Showing posts with label Takenouchi Yutaka. Show all posts
Showing posts with label Takenouchi Yutaka. Show all posts

Friday, August 15, 2008

Tomorrow EP01


Synopsis

Kohei Moriyama quit his job as a doctor 8 years ago and now works at the city hall. Since becoming a public official, he has become cheerful and optimistic. He is loved by everyone around him. However, his emotional wound from the past is not yet healed. He does not trust anyone but himself when it comes to important matters. One day, he meets a dedicated nurse, Aiko Tanaka. This encounter triggers his decision to reestablish a hospital. This is when he realizes..."Losing is not the end. Giving up is what ends everything" --TBS (wikidrama)

Episod 1 nampak macam memberangsangkan hehehe. Kisah mengenai Encik Kohei yang telah mengundurkan diri dari menjadi doktor 8 tahun lepas kerana ada suatu kejadian yang berlaku sewaktu beliau mengoperasi seorang pesakit. Mungkin pesakit tu mati kot. Sebab tidak jelas kematian itu. Alih-alih dari tahun 1999 terus ke 2008. Selepas mengundurkan diri sebagai doktor Encik Kohei telah bekerja di dewan bandaraya sebagai seorang pegawai di sebuah pekan. Di pekan itu terdapat sebuah general hospital (hospital gomen?) yang hampir mau gulung tikar sebab mengalami kerugian yang tinggi. Kemudian datang seorang doktor wanita untuk menyelamatkan hospital itu. Kemudian ada kebakaran berlaku di pekan itu dan semua mangsa diusung ke hopsital itu tetapi ditolak oleh sorang doktor di situ sebab kekurangan doktor. Kemudian seorang jururawat yang dedikasi berkata tak pe masukkan semua mangsa dalam wad.

Para jururawat kalut dan kelam kelibut menjalankan tugas mahu menyelamatkan mangsa sebaik mungkin. Kemudian klimeks nya ada sorang ibu mengandung yang tertelan asap kebakaran dan harus dioperasi dengan segera tapi masalahnya tiada doktor di kala itu.

Bagaimanakah nasib ibu mengandung itu? Ya berliau berjaya diselamatkan oleh Dr. Kohei yang dah 8 tahun tidak bedah orang kerna beliau tidak sanggup melihat ibu mengandung itu mati.



Pandangan yang menarik tetapi marbahaya. Rumah ditepi tebing kemudian ada lorong dalam tanah di celahan bukit itu. Mana ini lokasi tak di kasi tau plak


Encik Kohei dan skuter nya mahu pergi kerja


Encik Kohei di dalam tahun 2008


Opis Encik Kohei


Makcik baju oren itu bawakkan kueh untuk En. Kohei


Kueh onde-onde berwarna warni


Rupanya Encik Kohei kena tipu sebab kueh tu tak sedap


Oh ada beruang di pejabat Encik Kohei hehe


Kedatang doktor wanita yang sedikit arrogant mahu menguasai hospital itu


Sewaktu kebakaran berlaku


Kekurangan dokter


Dokter migrain sebab ramai pesakit nak kena handle dalam satu masa


Nurse ni tekad mahu bedah pesakit sebab kekurangan dokter


Bekas dokter hanya melihat dari kejauhan. Dalam hatinya berkata 'Nak tolong ke tanak...nak tolong ke tanak'


Disebabkan semangat kedoktoran beliau masih tinggi beliau akhirnya bantu juga


Pembedahan di lakukan


Akhirnya bayi berjaya diselamatkan

Dokter Kohei melihat tangan nya yang baru bedah orang setelah 8 tahun tidak membedah


"Kau siapa sebenarnya? Bukankah kau bekerja di dewan bandaraya?"


"Aku adalah dokter 8 tahun yang lepas"


"Pangggg..." bunyi tamparan di pipi. 


"Kau jangan nak main-main dengan perubatan" kata dokter wanita itu dan berlalu pergi. 

Kena tampar you. 

Oh kau pengg dia ya...nanti kau


"Kau kenapa?"

 
"Saya takut. Bila takut tangan saya akan menggeletar"


Cettt nak suruh dokter peygang tangan le tu...hehe



Dokter pon mententamkan nurse itu

Bersambungggg...

Credit soft subs : Timeless

Monday, February 26, 2007

JDrama : Family (2006)




Synopsis

Takenouchi Yutaka plays a 35-year-old man who works in a foreign company, and lives a happy family life with his wife and son. On the day he decides to switch careers and submit his resignation, his wife runs away from home, leaving his hands full taking care of the home and bringing up his son. Watari Tetsuya stars as a 61-year-old man who decides to live alone when he loses his wife to illness not long after he reached the mandatory retirement age.

 
Cast : Takenouchi Yutaka , Watari Tetsuya , Uto Shuusei , Ishida Yuriko

Total episode : 8

Credit : Official website , DramaWiki


drama terbaru nya selepas Rondo yach


Family dalam bahse Jepun ialah Kazoku seperti tajuk yang tertera la kat sini

Citer ni best tau u ols. Asal hero ni blakon best aja la...hehehe

Citer ni bertumpu pada sebuah keluarga yang terdiri dari seorang bapak yang esmem (ahaks), emak dan juga seorang anak berumur 5 tahun.


Bapak yg esmem itu adalah seorang bapak yang sangat workaholic. Dalam pala otak dia tak de lain keje, keje, keje. Tiap hari keluar pi keje sebelum matahari terbit dan akan pulang ke umah plak selepas matahari terbenam. Begitu gigih dia bekerja untuk menangung keluarga nya.

Dalam pada kegigihan dia bekerja, isteri nya seorang suri rumah rasa tertekan dok kat umah dek akibat kegigihan suami nya bekerja. Isterinya berpendapat si suami tidak pedulikan keluarga nya sebab asek dengan kerja hingga hal umah tangga langsung dia tak peduli. Lantas si isteri membuat keputusan untuk bercerai. Maka lari la si isteri tadi bersama anak nya.



Walaubagaimanapun anak nya itu lebih sayang bapak maka dia pun melarikan diri pergi ke umah bapak nya dan mahu tinggal bersama bapak nya. Jenuh la si bapak suh anak nya tinggal bersama mak dia tapi anak itu tidak mahu. Ye la kalu dok dengan mak idop lebih teratur barangkali. Si bapak plak baru me-resign-kan diri dari syarikat yg dia keje sebab ada seorang pekerja telah membunuh diri akibat tindakan si bapak tadi memberi surat retrenchment pada pekerja itu. Tapi bukan salah bapak itu. Dia terpaksa menjalankan tugas.

Seterusnya berlaku la kekalutan pada di bapak tadi di mana terpaksa melakukan semua keje umah sendiri. Sebelum ni satu aram keje umah dia tatau buat. Mau guna mesin basuh pun tak reti apa tah lagi memasak. Maka nanti dengan bantuan seorang jiran lelaki yang udah pencen, dia belajar masak untuk anak dia sebab tadika kat Jepun setiap kanak-kanak kena bawak lunch box masing-masing. Makanan yang ada dalam lunch box tu kena design cantik-cantik seperti design Doremon atau Sinchan hahaha.

Adakah mak dan bapak tersebut benar-benar bercerai? Saksikan la kisah keluarga yang menyentuh perasaan ini.
appa gom, omma gom, aegi gom...

Si bapak cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan tumah tangga tapi si mak berkeras mau bercerai dan mau kan hak penjagaan anak lepas bercerai sebab dah tak tahan hidup dengan suami nya. Yang tersepit di tengah-tengah ialah anak yang berusia 5 tahun itu. Si anak plak tak padan ngn kecik tau rasa bersalah dan sedih dan menganggap mak bapak dia bercerai di sebabkan kelas piano dia.

Saya suka bila mana dalam tempoh proses nak bercerai tu si suami menyedari kesalahan-kesalahan yang dia telah laku kan selama dia bersama isteri nya seperti contoh lupa akan janji-janji yang telah dia bikin terhadap keluarga nya. Tahun pertama janji nak bawak famili pi lawat pokok epal sampai ke sudah tahun ke 5 si suami itu lupa hingga la anak dia mengingatkan dan lain-lain kesalahan.

Saya cukup puas hati dengan drama ini sebab hero nya...hahaha

Monday, November 06, 2006

JDrama : China's Last Princess (2003)



Synopsis
A historical drama about the brother of the last emperor, an arranged tactical marriage, a long-lasting love of two people from two different countries
Starring : Takenouchi Yutaka
, Tokiwa Takako

Total episode : 4

Credit :
Ryuuten No Ouhi - Saigo No Koutei


Citer ni ada banyak tajuk. Ada tajuk Princess Hiro, ada tajuk China’s Last Princess, kat kulit cd tajuk The Brother of the Last Emperor. Setelah di lat ta li lat la li tam plom makanya saya memilih tajuk di atas sebab citer banyak berlokasi di negara China hehe

Citer ni berlatar belakangkan perang dunia ke 2 bertumpu pada 2 negara Jepun dan China. Sebuah citer yang menyayat hati dan sedih. Peperangan yg meragut nyawa orang-orang yg tidak bersalah dan tidak berdosa. Katakan TIDAK pada peperangan.

Takenouchi Yutaka dalam citer ni menjadi putera maharaja China yg fasih cakap Mandarin masa kecik tapi masa beso cakap Mandarin 2-3 patah perkataan saja hahaha. Lagi fasih cakap Jepun hehe.

Citer mengenai Maharaja Cina pada ketika itu menjadi boneka di bawah telunjuk tentera Jepun. Raja Cina umpama kueh tunjuk-tunjuk la pada masa tu. Jepun tunjuk sana dia pi sana, Jepun tunjuk sinun dia pi sinun haha. Jadi raja pon tarak guna tidak dapat memerintah negara sendiri mengikut acuan tersendiri.

Raja China mempunyai seorang adik lelaki yg tampan kacak bujang lagi taste iaitu lakonan Yutaka huhu. Untuk mengeratkan tali silaturrahim kononnya antara Jepun China, Raja China dengan paksa rela menghantar rombongan meminang seorang wanita kerabat di raja Jepun untuk dikahwinkan dengan adiknya. Adik pun hanya mengikut dan berkahwin la mereka. Sebenarnya perkahwinan tersebut ada udang di sebalik sushi king. Agenda Tentera Jepun mahu menakluk China. Raja China sudah berkahwin tapi masih lom ada anak.

Selepas berkahwin hero dan heroin menetap di China. Abang hero sebenarnya tidak suka akan adik ipar yg berbangsa Jepun itu sebab ye la kan apa kes nak berbesan dengan org Jepun. Jepun yg diketahui pada masa itu memang jahat dan kijam. Suka jajah negara orang. Lagi pun ramai lagi aweks China yg cun-cun ala Gong Li ada, ala Zhang Ziyi pon ada hehe.

Dipendekkan citer usaha Jepun untuk menguasai China melalui perkahwinan tersebut gagal bila mana isteri adik raja tersebut tidak berjaya melahirkan anak lelaki tetapi sebaliknya melahirkan 2 anak perempuan berturut dan ini mendatangkan kemarahan cip tentera Jepun itu.

Seterusnya hero dan heroin terpisah bila tentera Russia menawan sebahagian daerah China dan menangkap hero dan dipenjarakan dalam tempoh yg lama. Tinggallah heroin terkontang kanting bersama seorang anak nya menjadi pelarian bersama orang Jepun lain kerana ketika itu orang-orang China mengamuk mahu membunuh setiap orang Jepun yg berada di tanah besar China. Tentera Jepun telah menjahanamkan negara mereka dan membunuh ramai orang China dengan zalim.

Hubungan somi isteri Jepun dan China tersebut sangat sayang menyayang walaupun berlainan negara sangat mengharu kan dan di akhirnya mereka akan kembali bersama selepas perang berakhir. Isteri berbangsa Jepun sangat sayang akan sominya yang berbangsa China itu. Susah senang sanggup bersama.

Sebuah drama yang menarik untuk di tonton. Tapi kalau bukan hero ni yg blakon saya pon tak tengok kot citer ni hehe. Kalau dapat beli yg gambar dia clear dan sharp mungkin lagi menarik. Yang saya beli ni kualiti gambar dia sket lagi nak sama cam gambar pilem zaman P.Ramlee daa :B

Tuesday, May 23, 2006

JDrama : Physco Doctor (2002)





Synopsis

Are you afraid of heights? Why? Is it just acrophobia? Or, perhaps as a very young child you witnessed the murder of your father as he was pushed off the veranda of your apartment building and now have a deathly fear of going up to the 20th floor of any building! Psychoanalyst and counselor Kyosuke Kai (Yutaka Takenouchi), a bit quirky with compulsions of his own, ends up finding out more than just the standard medical reasons for his patient's emotional problems. So, rather than just practice counseling Dr. Kai becomes in effect a detective as well. Join Dr. Kai and examine his case files to learn more about his patients and what makes them tick...or crack.

Total episode : 11

Starring :
Takenouchi Yutaka

Credit :
Psycho Doctor



Hehehe ini satu lagi citer lakonan itu Takenouchi Yukata. Dalam ini drama dia blakon jadik dokter saiko. Tapi saya baru tengok sampai episod 3 je sebab mek ala² tertido depan tv nak perabih tengok cd 3 walaupun muka hero dia tak lapok dek ujan tak lekang dek panas mata memandang. Lagi 8 episod nnti la bebila percuma baru sambung tengok. Unless kalu u ols ada cita² nak jadik dokter saiko mcm ini dokter boleh la menonton sampai abis citer ni untuk megetahui cemana dokter saiko ni selesaikan setiap masa-elah. Kalu u ols tera cuba selesaikan masa-elah ni

Satu banyak banyak
Dua sedikit sedkit
Tiga kad-dang kad-dang kita lihat
Ampat jarang jarang kita nampak

Apa kah dia? Kekekekeke

Setiap episod ada berlainan kes dan files (ala x-files la kot)

Episod pertama tentang seorang wanita yang takut akan ketinggian. Siasat punya siasat rupanya dia telah menyaksikan bapak dia kena bunuh ditolak dari bangunan tinggi sewaktu dia kecil

Episod kedua pasal seorang wanita yang lupa ingatan. Siasat nye siasat rupanya dia mau melupakan kisah silam dia sama boipren dia

Episod ketiga lak pasal seorang studen wanita yang mati kat hotel. Siasat nye siasat budak ni punya napsu makan yg kuat. Bawah katil kat umah dia penuh ngn junk food. Sebab pe dia kuat makan, mek tak ingat plak la sebab waktu ni mek dah di alam lain. 

Sedo² kat tv tertera tulis ni 'woi bangun la woi tuko cd 4 plak...membute plak die'...muahahahaha Lantas saya pon amek remote di sebelah dan tekan butang power off dan sambung zzzzzzzzzzzz

Nanti mek apdet kalu berjaya abiskan kesemua episod yach sebab takat ni ada 5 citer waiting list utk di tonton hehe

Friday, April 28, 2006

JDrama : Rondo (2006)




Synopsis

Japan and Korea’s biggest names star in this big-scale drama. Yutaka Takenouchi portrays Sho Nishijima, a Japanese detective whose father was murdered in Korea when he was still a boy. In hopes of discovering the truth behind his father’s death, Sho is working undercover in a huge secret organization. Choi Ji Woo portrays Choi Yuna, a Korean woman who visits Japan in search of her missing father. She opens a Korean restaurant with her younger sister, but soon faces the mercy of fate. The couple meets in a corner of Tokyo and fall in love. But what waits ahead of them...A "rondo" of fate, love, and history is about to begin.

Starring : Takenouchi Yutaka, Choi Ji Woo

 
Total episod : 11

Credit : Rondo




Ehemmm ehemmm *ketok² mikropon*

Adalah maka dengan ini saya bagi pihak Takenouchi Yutaka ingin mengumumkan bawasanya citer ni BEST!!!! 

(hahah cam nak bg pengumum esok raya lak) 

Tu komen saya la. Jika anda minat citer cinta saspen anda pasti menyukai citer ni. Satu lagi faktor yg buat citer ni best ialah lagu dia best. Sekali dengar terus suka. Saya tunduk hormat (ala² org Jupun) pada pembuat ini lagu sama pengarah ini drama kerna jalan citer dan lagu, seiring dan sejalan seindah bunga di taman. Kemra pon bagus. Banyak close-up sampai leh kira bape banyak taik lalat ada kat muka hero. Hahaha.

Tapi citer ni tak de adegan nangis golek² atas katil, pasu bunga kena baling atau mimpi berkahwin ke yach *ketis Kak Jay* muahahaha

Tamau citer lelebih la ini citer. Mau kasik anda merasai kesaspenan menonton citer ni macam saya rasa. Boleh kasik bikin berdetak detuk jantung, limpa juga peparu. Huhu. Sebab tau je la kan jadik spy ni. Saspen lagi mensaspenkan. Sikit² eh alamak...jangan la ternampak...alamak...abis la...alamak cian dia...brape banyak alamak daa...hehe

Secara ringkas citer ni mengisahkan ada 2 komplot jahat. Satu aktiviti cetak wang pelesu dan satu lagi rencana mau kasik jahanamkan Negara Nipon melalui internet. Pihak polisi mau membenteras rencana tidak sihat tersebut. Tera la iteww orang mauk kasik destroy negara Jepun melalui internet saja. Pada dia Jepun sebuah negara yang sangat aman. Makanya dia mau kasik huru hara sket.

Iteww actor kesayangan hamba dia bawak watak polisi kemdian jadi sepai polisi lak. Dia jadik polis sebab nak cari pembunuh ayahnya yg dibunuh depan mata dia sewaktu dia kecik. Banyak twist lam ini drama. Dia saspek A yg bunuh ayah dia tapi rupanya B yang bunuh. Dia tangkap cintan sama heroin yg kelihatan boleh dipercayai tetapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ini heroin adalah disebaliknya. Apa ada disebaliknya...kena tonton sendirik. Mek suka kasik u ols saspen *gelak ala Fifi Monster* Setiap citer ada kaitan dari mula hingga awal. Tambah saspen bila mana data peribadi hero sebagai polis telah digodam dan didelete oleh heroin. Makanya indentiti hero selepas itu ada lah sebagai kriminal yang carik² polisi. Saya sangat simpati kok. Waduh :P

Citer ni melibatkan 2 negara Korea dan Jepun. Kejap lari ke Jepun pas tu balik Korea semula. Ala industa pon ada haha.

Yang klakar hero cakap Jepun, heroin cakap Korea. Saling tak paham satu sama lain. Tapi saya paham sebab saya ada ini buku...hahaha...jangan mare








tipu purak purak sukak 

'ooo kau bunuh bapak aku yach? siap ko...siap la untuk mati...'


'selamat tinggal sobat aku...aku akan mati sat lagi...'


'bertindak ikut arahan yach...biar watashi masuk dulu...kalu ada bunyi peng peng lekas lari masuk nyelamatkan watashi' (err benornya nak close up kat taik lalat tu ekekeke...sempat lagik tu kira taik lalat...)


Makanya bersegera la menonton ini citer yach. Kalau saya suka, anda juga boleh suka. Hehe. Arigatok.

Friday, February 03, 2006

JDrama : Shotgun Marriage (2001)


Konichiwak :)

Selamat kembali bekeje bagi yang dah naik keje. Amacam jem kat hiway? Ada panjang? Huhu

Cuti bebaru ni saya berkesempatan menonton satu drama Jepun yang tangkap touching punya. Tatau la citer ni penah tayang kat tv atau tak. Mungkin u ols ada yg dah lama tengok. Dah basi. Tak pe. Akan ku selo² mamfanatikkan diri ngn drama Jepun laks hehe. Sebelum ni tak penah amek pot sangat pasal drama Jepun. La ni nak cuba berjinak² kembali tengok disebabkan citer ni. Aku main beli je citer ni sebab mau beralih angin sebentar dari drama Korea. Drama ni jadik pilihan sebab gambo hero kat cover kulit dia begitu menawan hati haha. Dan tanpa syak wasangka hero ni salah seorang yang veri derr pames dan esmem menarik tertarik dia mmg da-boom di Jepun *ohh asmaradana*:P Ternyata instinct ku mengena sasaran.

Drama terbaru beliau berjudul Rondo bersama Korean actress Choi Ji Woo iteww heroin Winter sonata jugak. Asmaradana lagik...I tell yewww tak sabar nye nak tengok iteww citer hehe

judul kat cover shotgun love

Synopsis :

Hirosue Ryoko stars as Chiyo, 20, a department store clerk, whose first encounter with Ryunosuke (Takenouchi Yutaka), 30, a carefree bachelor friend of her sister's, leads to a pregnancy. Although of different worlds, they fell in love but Chiyo's father doesn't want these youngsters to get married. After eight months of struggles and growing up, they finally accepted each other as partner.


Tadaaaa....perkenalkan hero...ada cam Farid Kamil sket ek

Citer ni kisah pasal mengandung sebelum nikah (hmm) Ekceli kisah 3 couples. Tapi kita fokus pada couple watak utama. Awal citer macam kurengg sket pon ada. Hero dan heroin berjumpa buat kali pertama masa pi holiday kat sebuah pulau main² mata senggol² bahu berpelokan dan nak dijadikan citer heroin pon termengandung la (alahai veri the sonangnyo pompuan ni machiem) Bila hero dapat tau heroin peknen maka dia pon nak bertanggungjawab (mungkin dia dah bersedia jadik bapak) dan cuba nak suka kat pompuan tu sebab mereka kena gak berkahwin untuk kebahagiaan anak depa di masa depan disamping member² pun cucuk jarom suh kawin sebab lelaki pun dah layak kawin. Bila inform kat famili pompuan apa lagi bapak heroin amarah yg teramats dan dalam masa yang sama kuciwa sebab tak sangka anak bongsu kesayangan dia yang ditatang bagai minyak yg penuh telah menconteng arang kat muka dia ngn urup 'X' (ala² sumpahan org minyak :D) Ekceli heroin nak rahsiakan dari famili dia tapi hero rasa tak sedap hati nak menipu maka dia pon berterus terang.
Heroin Ryoko Hirosue...bersora halus yg mulus :P

Hero bagaimana pon bilang sama heroin, dia takkan berkahwin selagi bapak heroin, yg ada 2-3 pedang samurai bersetuju depa berkahwin.

Heroin cakap ngn hero 'Ko tak kenal bapak aku. Dia garang keras ati dan takkan bersetuju punyaaa. Kita kawin jek dulu lepas tu baru mintak restu. Watashi pun sudah tangkap chentar sama ko' *Oh Amran*

Hero plak kata 'Tak pe kita berusaha amek hati dia hingga sakses. Watashi tanak jadik cam Rahul & Anjeli kawin dulu baru inpom bapak. Nanti kena usir dari umah. Mana kita nak pi. Kita dah la buat salah. Takkan berterusan nak buat salah. Minta ampun ngn dia dulu. Takkan lari gunung di kejar wahai Azizah ku'

Nota sipi : Dialog di atas rekaan semata² ikot suka hati penulis dengan mengambil kira jalan citer drama tersebut. Sipi² nak sama lah muahahaha

Ye la bapak mana yang nak setuju anak pompuan kesayangan dia kawen ngn lelaki yang baru dikenali. Tah dari mana asal usul keje apa anak sapa etc etc Lain la kalu laki tu 'billionaire' atau ada kedai jual motokar mewah. Dapat gak kawen naik Ferari nnti :P However bapak Chiyo menjalankan spy sendiri nak pastikan samada hero layak dibuat menantu atau hantu. *kasehnyaaa ayah sanggupkah berpisah...*

Chiyo : 'Weh Amran ko nak pi mana tu?'

Amran (bukan nama sebanar):'Bapak ko amek pedang tu jum kita larik slamatkan dirik'

Pelbagai halangan yang mereka tempuhi sebelum dapat berkahwin. Halangan terakhir si hero dapat offer kerja bagus dengan syarat kena menetap diluar Jepun selama setahun dan tarikh dia kena pergi bersamaan dengan tarikh heroin dijangka bersalin. Dia terpaksa membuat pilihan dengan sukar sbb kedua²nya dia sayang, kerjaya dan heroin. Akhirnya heroin mengalah, takmo ikat hero dengan perkahwinan dan benarkan hero pergi mengejar impian yang selama ini dia impikan. Pergi la ke mana saja hero nak pi. (Depa tak kawin lagi. Lepas heroin bersalin baru depa kawin)

Tangkap leleh ini crita bcoz of de acting hero ngn heroin. Rekemen tengok sapa yg lom tengok. Tengok hero dia aisemen leh tak lena tido haha However ada kedapatan scenario yang tak brapa nak kena. Kok ye pong nak wat citer org pregnant kasik la nmpak real. Ni dah masuk 5 bulan peknen perut tak nmpak beso. Siap leh lari² lagik haha. Ampess. Suara heroin yg cute iteww lak cam doremon yek yek yek haha. Patut ler depa kat sini alih bahse wat suara doremon halus² :P Keseluruhannya saya amat berpuas ati malah lebih dari iteww.

Moral of the stori : Anak adalah harta benda dan pembawak rezeki kepada pasangan ibu bapa. Terima rezeki yg Tuhan bagi dengan rasa bersyukur. Dalam citer ni 'rezeki' bermaksud anak. Hero pada awal nya tak nampak semua tu. Pada dia anak bila² dia leh jengok tengok bila dia free tapi offer kerjaya yg bagus tak selalu datang. Ternyata pemahaman dia silap. 

Sekian saja coretan saya *sambil ngeliat senang diri *

(Peringatan : Awal jalan citer ni bertentangan dengan budaya kita, maka jangan tiru aksi tersebut yach. Pelihara kehormatan diri, hiasi peribadi, ikut jalan yang halal dan diredhai) :)