Friday, February 03, 2006

JDrama : Shotgun Marriage (2001)


Konichiwak :)

Selamat kembali bekeje bagi yang dah naik keje. Amacam jem kat hiway? Ada panjang? Huhu

Cuti bebaru ni saya berkesempatan menonton satu drama Jepun yang tangkap touching punya. Tatau la citer ni penah tayang kat tv atau tak. Mungkin u ols ada yg dah lama tengok. Dah basi. Tak pe. Akan ku selo² mamfanatikkan diri ngn drama Jepun laks hehe. Sebelum ni tak penah amek pot sangat pasal drama Jepun. La ni nak cuba berjinak² kembali tengok disebabkan citer ni. Aku main beli je citer ni sebab mau beralih angin sebentar dari drama Korea. Drama ni jadik pilihan sebab gambo hero kat cover kulit dia begitu menawan hati haha. Dan tanpa syak wasangka hero ni salah seorang yang veri derr pames dan esmem menarik tertarik dia mmg da-boom di Jepun *ohh asmaradana*:P Ternyata instinct ku mengena sasaran.

Drama terbaru beliau berjudul Rondo bersama Korean actress Choi Ji Woo iteww heroin Winter sonata jugak. Asmaradana lagik...I tell yewww tak sabar nye nak tengok iteww citer hehe

judul kat cover shotgun love

Synopsis :

Hirosue Ryoko stars as Chiyo, 20, a department store clerk, whose first encounter with Ryunosuke (Takenouchi Yutaka), 30, a carefree bachelor friend of her sister's, leads to a pregnancy. Although of different worlds, they fell in love but Chiyo's father doesn't want these youngsters to get married. After eight months of struggles and growing up, they finally accepted each other as partner.


Tadaaaa....perkenalkan hero...ada cam Farid Kamil sket ek

Citer ni kisah pasal mengandung sebelum nikah (hmm) Ekceli kisah 3 couples. Tapi kita fokus pada couple watak utama. Awal citer macam kurengg sket pon ada. Hero dan heroin berjumpa buat kali pertama masa pi holiday kat sebuah pulau main² mata senggol² bahu berpelokan dan nak dijadikan citer heroin pon termengandung la (alahai veri the sonangnyo pompuan ni machiem) Bila hero dapat tau heroin peknen maka dia pon nak bertanggungjawab (mungkin dia dah bersedia jadik bapak) dan cuba nak suka kat pompuan tu sebab mereka kena gak berkahwin untuk kebahagiaan anak depa di masa depan disamping member² pun cucuk jarom suh kawin sebab lelaki pun dah layak kawin. Bila inform kat famili pompuan apa lagi bapak heroin amarah yg teramats dan dalam masa yang sama kuciwa sebab tak sangka anak bongsu kesayangan dia yang ditatang bagai minyak yg penuh telah menconteng arang kat muka dia ngn urup 'X' (ala² sumpahan org minyak :D) Ekceli heroin nak rahsiakan dari famili dia tapi hero rasa tak sedap hati nak menipu maka dia pon berterus terang.
Heroin Ryoko Hirosue...bersora halus yg mulus :P

Hero bagaimana pon bilang sama heroin, dia takkan berkahwin selagi bapak heroin, yg ada 2-3 pedang samurai bersetuju depa berkahwin.

Heroin cakap ngn hero 'Ko tak kenal bapak aku. Dia garang keras ati dan takkan bersetuju punyaaa. Kita kawin jek dulu lepas tu baru mintak restu. Watashi pun sudah tangkap chentar sama ko' *Oh Amran*

Hero plak kata 'Tak pe kita berusaha amek hati dia hingga sakses. Watashi tanak jadik cam Rahul & Anjeli kawin dulu baru inpom bapak. Nanti kena usir dari umah. Mana kita nak pi. Kita dah la buat salah. Takkan berterusan nak buat salah. Minta ampun ngn dia dulu. Takkan lari gunung di kejar wahai Azizah ku'

Nota sipi : Dialog di atas rekaan semata² ikot suka hati penulis dengan mengambil kira jalan citer drama tersebut. Sipi² nak sama lah muahahaha

Ye la bapak mana yang nak setuju anak pompuan kesayangan dia kawen ngn lelaki yang baru dikenali. Tah dari mana asal usul keje apa anak sapa etc etc Lain la kalu laki tu 'billionaire' atau ada kedai jual motokar mewah. Dapat gak kawen naik Ferari nnti :P However bapak Chiyo menjalankan spy sendiri nak pastikan samada hero layak dibuat menantu atau hantu. *kasehnyaaa ayah sanggupkah berpisah...*

Chiyo : 'Weh Amran ko nak pi mana tu?'

Amran (bukan nama sebanar):'Bapak ko amek pedang tu jum kita larik slamatkan dirik'

Pelbagai halangan yang mereka tempuhi sebelum dapat berkahwin. Halangan terakhir si hero dapat offer kerja bagus dengan syarat kena menetap diluar Jepun selama setahun dan tarikh dia kena pergi bersamaan dengan tarikh heroin dijangka bersalin. Dia terpaksa membuat pilihan dengan sukar sbb kedua²nya dia sayang, kerjaya dan heroin. Akhirnya heroin mengalah, takmo ikat hero dengan perkahwinan dan benarkan hero pergi mengejar impian yang selama ini dia impikan. Pergi la ke mana saja hero nak pi. (Depa tak kawin lagi. Lepas heroin bersalin baru depa kawin)

Tangkap leleh ini crita bcoz of de acting hero ngn heroin. Rekemen tengok sapa yg lom tengok. Tengok hero dia aisemen leh tak lena tido haha However ada kedapatan scenario yang tak brapa nak kena. Kok ye pong nak wat citer org pregnant kasik la nmpak real. Ni dah masuk 5 bulan peknen perut tak nmpak beso. Siap leh lari² lagik haha. Ampess. Suara heroin yg cute iteww lak cam doremon yek yek yek haha. Patut ler depa kat sini alih bahse wat suara doremon halus² :P Keseluruhannya saya amat berpuas ati malah lebih dari iteww.

Moral of the stori : Anak adalah harta benda dan pembawak rezeki kepada pasangan ibu bapa. Terima rezeki yg Tuhan bagi dengan rasa bersyukur. Dalam citer ni 'rezeki' bermaksud anak. Hero pada awal nya tak nampak semua tu. Pada dia anak bila² dia leh jengok tengok bila dia free tapi offer kerjaya yg bagus tak selalu datang. Ternyata pemahaman dia silap. 

Sekian saja coretan saya *sambil ngeliat senang diri *

(Peringatan : Awal jalan citer ni bertentangan dengan budaya kita, maka jangan tiru aksi tersebut yach. Pelihara kehormatan diri, hiasi peribadi, ikut jalan yang halal dan diredhai) :)

No comments: