NABI Muhammad saw bersabda bermaksud :
“Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah menyeru Jibril dengan firman-Nya:
"Sesungguhnya Allah kasihkan si anu, maka hendaklah engkau mengasihinya."
Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya:
“Sesungguhnya Allah kasihkan si anu, maka hendaklah kamu sekalian mengasihinya.”
Dengan itu, penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang berkenaan dikasihi dan
diberi sambutan di bumi.
Dan apabila Allah Taala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman:
"Sesungguhnya Aku bencikan si anu, maka hendaklah engkau bencikan dia."
Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya:
"Sesungguhnya Allah bencikan si anu, maka hendaklah kamu sekalian membencinya."
Dengan itu, penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang berkenaan dibenci dan dipulaukan di bumi."
Umat Islam dilarang melakukan perkara buruk serta dibenci agama dan masyarakat, tetapi hendaklah sentiasa berbuat kebaikan.
Orang yang mempunyai sifat dan amalan baik sesungguhnya amat dikasihi Allah. Dia jugadisayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.
Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagai memberi nilai yang sewajarnya. Hal ini agar kesan kebaikan dan kejahatan itu dapat dirasakan oleh pelakunya di dunia, sebelum menerima balasan sepenuhnya pada hari akhirat.

Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai buruk baiknya seseorang, apa lagi menghukum dan membenci manusia lain kerana hanya Allah yang berhak berbuat demikian.
Petikan BH 07/01/05
Petikan BH 07/01/05
*************************************
Bila baca artikel ni saya rasa engsap jap sebab sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari dari perasaan membenci sesama manusia. Tapi bukan membenci membuta tuli. Membenci setelah diberi peluang kedua atau ketiga kali untuk tidak dibenci tetapi masih tiada perbezaan. Kalau boleh nak hentak-hentak kepala dia terus masuk dalam tanah. Macam ketuk paku kat dinding tu.
Adakala membenci bukan sebab apa yang berlaku pada diri kita, tetapi membenci kerna terjadi pada kawan baik kita juga keluarga umpama cubit peha kiri peha kanan juga terasa. Begitu juga sebaliknya kalau saya di benci, saya terima. Itu hak mereka untuk membenci.
Maka tahun baru ni saya berazam cuba untuk tidak membenci sesiapa. Insya Allah. Atau pun tak mo guna perkataan 'benci', tukar kepada 'mencik' atau 'tidak berkenan'. Benci bunyinya mcm kijam sgt :)
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya jua.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya jua.
No comments:
Post a Comment