Tuesday, August 22, 2006

Filem : Kabhi Alvida Naa Kehna (2006)


never say goodbye

Pengarah : Karan Johar
Pelakon : Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, Abishek Bachan, Priety Zinta, Rani Mukerji
Gubahan lagu : Shankar Ehsan Loy
Kemuncolan spesel lam citer : Arjun Rampal taste..ahakss
Kemuncolan spesel lam lagu : Kajol dan John Abraham



Ini citer mengenai somi dan isteri yang curang dengan pasangan masing² dan jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal sebab anda pasti akan berjumpa semula di lain tahun dengan perasaan yg lain...hehe

Moral yang ingin ditunjukkan dalam citer ni ialah walaupun anda dah berkahwin tak semestinya pasangan anda ialah 'soulmate' anda sehidup semati. Anda berhak mencari pasangan lain (walaupun kepunyaan orang lain) yang memenuhi citarasa anda hingga anda benar² yakin, pasti dan puas hati. Perkahwinan hanya merupakan perkara yang main². Akad nikah pon tiada ertinya. Tak kisahlah rampas pon rampas la hak milik orang. Janji diri sendiri puas hati.

(kalu nak kira puas hati sampai kojol pon manusia takkan puas hati punya...kan?)

Tagline citer ni 'mencari kebahagiannya sendiri dengan melukakan hati orang lain'

 
Shah Rukh Khan kawin sama Preity Zinta dan ada sorang anak yg cute manakala Rani Mukerji kawin sama Abishek Bachan belom ada anak. Mana mungkin punya anak kerna Rani begitu dingin dengan sominya yg sangat sayang padanya. Mungkin pada Rani sominya bukan 'soulmate' nye maka dia nngak bisa menyerahkan tubuh nye...hehe

Kemdian intermission lepas 3 tahun Shah Rukh Khan dan Rani bertemu kembali secara tak sengaja, memasing kesunyian lantas menjalin hubungan hingga mereka bercerai dengan pasangan memasing dan kemdian membawa haluan memasing. Ending dia mungkin ada yg suka dan mungkin ada yg tak suka. Mungkin pengarah dia bias pada hero dan heroin nya maka dibuatnya ending begitu...hehehe





Shah Rukh Khan sebagai Dev, seorang pemain bola sepak yang berjaya. Perasan ala² David Becham sebab pake jersi no.7 peh tu kat tangan ada tatu perkataan 'victory' hiks. Kemdian dia tempang sebab insiden keta langgar dia. Maka tak dapat la dia main bola sepak seumur hidup dia. Maka bermula la riwayat hidup dia sebagai somi yang gagal dan tak dapat menyara famili dia sepenuhnya. Lepas tu dia keje jadik jurulatih tim bola anak dia, hantar dan amek anak dia dari sekolah setiap hari. Anak dia minat muzik men biola tapi dia suruh gak anak dia minat bola *cekgu suka main bola...hari² cekgu main bola*
 
Preity Zinta sebagai Rhea, seorang model majalah di sebuah syarikat majalah yang ngetop di US. Dia selalu sibuk. Masa dia banyak habis kat opis tapi dalam masa yang sama dia tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri. Tarikh² penting dalam perkahwinan dia seme dia ingat. Batas² sebagai seorang isteri pon dia jaga. Dia terpaksa keje keras sebab nak menyara keluarga sebab somi dia tiada pekerjaan tetap.

Rani Mukerji sebagai Maya, seorang...err dia ni keje pe ek? Sat ingat balik. Keje dia ada kaitan ngn budak² la kalu tak silap. Seorang yang lemah lembut, suka kemas umah dan utamakan konsep 'berbincang' dalam kehidupan rumahtangga. Ada pape masalah duduk bersemuka bersama di ruang tamu dan diskas untuk menyelesaikan masalah.

Abishek Bachan sebagai Rishi, seorang ahli perniagaan. Sangat sayang akan isterinya dan mungkin peel dia ala manja kebudakan yg buat bini dia curang. Tang ni saya tak paham kenapa si isteri tu curang. Kalu laki ko tu kaki pukul ke, kaki dera ke, malas keje ke, samseng ke, penyamun yang di kehendaki polis ke, mungkin alasan² tersebut boleh diterima utk dia berminat kat laki lain dan mengadakan hubungan. Tang ni saya simpati sama somi tersebut.

'Kamu telah tidur sama dia? Apa rasanya? Kamu sukakan?' *sambil picahkan pasu² bunga lam umah* Antara kata² Rishi yang naik hantu bila isteri dia bertindak berterus terang mengenai hubungan sulit nya itoo.

Tang ni pon saya tak paham kenapa Dev dan Maya mau berterus terang. Muahaha banyak noo tak paham. Saya rasa lebih baik bohong untuk keharmonian rumah tangga memasing dengan syarat dah tobat nasuha tammo berhubungan sulit lagi. Mana de pasangan yang jujur sangat lam doniya ni, ye tak? Seme orang ada buat silap. Melainkan pasangan yg berhubungan sulit tersebut memang mahu bercerai dan hidup bersama. Atau pun berterus terang dan mengaku kesalahan selepas beberapa tahun. Kalau tanya saya, saya lebih pada cuba menyelamatkan perkahwinan dulu.

Selanjutnya tengok la sendiri. Nak komen lelebih pon tak reti. Ini hanya pandangan teori saya saja hehe Yang pasti citer ni memang lain dr pilem² arahan Karan Johar sebelum ni spt Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gham (Kal Ho Na Ho dia tak mengarah cuma terbit) Karan kata ini sebuah citer yang emosional. Ya bener kok emosional.

Tapi citer ni saya rasa kurang seswai utk tontonan bebudak lom abis skola menonton sendirian.

Lelagu gubahan Shankar Ehsan Loy yg saya kira kurennggg kali ini sebab tak de satu lagu pun dapat melekat lam pala otak dengar kali pertama. Kalu dengar banyak kali of kos la jadik sedap. Yang lagi satu buat tak best sebab tak de suara latar Udit Narayan huhuhu. Siapa kah Udit Narayan? Yang layan lagu industan dia tau la sapa hehehe. Saya paling suka suara dia lah kalu playback singer.

Ala² lagu lam Kal Ho Naa Ho pon ada. Kalau lam citer KHNH ada lagu berentak disco, kali ni berunsur rock and roll. Yang paling penting Stadium Bukit Jalil ada enterprem lam sebuah lagu. Kalu anda tak penah jejak kaki ke stadium itu mungkin tak perasan. Sungguh indah la kelihatan iteww stadium.

Citer² Karan Johar musti mengandungi 4 patah perkataan dan bermula dengan hurup 'K' yach sebab katanya itu fengshui dan pelaris baik utk pilem² dia. Kata tukang tilik dia la dan juga kata Karan dalam rancangan Koffee with Karan.

Gosip 'seswatuh' pernah berbunyik 'Di mana ada Karan Johar di situ ada Shah Rukh Khan' kui kui kui


Review in English

 

1 comment:

Unknown said...

Saya mmg perasan stadium bukit jalil tiap kali tgk movie ni.. hehehe.. mmg cantik stadium bj dlm mv lagu tu kan.