Saturday, February 04, 2006

Filem : Di Ambang Misteri (2004)





Sinopsis
Citer mengisahkan kejadian² aneh berlaku di sebuah pulau yang indah dengan flora dan fauna bernama Pulau Indah Kayangan dan pulau tersebut dikatakan berpuaka. Pengacara rancangan tv Sains dan Fiksyen', Natasha (Elaine Daly) telah diarah menyiasat kejadian aneh yg berlaku dipulau tersebut bersama rakan sekerja Adam (Tony Eusoff) dan Dino (Raja Azrey). Pulau tersebut didiami oleh orang asli dan penduduk tempatan yg hidup dengan aman damai dan tidak pernah diterokai sehingga satu syarikat Dragon Cooperation bercadang nak membangunkan pulau tersebut menjadi sebuah pusat pelancongan. Sejak itu pelbagai kejadian aneh dan ngeri berlaku bila mana beberapa pekerja Dragon Co-operation mati dibunuh.

Ketibaan Natasha ngn the geng disambut oleh Coke (Zamarul Hisham). Coke selaku tourist guide telah membawa mereka ke beberapa tempat dimana kejadian kematian tersebut berlaku. Kedatangan Natasha and the geng juga telah menimbulkan kemarahan org asli di pulau tersebut yang mana mereka dituduh mengacau semangat hutan.

Semasa penyiasatan dilakukan, Natasha, Adam dan Dino sama² mengalami kejadian luar biasa yg tak dapat mereka nak jelaskan seperti termimpikan 'hantu perempuan'. Ini mengukuhkan lagi kepercayaan mereka bahawa pulau tersebut berpuaka.

Natasha mendapat tahu Coke bukan la penduduk tempatan seperti yg diakui oleh Coke. Coke juga baru saja menetap dipulau tersebut. Natasha juga dapat tahu lagi (brape byk tahu daa) bahawa rakan karib Coke juga mangsa pembunuhan di pulau tersebut. Mengapa Coke sembunyikan hal yang sebenar dari Natasha? Apakah misteri yang terselindung di sebalik kejadian² aneh itu? Dan siapakah Coke?

Lakonan : Zamarul Hisham, Elaine Daly, Tony Yusof, Raja Azri, Kuswadinata, Hussein Abu Hassan, Melissa Saila

Pengarah : Silver

(Sinopsis panjang berjela ni dipetik dari blakang kulit vcd dan telah diedit serba sikit dgn syarat tidak memesongkan sinopsis asal oleh penulis bagi u ols mudah paham hehe) *fuhh *

Aku agaklah pilem ni ramai tak tahu sebelum Zamarul Hisham dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-18 tahun 2005 yang mana mengalahkan 3 watak Rosyam Noor dalam Gengster. Sorang lagi calon tak ingat sapa sebab besa finalis ada 3 calon saja kalu tak silap. Aku pun tau citer ni gitu² je. Tup tup menang actor terbaik. Seprais!! Seprais!!!

Kalau tanya aku, aku ok je dia menang sebab pada aku keseluruhan lakonan dia bagus (sebelum tengok citer ni) Lepas tengok citer ni garok pala jap. Cemana dia leh menang best actor ek. Biasa je aku tengok. Adakah kerana kelebihan beliau berbahasa org asli dlm beberapa adegan hehe. Tapi dalam The Making citer ni Zamarul ada cakap watak ni susah sebab dia memerlukan emosi dalaman yang kuat sebab Coke sangat marah dan geram bila kawan baik dia dibunuh. Recall balik undo balik pala otak. *tet tet klik button undo* Dibunuh sebab menghalang penebangan hutan secara membabi buta. Kijam derang ni tau nak kaut RM je.

*tet tet tot trottt* Selebih nya u ols kena tengok sendiri yach ini citer hehe. However aku suka jalan citer dia yang mana Coke membalas dendam atas kematian kawan baik dia dan membunuh para pekerja Dragon Co-operation tu sebab dia sangat sayangkan hutan belantara dan tumbuhan hijau. Grin Pis macam mak aku heheh Dan cam besa kedapatan beberapa adegan yang tak masuk akal. Kagum ngn ilmu Coke yang leh cipta ubat yg buat orang khayal nampak antu. Then pegang patung burung lam utan leh nampak perempuan mengandung kena ikat kat kayu cam Mahsuri. Siapakah perempuan iteww? Apa kaitan dia ngn patung burung tersebut? Perempuan tu siap bersumpah ala² Mahsuri 'Aku sumpah...aku sumpah korang takkan selamat patblas keturunan...bla bla bla dan mengilai. Dan tak pasti pompuan tu mati atau tak. Sungguh diambang misteri.

Watak Raja Azrey aku suka. Berjaya cetuskan mood lawak dan aku rasa dia boleh menjadi pelakon yang bagus jika dibagi peluang lagi dan lagik dalam filem. Sokmo blakon drama je dia ni. Tony pon okke. Elaine pon okke la. Teknik kemra dia menarik. Adegan Zamarul merokok saja ada 9 yach...haha. Aku terkira sebab bila dia tak de dialog tatau nak buat pe dia akan hisap rokok. Kuat merokok mamat ni. Dan aku ternotis dialog ni diucapkan oleh Natasha kedengaran janggal sket bagi aku, lebih kurang cam ni 'Kalau ko tak nak berpisah dengan isteri ko tak pe tapi jangan ganggu aku lagi. Jangan rugikan masa aku' . Tak de pape cuma tak biasa dengar orang cakap 'rugi masa'. Biasanyakan orang cakap 'buang masa' hehe

Pape pon tahniah buat Zamarul Hisham. Mungkin dia menepati kriteria yg diperlukan juri. Kalau tak puas ati next time kita sajes pilih actor terbaik guna sms huhu

Akhir kata "Jangan biarkan hidup anda terambang² dengan misteri. Dengar lah lagu Di Ambang Wati utk mengurangkan misteri anda ":D

Kredit gambar : www.filemkita.com

No comments: