Wednesday, November 14, 2007

Album : Anuar Zain Lelaki Ini



Kejab mau gelak sopan sat...hahahaha. Semalam mimpi Anuar Zen.

Terus niari tulis pasal album terbaru Lelaki Ini yang sedang hangat di Malaya. Seumpana bagai Anuar memberi reminder woi cepat daa ribiu album aku. Mimpi jalan ngan AZ dalam keta. Saya drive dia dok sebelah. Nak pegi mana tah. Nak kata pi beraya, raya dah abis. Nak pi Taman Buaya kots haha. Jalan jalan jalan pastu saya turun kan dia kat satu tempat sebab saya nak isi petrol. Cakap ngn AZ, 'Nuar, kejab ek saya nak pi isi minyak sat' Pastu jalan jalan cari stesen petrol...jalan jalan lapan lagik...pas tu terdengar bunyi tet tet tet tet...terus terjaga sebab alarm subuh berbunyik. Aisehmen kaco daun daa. Sian AZ tinggal sensorang hehehe. Tapi kan apa la salahnya bawak sekali AZ pi isi minyak kan. Mende la jalan citer mimpi. Tu la mainan tido namanya.

Tapi don wori lah saya tidak mengambil pot sangat pasal mimpi. Unless sekiranya saya tido dalam keadaan berwuduk kemudian bermimpi, mungkin mimpi tersebut boleh dipertmbangkan. Bukan mimpi jumpa AZ saja, apa-apa mimpi jugak la. Jadi u ols tak perlu la susah payah mentafsir mimpi tersebut yek. Hehe.

Berbalik pada album Anuar Zain ini, saya beli pada raya keempat bersama album Diddy kat JB. Disebabkan saya ada dapat sedikit bonus, maka saya belanja lah kat Anuar Zain sedikit sebagai tanda menghargai penat lelah dia menghasilkan album yang terbaik buat peminat dia. Setidak-tidaknya meriah la juga industri muzik dengan sesuatu yang baru. Kalu tidak asek la dengar lelagu kitar semula. Lagu lama yang diberi napas baru. Situasi yang agak parah juga. Ketandusan idea.



Saya dengar album ni pertama kali sewaktu dalam perjalanan dari JB-KL pas berhari raya. Banyak lagu-lagu yang membuat saya menguap semasa memandu di lebuhraya. Banyak lagu berentak perlahan dan jiwang. Genre lagu yang ngam ngn vokal Anuar Zain. Hampir kesemua lagu bertemakan kisah cinta. Tiba di Track No. 6 terus segar bijik mata lantas penekanan pedal minyak dikurangkan dan beralih di lorong sebelah kiri (ikut kiri jika tidak memotong) kerana mahu menghayati lagu tersebut. Berulang kali saya putar lagu No.6 ni sebagai teman saya memandu. Dan memang tidak syak dan wasangka lagi, lagu tersebut memang paling gempak di antara kesemua lagu yang ada. Tidak dapat dinafikan lagi. Shabas inspekter sahab. *Tepok tangan*

1. I'm The Lucky One
Komposer & Lirik : Tengku Shafick

Lagu berentak perlahan. Ok gak la lagu ni.

Meski bercinta kadang tidak indah
Tapi tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan
I’m the lucky one
Nikmati cinta
Lebih dari segala

2. Ketulusan Hati

Komposer & Lirik : Numata

Lagu berentak perlahan. Sesuai sebagai muzik latar candle light dinner untuk pasangan kekasih juga suami isteri.

Mencintaimu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati

3. Tinggalkan Aku
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Anuar Zain & Irwan Simanjuntak

Selepas 'hatinya dah tulus', disuruh 'tinggalkan aku' plak. Mesti lepas balik dinner ada gado-gado sket ni. Mungkin si pompuan komplen makanan tidak sedap atau tempat makan tak romantik banyak tikus dan kucing kurap berkeliaran atau sebagai nya etc etc hingga menggurriskan hati si lelaki yang telah bersusah payah pilih tempat dinner yang romantika di amor tetapi tidak dihargai oleh pasangannya.

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi kedalam cerita hidupku ini
Ku bahagia tanpa diri mu
Biar begini adanya aku (karma)
Tanpamu ketemukan sinarnya

4. Kau Bunga Cintaku
Komposer & Lirik : Numata

Lagu berentak rancak.

Lagu ni mengisahkan jejaka yang menunggu cinta dari jejaki tidak tiba-tiba seumpana menanti buah yang tidak gugur

Kau dimana
Kan ku carikan ku dapatkan hangatmu
Lekas cairkan dinginku

Jangan kau hempaskan (hempas apa? pintu kah?)
Takkan ku buat luka lagi
Berikan ku kesempatan bersamamu

Sepatut lagu ni yang kena nyanyi ialah Asraf Sinclair featuring Anuar Zain heheh

5. Tak Lelah
Komposer & Lirik : Tengku Shafick

Lagu slow balik. Agak boring sedikit lagu ni. Susah nak suka.

Sedih tang mesti ku pendam
Rasa yang menjadi hampa
Ku jalani semua
Walau cinta tak berarah

6. Lelaki Ini
Komposer & Lirik : Numata

Lagu yang tidak perlu dikomen panjang lebar lagi. Dari gubahan lagu, muzik, peralatan muzik yang digunakan, suara penyanyi utama, suara penyanyi latar, kesemua nya blend menjadi sebuah lagu yang sangat menarik sehengga meremangkan buls a.s.roma

Kalau ada AF6, kasik time final la lagu ni. Kalau tak nanti tah apa-apa budak tu nyanyi. Tak rela yeww. (Ada ke AF6 ?) Huhu

7. Hanya Milikmu
Komposer & Lirik : Nico Ajie Bandy

Lagu berentak perlahan lagi. Mengantuk gak lagu ni.

Kuhanya milikmu
Coba kau rasa yakinnya hatiku
Meskipun kau tinggalkan
Masih ku milikmu
Mengertikah bila cinta ini
Tak akan pernah sedikit pudar
Selain tuk mu (untuk mu)

8. Bidadari
Komposer & Lirik : Omar K

Lagu ni menceritakan kisah lelaki yang kekasihnya meninggal dunia kot. Saya teka mati.

Tiada air mata
Yang cukup ku titiskan
Terseksa diri ini
Bila kau melangkah pergi

Kiranya dikau kan kembali
Kan ku dakapmu sayang
Agar kau sentiasa di sisi

Dikau bagai mimpi
Bidadari
Yang membawa lari hatiku ini
Engkaulah permata cinta kita
Sayangku kau teramat sempurna

Saya mungkin nak komen sket tang lirik baris terakhir itu yang saya kira kurang sesuai diguna pakai jika ianya dari manusia kepada manusia. Kita pon sedia maklum atas muka bumi ini tiada manusia yang sempurna. Yang teramat sempurna dan paling sempurna hanya Tuhan yang Maha Esa.

Mungkin lirik tu boleh digantikan kepada 'sayangku kau teramat istimewa'

Ini hanya pandangan dan imaginasi saya sewaktu mendengar lagu ini. Saya kira penulis lirik pon ada berimaginasi sendiri semasa menulis lirik. Mungkin pemahaman saya dan penulis lirik itu berbeda.

9. Jangan Pernah Lagi
Komposer & Lirik : Nico Ajie Bandy

Kalau dulu Jangan Bersedih Lagi. Kali ni Jangan Pernah Lagi. Lagu berentak rancak. Macam lagu Permata. Kisah orang kecewa dan sakit hati akibat dicurangi.

Jangan pernah lagi
Ku percaya padamu
Takkan pernah lagi ku percaya padamu
Jangan pernah lagi

10. Teman Terulung
Komposer & Lirik : Azalea

Lagu ni teramat lembab buat pendengaran saya. Tapi lirik dia indah dan puitis sehingga saya mengambil masa yang lama untuk gali, selam dan fahami apa kisah disebalik lagu ni.

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak ingin ku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

Akhir kata, buat penggiat seni tanah air, terima cabaran disekeliling untuk menghasilkan karya yang baik dan bagus. Bukan asek nak komplen tapi hasilnya habuk pon takde. Eh tapi komplen banyak plak idea. Zaman sekarang zaman orang bersaing secara sihat dengan menghasilkan karya dan produk dan persembahan yang baik. Jika pihak pesaing memberikan mutu hasil kerja yang bagus, maka kita hendak menerima cabaran tersebut dengan menggandakan usaha dengan membuat sesuatu yang lagi terbaik supaya hasilnya dapat dieksport sekaligus mempromosi negara sendiri bukan rasa tertekan dan menjauhkan diri dan berhenti berkarya.

Jangan asek nak bersaing kulit pipi sapa paling tegang, hidung plastik sapa lagi mancung, dagu sapa lagi tirus, sapa yang dapat menekel VVIP etc etc tapi hasilnya nan ado pada industri seni tanah air.

Tiru la cara orang Korea bekerja (Korea aje la kan contohnya ihiks) Mereka berlumba-lumba menghasilkan karya yang bagus tanpa menoleh kebelakang. Karya yang boleh dieksport dan produk eksportnya gerenti laris sampai 'pengimport' mereng kejap dibuatnya sebab banyak sangat drama bagus-bagus nak tengok hiks. OST pon best-best belaka.

Sekian. Majula Anuar Zen untuk negara.

No comments: