Sunday, December 12, 2004

Filem : Veer-Zaara (2004)



Hahaha...nak ribiu citer ni plak. Kalau hero dia Shah Rukh Khan (SRK) musti mau tengok sebab suka kat dia maaa. Tarak ensem tapi sweet jugak ada. Lagi satu dia tarak bulu di dadanya yg bidang hahaha. Seme citer dia saya tengok jua. Citer2 industan la ni banyak yg hampeh, buang masa tengok tapi kalau hero Sarok Kan musti mau tengok. Almaklum la hero no.1 Bollywood. Psssstttt...konsert dia tahun 1999 aku pi tau kat Stadium Shah Alam. Mao tengok dia live la kunun. Sib baik tak panjat pagar mau naik stage 'peluk' sama dia masa sesi sama peminat..hahaha Tapi masa tu lom ada kemra digital sayang skali.


Veer-Zaara adalah nama org yach bukan nya perkataan dlm bahse Urdu mahupun Hindi. Veer nama hero, dan Zaara adalah heroin yg dipegang oleh Preity Zinta. Citer arahan pengarah terkenal di Bollywood yak itu Yash Chopra. Dia ni kalu bikin pilem musti box-opis sebab dia bukan pengarah yg main tangkap muat 1 tahun nak keluarkan 5 pilem. Lepas tu seme citer mcm haram *tuuuttt* ;) 


Citer2 arahan beliau seme citer mesti tonton. Antara citer arahan dan produksi beliau yg hit ialah Dil To Pagal Hai, Dilwale Dulhaniya Lejange, Mohabattein...seme lakonan SRK (sbb SRK aktor peberet dia) dan lain-lain citer yg kluar zaman mak ngn ayah aku memuda, atau pon zaman Kak Aidid deting dedolu ngn Abg Is kot...hahaha 


Filem ni pasal kisah cinta...besa la industan kan. Kisah cinta yg tak kesampaian disebabkan perbezaan agama dan negara. Chentar depa kesampaian bila memasing dah tua kerepot. Squadron leader Veer Pratap Singh, agama Hindu dan org India seorg pegawai Tentera Udara India manakala Zaara Hayat Khan beragama Islam dari Pakistan, sorg err...penganggur kot :P Suda chentar-chentar pas tu family pompuan tak suka sebab appa Zaara nak kawenkan Zaara ngn anak kawan dia yg sesama ahli politik. Pas tu tunang Zaara, org jahat la ni suda ugut Veer supaya tukar nama dan mengaku bhwsa nye dia lah penjenayah yg dicari2 oleh polis selama ini kemudian musti lupakan Zaara. 

Disebabkan nak Zaara bahgia Veer pon berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itu la kaseh mesreeeeee sejati dan muliaaaaa. Pas tu Veer dikatakan purak2 mati, berita kematian kuo suatkabor supaya Zaara dapat tau. Van eksiden jatuh gaung, dlm tu ada IC Veer. Sebenarnya Veer masuk penjara kat Pakistan selama 22 taun. 


Pas 22 tahun kemdian datang seorg peguam nak baru lepas grad iaitu Rani Mukerji memegang watak Saamiya Siddiqui, seorg Muslim. Dia nak bukak balik kes Veer Pratap Singh ni sebab dia rasa Veer ni tak bersalah. Ni kes pertama dia. Dia nak bebaskan Veer dan hantar balik ke negara asal Veer. Lawan lak ngn best lawyer yg ada kat Pakistan yg mewakili Kerajaan Pakistan. *...bukan sedikit...negara yg beta pertaruhkan* hehehe

Maka di sini la berlaku nya intermission. Nak tahu bagaimana kesudahan dia tengok la citer ni yach. Lagu-lagu dlm citer ni bagi aku bole la. Pengarah muzik dia pon tak bape nak kenal.

Antara scene yg aku suka bila mana mak Zaara ni merayu kat Veer supaya 'pulangkan' balik anak dia sebab tak mao bagi famili belah pompuan tanggung malu. Pastu Veer dgn muka kiyut sambil sedey kata...'seorg ibu tak perlu merayu..hanya bagi arahan..anak akan buat'...hmmmmm *dan dan teringat kat cik nai* 

Anda jua bole ke laman web ni utk maklumat yg lebih jitu pasal ini pilem http://www1.yashrajfilms.com

Filem ni menang kategori Best Film dalam filamfare award ke 50 

No comments: