Monday, November 06, 2006

JDrama : China's Last Princess (2003)



Synopsis
A historical drama about the brother of the last emperor, an arranged tactical marriage, a long-lasting love of two people from two different countries
Starring : Takenouchi Yutaka
, Tokiwa Takako

Total episode : 4

Credit :
Ryuuten No Ouhi - Saigo No Koutei


Citer ni ada banyak tajuk. Ada tajuk Princess Hiro, ada tajuk China’s Last Princess, kat kulit cd tajuk The Brother of the Last Emperor. Setelah di lat ta li lat la li tam plom makanya saya memilih tajuk di atas sebab citer banyak berlokasi di negara China hehe

Citer ni berlatar belakangkan perang dunia ke 2 bertumpu pada 2 negara Jepun dan China. Sebuah citer yang menyayat hati dan sedih. Peperangan yg meragut nyawa orang-orang yg tidak bersalah dan tidak berdosa. Katakan TIDAK pada peperangan.

Takenouchi Yutaka dalam citer ni menjadi putera maharaja China yg fasih cakap Mandarin masa kecik tapi masa beso cakap Mandarin 2-3 patah perkataan saja hahaha. Lagi fasih cakap Jepun hehe.

Citer mengenai Maharaja Cina pada ketika itu menjadi boneka di bawah telunjuk tentera Jepun. Raja Cina umpama kueh tunjuk-tunjuk la pada masa tu. Jepun tunjuk sana dia pi sana, Jepun tunjuk sinun dia pi sinun haha. Jadi raja pon tarak guna tidak dapat memerintah negara sendiri mengikut acuan tersendiri.

Raja China mempunyai seorang adik lelaki yg tampan kacak bujang lagi taste iaitu lakonan Yutaka huhu. Untuk mengeratkan tali silaturrahim kononnya antara Jepun China, Raja China dengan paksa rela menghantar rombongan meminang seorang wanita kerabat di raja Jepun untuk dikahwinkan dengan adiknya. Adik pun hanya mengikut dan berkahwin la mereka. Sebenarnya perkahwinan tersebut ada udang di sebalik sushi king. Agenda Tentera Jepun mahu menakluk China. Raja China sudah berkahwin tapi masih lom ada anak.

Selepas berkahwin hero dan heroin menetap di China. Abang hero sebenarnya tidak suka akan adik ipar yg berbangsa Jepun itu sebab ye la kan apa kes nak berbesan dengan org Jepun. Jepun yg diketahui pada masa itu memang jahat dan kijam. Suka jajah negara orang. Lagi pun ramai lagi aweks China yg cun-cun ala Gong Li ada, ala Zhang Ziyi pon ada hehe.

Dipendekkan citer usaha Jepun untuk menguasai China melalui perkahwinan tersebut gagal bila mana isteri adik raja tersebut tidak berjaya melahirkan anak lelaki tetapi sebaliknya melahirkan 2 anak perempuan berturut dan ini mendatangkan kemarahan cip tentera Jepun itu.

Seterusnya hero dan heroin terpisah bila tentera Russia menawan sebahagian daerah China dan menangkap hero dan dipenjarakan dalam tempoh yg lama. Tinggallah heroin terkontang kanting bersama seorang anak nya menjadi pelarian bersama orang Jepun lain kerana ketika itu orang-orang China mengamuk mahu membunuh setiap orang Jepun yg berada di tanah besar China. Tentera Jepun telah menjahanamkan negara mereka dan membunuh ramai orang China dengan zalim.

Hubungan somi isteri Jepun dan China tersebut sangat sayang menyayang walaupun berlainan negara sangat mengharu kan dan di akhirnya mereka akan kembali bersama selepas perang berakhir. Isteri berbangsa Jepun sangat sayang akan sominya yang berbangsa China itu. Susah senang sanggup bersama.

Sebuah drama yang menarik untuk di tonton. Tapi kalau bukan hero ni yg blakon saya pon tak tengok kot citer ni hehe. Kalau dapat beli yg gambar dia clear dan sharp mungkin lagi menarik. Yang saya beli ni kualiti gambar dia sket lagi nak sama cam gambar pilem zaman P.Ramlee daa :B

No comments: