Thursday, November 02, 2006

Filem : Don (2006)




Synopsis

In 2006, the drug trade is booming. The Malaysian Intelligence and Anti-Narcotic Department are called upon for assistance by their Indian counterparts. There are rumours that a drug gang has recently moved their headquarters to Kuala Lumpur

Pengarah : Farhan Akhtar
Pelakon utama : Shah Rukh Khan sebagai Don / Vijay
Pelakon utama 2 : Boman Irani sebagai DCP De Silva / Vardhaan (patut poster dia ni pon patut ada tok iklan Celcom X Pax hahaha)
Pelakon tempelan : Priyanka Chopra, Arjum Rampal, Isha Kopikar
Pelakon penambah perisa : Kareena Kapoor
Pelakon wakil Malaysia : Shaharuddin Tamby, Samser hos Fear Factor dan plakon lain yg tak pasti nama

Kredit : Don the Film , Don - The Chase Begins Again

'Meh huuuu Don...saya la Don...nama penuh saya Hamidon bin Saadon..'
*lagu industan campur melayu*

Sebelum citer lebih lanjut kita citer dulu dia punya moral of the story yg saya nampak dalam citer ni

1) Citer ni menggambarkan polis di India juga ada yg penjenayah. Mungkin juga polis di negara lain pon ada yg cam tu. Polis ditugaskan untuk menjaga keamanan negara juga membenteras jenayah. Jika polis juga penjenayah gimana sebuah negara itu mau bebas dari jenayah dong. Polis yg rank tinggi plak tu. Yang si penjenayah dah tentu la jahat. Kalau yang si polis ni penjenayah apa ke he plak. Memang macam lahen kalu ada polis cam ni. Harap² kat Mesia tak de la yek polis cam ni. 'Jangan rasuah' seperti stiker yang ada di keta polis.

2) Orang jahat nyawa dia memang panjang. Mungkin sebab Tuhan nak suh dia insof dan bertobat. Oleh itu para penjenayah insof la selagi di beri peluang insof.

Kalau anda minat citer macam Gerak Khas anda mungkin minat citer ni.

Kalau anda minat citer macam Sembilu Kasih citer somi isteri asek gado pastu baik pastu gado balik pastu baik eh pastu gado baik gado baik mungkin citer ni akan kurang seswai utk anda

Kalau anda tengok citer ni semata² nak tengok Arjun Rampal ke, Kareena Kapoor ke, anda mungkin kecewa sket sebab mereka hanya watak tempelen dalam citer ni. Bak komen Arjum Rampal yang katanya frust sket ngn citer ni kerna sepanjang karier lakonan dia dalam citer bollywood ini lah kali pertama dia tidak menyanyi miming dan menari langsung.

Kalau anda rakyat Malaysia, harus tonton citer ni sebab 85% penggambaran di lakukan di Malaysia dan kelihatan sangat cantik sinematrografi nya. Yang mcm jembatan gantung cable car tu menarik banget. Kemdian adegan menggayatkan dimana Arjun Rampal dan anaknya melarikan diri dari penjenayah melintasi jejantas di tingkat 42 menara berkembar
KLCC


Dalam citer juga memberi info bahawa hukuman mati di kenakan pada pengedar dadah di Malaysia dan tak lupa jugak t-shirt Peace Malaysia kelihatan. Pis pis Malaysia ku pis hehe

Kalau anda salu kunjung ke blog Waiem anda boleh agak bahawa dia akan ribiu citer terbaru Shah Rukh Khan yang sedang berada di pasaran muahahaha (Nasib baik masa citer Tamil Hey! Ram waiem lom ada blog. Kalau tak bole citer pengalaman menonton citer Tamil sensorang dalam panggung sebab tak de org nak temankan tapi ku gagahi jua...muahahaha)

Tapi kalu anda memang tak minat citer industan, tak dapek la den nak nolong


Citer ni adalah remake citer Don gak tahun 1978 lakonan Amitabh Bachan. Saya tunggu-tunggu gak bila Farhan Akhtar mau bikin satu pilem untuk SRK dan akhirnya ada tapi aiseh citer remake la plak bukan citer baru. Farhan Akhtar merupakan salah sorang direktor harapan yg berkaliber di Bollywood. Don pilem arah Farhan yg ke-3 selepas Dil Chata Hai dan Laksya
(masa tgk Farhan AF4 mek teringat kat Farhan ni heheh)
Dalam citer ni SRK memegang 2 watak jahat dan baik. Di akhir citer baru anda akan tahu samada Don asli atau Don palsu yang hidup.

Don adalah seorang mafia export import dadah yg digeruni lagi licik. Pihak polis mempunyai kesukaran dan kesukaran menangkap si beliau ni sebab beliau mempunyai skill-skill canggih untuk melepaskan diri dari polis Tapi sebenarnya Don telah berjaya di tumpaskan tapi disebabkan ada sorang polis berpangkat DCP yg tidak bersikap bersih, tidak cekap dan tidak amanah maka Don berjaya lepas.

Memula Don menjalankan operasi di Paris. Lepas tu di KL juga polis tak berjaya tangkap Don dan kemdian Mumbai. Di Mumbai Don asli berjaya di kejar, di tangkap dan di belasah secukup rasa dan kemdian masuk spital ICU oleh DCP De Silva. Semasa Don asli koma kat spital DCP De Silva tetiba tingat akan sorang budak kampung lurus bendul bernama Vijay yg muka mcm Don. De Silva dapat ide mau menyamarkan Vijay sebagai Don palsu dengan tujuan Vijay dapat membantu dia menjejak sorang lagi geng dadah Don bernama Singhania dan juga bagi mendapatkan sekeping CD yg mempunyai maklumat berharga buat De Silva. Disebabkan De Silva sorang polis maka Vijay sanggup memikul tugasan baru yang maha mencabar dan berisiko tinggi.

Sebagai langkah pertama, Vijay harus menjalani penbedahan plastik supaya tubuhnya kelihatan sama dengan Don asli. Kalu Don asli ada parut kat punggung maka Don palsu pon kena ada. Kalau dagu Don asli runcing mcm dagu Umi Aida maka Don palsu pon kena buat dagu yang nampak sama. Pendek kata semua nya kena sama.

Kemdian Don palsu diterbangkan di KL. Dalam perjalanan ke balai polis Don palsu di culik oleh gang mafia. Kemdian Don palsu buat² hilang ingatan akibat eksiden semasa di Mumbai.

Kemdian berlaku la intermission. Bila Don palsu bebetol kena tangkap dengan pihak polis, dia bilang dia bukan Don. Dia adalah Vijay. Vijay bilang kalu tak caya tanya De Silva. De Silva plak tak de sebab telah ‘mematikan’ diri dia dalam satu letupan keta. Vijay pun cuak sebab orang yg responsible menjadikan dia Don dah mati.

Bagaimanakah kisah seterusnya? Saksikan la sendiri bagai mana Don asli menipu pihak polis huhuhu

Arjun Rampal – seorang pakar computer kemdian masuk penjara disebabkan oleh De Silva. Keluar penjara dia mau cari De Silva dan menuntut bela atas kematian isterinya. Nanti dia jupe Vijay sebab anak dia telah dijaga oleh Vijay masa dia masuk penjara.

Priyanka Chopra – first time mek tengok citer dia penuh dan notis dia ni tak lah berapa cantik sangat kan? Hehe. Dia ni pon nak balas dendam dengan Don sebab Don telah bunuh abang dia dan tunang abang dia lakonan Kareena Kapoor. Kemdian bercinta dengan Don lepas dapat tahu Don adalah Vijay.

Kareena Kapoor – Cuma muncul dalam satu lagu saja kemdian mati.

Shaharuddin Tamby – polis Mesia yg tak de dialog langsung hehehe

Lagu² pon kureng menarik.

Sekian.

No comments: