Sunday, December 05, 2004

Rombongan ke Jengka 17 Pahang



Satu rombongan Cik Kiah ke Jengka 17 Pahang telah diadakan pada hari Sabtu 4hb Disember yg lepas. Rombongan bertujuan menghadiri satu majlis perkahwinan seorang sahabat cyber PFS yg baru sahaja menamatkan zaman bujangnya. Maka segala persiapan dan rancangan telah diatur bagi menjayakan rombongan tersebut. Bermula dengan diskusi pembelian hadiah kawen, pengutipan duit hadiah, perlantikan sapa yang ditugaskan membeli hadiah, berapa orang yang hendak pergi, persiapan bekpes sblm pergi, tempat untuk berpiknik dan lain-lain lagi. Kami memang gemar begini setiap kali ada apa-apa majlis sebab adanya kak nam, bang nam, kak juh dan macam-macam 'kak' yg ada dalam kumpulan kami ini hehe. Tanpa 'kak-kak dan bang' tu semua rancangan tak kan berjaya :P Terima kasih semua.

Mihun goreng sedap Kak Aidid, ada udang besar juga sotong ehsan sorang rakan mlm sebelum tu. Tq for the udangs and sotongs.

Sebelum bertolak ke Jengka, kami berkumpul di stesen petrol Projet Gombak untuk bersarapan berjemaah. Kami boleh memilih untuk makan sarapan segera di Projet yg serba selesa juga berekon tapi kami memilih lokasi di tepi longkang utk bersantai sambil memakan masakan yg di masak oleh rakan-rakan terasa lebih nikmatnya dan lebih mesreee rasanya*mesreeee* hehe.



Antara sarapan yg di sediakan ialah mihun goreng sedap ada udang besar oleh Kak Aidid, garlic bread dan mushroom soup oleh Vad, baked bean oleh Ijip, jejemput ikan bilis oleh Tokin, hot-dog dan air F&N grape oleh Ijin dan lain-lain barang yg dibeli oleh tuan nyer tekak masing-masing.

Garlic bread dan mushroom soup dr Vad & family.

Piknik berjemaah


Selesai mengisi perot kami memulakan perjalanan ke Jengka pada jam 10.10 pagi dengan menggunakan 2 buah kereta proton Wira iaitu WGR 363(Vad's) dan JGT 3003(Tokin's) dengan bacaan doa menaiki kenderaan dan doa-doa keselamatan yg lain bagi memastikan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam utk sampai kerumah pengantin. Itu la pertama kali saya lalu lebuhraya Timur tersebut. Sungguh selesa.



Setibanya kami di rumah pengantin, kedua mempelai sedang menikmati juadah kawen bersama rombongan pihak pengantin pompuan kot di dalam rumah. Maka kami pon keluar untuk makan. Selepas makan bersalam-salaman dengan pengantin dan bergamba kenangan.



Lebih kurang jam 1.45ptg kami beransur balik yang mana WGR 363 menuju ke Mersing dan JGT 3003 menuju puncak..eh eh...menuju ke Gombak.



Kepada Zamri a.k.a Yong dan isteri, Ainun Azura Awang, Selamat Pengantin Baru, smoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



Oh ya...Zamri ni penah masuk rancangan Roda Impian tapi malangnya tak menang juara jemaat yang mana hadiahnya merupakan sebuah motokar. Tak pe cuba lagi:)

No comments: