Wednesday, May 11, 2005

Filem : Kemarau Cinta (2005)


Image hosted by Photobucket.com

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan konflik jiwa pemuda kampung, Quzaim yang tinggal lama di kota mengambil keputusan pulang ke kampung tempat beliau dibesarkan. Quzaim pulang selepas kecewa mengendalikan perniagaan keluarganya. Ketika di kampung itu, keadaan di situ mengalami kemarau panjang yang teruk dan pelbagai kerenah orang kampung dihadapinya. Pada waktu sama, Aida, anak gadis Zulfikar dan Dahlia, juga pulang bercuti dari bandar. Dia terkejut atas kepulangan Quzaim. Namun, kemesraan mereka terjalin kembali sebagaimana keintiman mereka ketika zaman kanak-kanak. Seorang lelaki bernama Zaman turut memberi nasihat pada Quzaim. 
(Kredit : www.filmkita.com)

Aku rasa tajuk 'Kemarau Cinta' lagi seswai ngan jalan citer ni dari 'Pelita Hatiku'.

Alasan mahu menonton citer ni sebab Eman Manan, Nasha Aziz, aktor dan aktress terbaik pesta pilem yang lepas dan Meor Hashim. However mereka tidak bercinta dalam ini cerita walaupun tajuknya ada perkataan cinta. Setelah selesai menonton baru leh tangkap maksud kemarau dalam citer. Banyak pengajaran dan ingatan yang dapat diperolehi dalam filem ni. Terlalu banyak yang nak disampaikan dalam filem ni. Banyak sangat. Namun segala yang ingin disampaikan tidak boleh dilihat dengan ‘mata kasar’. Kena hayati dan selami bebetol setiap dialog² yang dipersembahkan. Jika tidak selepas menonton anda akan kata 'ehhh amender la citer ni...' Dan tak ramai yang akan suka filem semacam ni sebab kena perah otak sket. Aku pun blurrr masa awal² citer.

Disebabkan terlalu banyak yang ingin disampaikan oleh pengarah, banyak shot menjadi kucar kacir dan tak kemas. Baru nak feel adegan ni dahh...eh pergi ke adegan lain plak. Macam tak nyenyabor. Yang ni yang tak syiok nya. Ngencess tol. Dan pelakon yang dikenali pon ramai.

Image hosted by Photobucket.com

Orang Melayu kena tengok citer ni sebab aku rasa filem ni dibuat khusus utk menyuntik semangat kepada orang Melayu untuk lebih berjaya, bersemangat waja, kuat kerja dan tidak tunggu rezeki datang bergolek tanpa buat apa selain goyang kaki. Ada cita² nak jadik wakil rakyat tapi tak pandai nak ambil hati org kampung. Ambil hati pompuan cantek dia tera. Bab pawang bomoh memang sinonim dengan orang Melayu. Mereka akan ikut membuta tuli dan percaya apa yang bomoh. Yang untung bomoh dapat ayam panggang. Berdoa kepada Allah jauh sekali. Orang yang kita kutuk akhirnya dia lah yang dapat menolong kita suatu hari nanti. Bila sudah berada di atas jangan lupa pandang ke bawah. Mudah putus asa dengan segala yang berlaku. Antara mesej² yang terkandung dalam filem ni.

Bila alam dan bumi merajuk maka berlaku la bencana alam, malapetaka dan sebagainya. Allah menciptakan muka bumi ni dengan begitu baik dan sempurna, tangan manusia la merosakkan nya. Ada hutan di tebang, ada bukit diratakan, tanah disimenkan, maka merajuk la bumi. Beruntung pada siapa yang ada kampung. Bila kuciwaa dan gagal di bandar boleh balik kampung cucuk taman dan teruskan hidup. Maka peliharalah kampung seelok-eloknya. Luangkan masa balik kampung.

Image hosted by Photobucket.com

Quzaim (lakonan Pool DJ KL.fm) kemarau cinta Tuhan, keluarga dan sahabat. Aida (Lakonan Nasha Aziz) kemarau cinta abang angkatnya yang menghilangkan diri selama 12 tahun. Dia tunggu punya tunggu punya tunggu abang angkat tak muncol². Zaman (Eman Manan) pernah gagal dan bangkit semula hingga berjaya. Kampung Redang Sawa kemarau air sebab dah lama tak ujan. Kemarau anda bagaimana?

Aku kemarau ceria semalam sebab hanya 3 orang saja yang menonton citer ni kat Summit USJ. Budak kaunter tiket tu teragak² nak jual tiket citer ni. Sangat kasihan. Berbanding Tentang Dia yang panggung nya penuh di Sunway Piramid. Buat reservation kat phone pun penuh. Mungkin aku pi week-ends. Bila gaknya tiket citer Malaysia akan full house di era 2000an ini yach? Kalau berkesempatan pi la tengok citer ni.

Dialog yang musti ada utk crook kat kampung dalam majoriti citer Melayu "Woii budak ko jangan nak tunjuk lagak kat kampung ni. Aku anak jati kampung ni tau. Pegi berambus balik bando laa. Menyemak je duduk sini" (Cam tu le lebih kurang bunyiknyee) :P

P/S : Kat Perak ada Kota Bahru ek? 

Kredit gambo : Bintang Popular

No comments: