nak membunuh tuannya. Tapi dia punya set di lokasi memang menyeramkan. Setiap bilik ada replika patung-patung waima dalam tandas jua ada patung dibuat perhiasan. Bayangkan tetengah buang air nak cebok ada tangan lain menbantu sama jirus air. Biar kena batu karang tak pe dari masuk toilet yg mcm tu..hehe
Patung ni namanya Mina (ang ang ang...doraemong)

‘Patung-patung yang yang diukir cukup sifat akan mempunyai roh sekiranya kita membelai dan menjaganya dengan baik’
Antara dialog dalam filem tersebut. Sebab itu agama islam melarang umat nya menyimpan patung-patung yang cukup sifat dan menyerupai makhluk bernyawa di dalam rumah. Jika anda mengompul patung-patung dan dah simpan patung-patung tu dalam tempoh agak lama kemudian tu tetiba anda rasa nak buang sebab menyemak, jaga-jaga nnti patung tu balas dendam. Tak dapek den nak nolong eh. Moral of the story : Sebelum buang patung-patung tersebut, cacatkan anggotanya. Korek bijik mata dia dan penggal kepala nya yach. Baru dia betol-betol 'mati'. Selamat menonton.

No comments: