Thursday, December 02, 2004

KDrama : Stairway to Heaven (2003)


I'll follow you wherever the place you may go. Be it heaven.

Aku tengok citer ni kerna hasutan sorang kawan yang sungguh fanatik banget citer-citer Korea. Dah lama dah tak tengok drama Korea pas citer Hotelier kat TV3 sikit masa dulu sebab kepadatan waktu (mengalahkan menteri lak hehe) Kekadang tu tak de masa nak tgk TV, inikan pulak VCD, DVD jauh skali sbb tak de pemainnye. Bila tah mao beli *sambil gosok-gosok mate*

Dari kiri : adek tiri, abang tiri, bapak, mak tiri, heroine, hero

Citer Stairway To Heaven (STH)ni ditayang di 8TV bebaru ni. Silap timing plak sbb tayang bulan posa. Dapat tengok masa awal-awal episod je. Orang kata citer bersiri ni kalau dah follow sket memang tak buleh tinggal. Maka dipendekkan crita aku sewa la VCD ni kat Speedy untuk tahu kesudahan citer ni. Lagi pun aku kurang suka tengok kat tibi nyer versi cakap Mandarin. Bengang tol...pesal tak dikekalkan saja dialog Korea. *tinger kuo asap* Sebelum tu, aku ada pengalaman yang tak dapat aku lupakan pasal menonton citer Korea ni yak itu tak tido 1 mlm sbb nak abiskan 20cd Hotelier arituh jugak bersama 3-4 org lepak umah kawan pas tu tala tgk citer tu. Time solat pause jap, seme solat & buang air, pas tu ngadap tibi balik hahaha. Sib baek tak meletop tibi. Tu la dia penangan citer Korea. (Penangan AF lain lak haha) Moral of the stori setiap rancangan ada penangan masing2 hehehe.

Berbalik pd citer STH ni, aku boleh simpulkan sebagai kisah chentar yang terlampau. Tak larat seh nak tunggu ending. Meleret gilos hehe tapi tengok jugak. Drama Korea memang terkenal dgn kelembapan dan kemeleretannya namun menyentuh sanubari juga boleh menyebabkan air mata penonton mengalir tanpa henti. Kalu anda sorang yang berjiwa sentimental dan jiwang, seswai benor ler nonton citer ni. Satu aku nak puji citer-citer Korea ni ialah lakonan para pelakon yang penuh jiwa, dari watak utama hingga ke pelakon extra hingga aku terpanggil nak mengulas hehehe

Ni ler hero dia, Kwon Sang Woo

Citer ni mengisahkan 2 orang sobat baik (hero dan heroine) yang berkawan dr kecik hingga besar. Dari pada perasaan sbg sorang kawan hingga timbul rasa cinta di antara keduanya. Hero ni anak org kaya ya amatss, setiap kali keluar umah musti ada 6 bodigad yang mengiring dia. Famili dia menjalankan bisnes taman tema. Bapak dah tak de. Tinggal ngn mak dia. Dia baik dgn bodigad dia yg paling senior. Dah anggap mcm bapak dia. Pertama kali menonton lakonan hero ni. Hebat lakonan dia. Tapi banyak beno adegan menangis nye..rimass tengok orang jantan nangis. Tapi dah skrip cam tu tak buleh kata pe la. Dan dia menangis dengan begitu baik sekali hehehe



Heroine, Choi Ji Woo

 
Heroine ni dia mak tak de, dah mati sebab kanser mata. Ayah dia pensyarah pastu kawen ngn pelakon ada 2 org anak laki dan pompuan. Pastu tinggal serumah ngn heroine. Pelakon ni iaitu mak tiri heroine sebenarnya nak kikis reta jek so dia pon umpan anak pompuan dia suh ngorat hero. Makna di sini dia nak kikis reta laki baru dia juga reta haroin tu. Tamak-tamak. Maka mak tiri ni pon jalankan strategi nak bolot harta dan juga nak pisahkan hero dan heroine ni. Di situ la citernye bermula. Mcm mana adik tiri heroine ni membuat cubaan membunuh heroine hingga hilang ingatan, hero pras tertonggeng, abg tiri dia lak ada hati kat heroine...bawak lari heroine. Pas tu heroine ingat balik...pas tu dia di dapati kena kenser mata mcm mak dia jugak. Sedih giler la part ni. Pas tu abg tiri dia berbaik ngn hero, abg tiri kene mati (sukarela bunuh diri) sbb nak derma mata kat heroine sebab kaseh yang begitu mendalam pd heroine. Hero kawen jugak ngn heroine walaupun tau heroine kena kanser...chentar nyer pasal. Hatta, heroine memang dah tak dpt di selamatkan lagi sebab sel kanser dah merebak ke tempat lain...mati jua akhirnya *sob*sob* Tinggal la hero terkontang kanting sorg diri sambil main piano.



Salah satu adegan masa depa nak kawen


Satu perkara potong stim aku masa tengok citer bila mana aku terbayang Erra Fazira bila tengok heroine dia. Kalau drama ni buat versi Malaysia, Erra Fazira calon yang seswai pegang watak heroine ni. Yang potong stimnyer bila ada Erra Fazira sure pengarahnya Prof Madya Razak Mohiden...nehi nehi hahaha. Heroine juga merupakan heroine citer Winter Sonata, Mr.Duke dan A Romantic President(antara citer2 lakonan beliau yang aku dah tengok)


Saat-saat akhir heroine sblm mati


Kalau nak citer bebetol sampai minggu depan pon tak abis. Kesemuanya ada 20cd. Lagu-lagu dari citer ni jugak sedap. Giler nyer bes. Kalu ada penyanyi Mesia nak sadurkan lagu tema dia, amat la aku alu-alukan. Soundtrack dia dah di jual di Speedy. Tunggu masa yang seswai nak sambar hehe. 

Kredit foto :

No comments: