Tuesday, October 31, 2006

Filem : Bilut (2006)





Sebenarnya saya dah give up mau layan citer Melayu. Tapi yg ni berminat nak tengok sebab pengarah dia Bade Hj Azmi. Ternyata duit teket saya tidak dibazirkan begitu saja menonton citer ni.

Komen ringkas dan padat saya suka citer ni secara overall dan citer ni menarik untuk di tonton seisi keluarga.

Citer dia stret powed pasal peneroka felda di awal pembangunan rancangan felda dari zaman hutan rimba umah kayu atap zink hingga la ke zaman ladang getah kelapa sawit umah batu atap asbestos lantai mozek pagar stainless steel.

Kalau kita berbakti pada tanah ada hasil nya. Kalau kita salah guna ladang kelapa sawit dan getah utk dijadikan port mengisap dadah, maka punah la anak bangsa.

Sekarang kita ke komen membebel panjang lebar sket

Citer mengenai Rosyam and geng menyertai kumpulan pertama peneroka felda di Lembah Bilut pada tahun 1960. Dia ada 3 org anak. Anak yg bongsu kena baham harimau maka tinggal la 2 anak nya iaitu Que Haidar dan Ezlynn bila dah besar. Isteri dia Eja. Dalam citer ni bulu mata Eja tak bape melentik untuk watak isteri yg tak brape ceria dalam kehidupan rumahtangga nya muahahaha.

Rosyam mempunyai impian untuk mengubah kehidupan keluarganya maka dia memilih untuk menjadi peneroka felda sebab nanti akan dapat tanah dan rumah sendiri. Selain itu dia juga berazam nak buktikan pada keluarga mentua nya yg dia boleh berjaya dan memiliki harta sendiri hasil titik peluh tulang pat kerat dia. Dia tidak mahu menjadi spt Kasim Selamat yg dituduh oleh mentua mahu mengikis harta Sabariah sebab kawin dengan Sabariah...ekekekek. Eja anak org ada-ada dan kerna chentar mereka berkahwin. Bukan kerna dicabar oleh Eja maka Rosyam pon mengkahwini Eja. Nanti kalau Eja cabar suh cerai, bole la makan nasik serai hari-hari :P

Kemdian kehidupan peneroka semakin hari semakin baik hingga la Rosyam mampu menghantar anak nya Que Haidar belajar di obersi iaitu di Brussel. Di Brussel Que Haider berkawan baik dengan Jericho Nang Wakas teman se-universiti dia. Que banyak bercerita dengan Jericho mengenai Felda. Kemdian Jericho ikut Que balik kampung untuk melihat kawasan Felda yg sudah maju dan Jericho berhasrat nak buat pilem pasal Felda. Kat sini boleh dengar Jericho cakap Melayu dalam 2 baris ayat. 'Apa kabar pakcik?' 'Kena bukak kasut?' Ok la dari 2 patah perkataan 'selamat malam' Sarokan dalam citer Don haha.

Kat Brussel Que bercinta dengan Hani Yasmin tapi percintaan mereka di halang oleh ibu bapa Hani disebabkan Que anak pereroka Felda yg tak standard dengan mereka. Mungkin bapak Hani tak tahan dengan bau getah kot tapi bapak Hani lupa yg tayar keta mewah nya dan juga getah ikat rambut mak Hani dihasilkan dari ladang getah tempat Que dilahirkan. Que kemdian bercinta dengan Cellina 3R plak. Rosyam tak berapa setuju dengan Cellina yg baru covert Islam maka berkahwin la Que dengan org sefelda iaitu Lisdawati.

Ending dia menunjukkan anak Felda juga boleh berjaya dengan hasil usaha bapak nya yg susah payah nak meningkatkan taraf hidup keluarga nya.

Saya suka adegan ribut taufan yg melanda perkampungan di Bilut. Kelihatan sangat real.

Lain-lain komen pelbagai

1) Pesal la si Que Haider ngn Jericho di suruh pakai misai pelesu yg kelihatan spt badut untuk semasa melakonkan watak tua mereka. Sorang misai mcm Charlie Chaplin, sorang mcm Datok K muahaha

2) Kemunculan Ezlynn sewaktu tua sangat menggelikan hati. Dia di mekap kelihatan tua dari bapak dia sendiri dengan mimik muka yg dia buat cam tu muahahaha U ols tengok la sendiri. Memang lawak.

3) Dalam citer ni org yg pakai ketayap digambarkan sebagai orang panas baran dan selalu tak puas hati lakonan Khir Rahman.

4) Citer ni banyak flash back kejap tahun 1960, kejap 1966, kejap 1976, kejap 1981, kejap 2006. Hopefully anda tidak kurus sebab konpius dengan tahun² berkenaan huhu

5) Suara Rosyam terlalu romantik untuk menjadi peneroka Felda dalam ini citer

6) Kalau anda perasan wajah penerbit Bilut ni, Hajah Khatijah Hj Abu Hasan sekarang ni ada mcm muka alien sket ek dalam paper aritu. Pesal muka dia mcm tu? Adakah penggunaan bitamin C terlampau? Huhu

Komen yg tak de kaitan dengan jalan citer Bilut
Saya dapat detect apa kelemahan / kekurangan dalam pilem Melayu iaitu kekeringan dialog. Adakah penulis² skrip kekeringan idea? Bercakap beberapa baris ayat kemdian akan berhenti tatau nak cakap apa terus pergi ke adegan seterusnya. Mcm buang air beso tak lawas daaa. Kebanyakkan citer (tidak semua citer) termasuk la citer ni. Mungkin anda bole perati sendiri. Ini harus diambil langkah serius oleh pihak yg berkenaan untuk membaik pulih pilem² Melayu akan datang. Hahaha baik pulih la plak. Bukan apa saya kadang sedih dengan sesetengah karya-karya seni yg dikeluarkan oleh negara saya sendiri.

Sinopsis skema dan details boleh baca sini

No comments: