Tuesday, November 13, 2007

KDrama : Time of Dog and Wolf (2007)



Synopsis

After his mother is brutally murdered by the Triad in Thailand, Soo-hyun (actor Lee Joon-gi) is adopted by NIS agent Kang Joong-ho, and he grows up with Min-ki (actor Chuong Kyung Ho) like brothers. Min-ki and Soo-hyun both become NIS agents later on. One fateful day, Soo-hyun meets Ji-woo (actress Nam Sang-mi) after last seeing her in Thailand when he was a child. They start dating. One day, Soo-hyun ruins a mission when the suppressed memories of the day his mother died surfaces in his mind. NIS Director Jung gives Soo-hyun an undercover assignment to infiltrate the Triad and Soo-hyun takes the job. Soo-hyun fakes his death and assumes a new identity to become a member of the Triad. With his fake identity and new name, he prowls the back alleys of Bangkok...
Total episode : 16


Cast :
Lee Jun Ki , Nam Sang Mi , Jung Kyung Ho

Credit : DramaWiki, Soompi


Agak terseksa juga jiwa raga sewaktu melayan citer ini kerana ianya sebuah drama yang penuh dengan aksi saspen dan debaran. Asal saspen je kan saya akan tekan butang pause kejap pi minum air atau buat stretching ringan bagi mengurangkan debaran. Muahaha. Bukan apa takut sesuatu buruk berlaku pada hero ;p

Ye ye tahu hanya citer rekaan di peti telibisyen ;p

Begitu la kekdah nya aksi jika saya menonton citer aksi saspen. Bertambah saspen jika kita tidak membaca spoiler di mana-mana. Oleh itu bagi anda yang mahu menonton drama ini saya nasihat jangan baca review atau spoiler dulu. Baru la trill tengok. Oleh yang demikian anda boleh lah berhenti membaca setakat ini dahulu dan tengok gegambars hero nye sahaja ye.










********************************


Antara kdrama yang paling saya nak tengok sebab buat pertama kalinya hero nye memegang watak utama disamping imej beliau berlainan dari citer-citer yang sudah ditonton sebelum nya.

Tema citer ni agak berat dan komplikated. Tapi keseluruhan persembahan jalan citer amat menarik. Lepas ni apa akan terjadi, next apa plak, lepas tu apa jadi, lepas ni apa akan berlaku. Begitu la reaksi bila menonton citer ni. Banyak twist-twist nya. Segala andaian yang di teka pada setiap episode juga kurang tepat. Kita menjangka kan perkara ini akan berlaku tetapi sebaliknya. Banyak persoalan juga akan timbul. Bila masa dia menjadi "anjing" dan bila masanya dia jadi "serigala"? Apa pasat dalam banyak-banyak binatang dia pilih nak jadi anjing dan juga serigala? Bukan buaya, harimau bintang kah, singa kah, gajah kah atau beruang? Apa kaitan nya pula dengan "masa "?

Segala persoalan akan terjawab bila anda menonton citer ini dengan penuh konsentrasi. Diakhir episode anda akan temui maksud disebalik tajuk kdrama ini "Time of Dog and Wolf". Tajuk lain dia ada juga "Time Between Dog and Wolf". Judul citer ada kaitan dengan jalan citer. Sebab tu saya mendapati kdrama aksi saspen ini antara yang best ditonton walaupun komplikated di samping dapat melihat Lee Jun Ki dengan beberapa watak.



pejabat NIS...

Pusingan 1
* ting ting ting*

 
Citer ni mengisahkan hero bernama Lee Soo Hyun, berprofession sebagai ejen NIS (National Intelligence Service) selepas kejadian tragis menimpa dia dan ibunya sewaktu mereka menetap di Bangkok. Emak nya telah mati dibunuh mafia sewaktu sedang bertugas di Bangkok. Skop bidang keje NIS ini ialah untuk membenteras jenayah di dalam dan luar negeri. Jadinya bila Soo Hyun berada di dalam NIS mudah lah bagi nya mengetahui senarai penjenayah yang ada dan mudah bagi nya menamatkan dendamnya yang telah terpendam sekian lama. Makanya citer ni berkisar mengenai ajen NIS dan mafia di dalam industri pengedaran dadah antarabangsa. NIS sedang menumpukan perhatian pada sebuah organisasi pengedaran dadah yang terbesar di Asia bernama Cheongbang.

Tujuan utama dan peribadi Soo Hyun menyertai NIS tidak diketahui oleh sesiapa melainkan bapa angkatnya yang juga merupakan seorang pegawai senior dalam NIS. Namun bila emosi dan dendam menguasai diri, tugas rasmi dan peribadi tidak dapat dibezakan lagi. Soo Hyun tidak dapat mengawal emosi dendam nya bila berdepan dengan pembunuh emak nya sewaktu sedang menjalankan misi rasmi NIS yang telah menyebabkan misi tersebut gagal. Ekoran dari kejadian tersebut Soo Hyun telah dipecat dari menjadi ajen NIS.

Tammat la sudah Pusingan 1 Soo Hyun disingkirkan dari NIS.

Pusingan 2

Selepas disingkirkan dari NIS, Ketua Pengarah NIS menawarkan Soo Hyun menjadi 'ejen hitam' atau nama omputeh nya 'black agent' atau nama lain 'undercover'. Demi untuk mencapai impian nya mencari pembunuh emak nya, Soo Hyun dengan rela hati menerima tawaran dan risiko menjadi ‘black ejen’ selepas memikir semasak-masaknya. * saya sudah fikir, saya sudah timbang dan saya sudah halusi *

 
Kesan jangka panjang menjadi seorang 'black agent' sangat berisiko tinggi dan merbahaya kerana hidup dan matinya tidak boleh diketahui orang. Kalau mati pon mati katak la gamak nya. Umpana katak mati digilis motokar. Bangkai nya terbiar begitu saja hingga kering. Tiada sapa yang tahu. Yang ada hanya tanda peringatan tidak bernama di sematkan di batu tugu negara (spt gambarajah di bawah). Hubungan keluarga, sahabat, rakan sepejabat, kekasih, rakan blog (jika ada) juga harus diputuskan jika menjadi black ejen ini selagi misi belom selesai.

Oleh itu Soo Hyun harus menjalani satu transformasi di mana beliau harus bertukar indentity baru yang tidak dikenali orang. Untuk itu Soo Hyun telah 'dimatikan' di dalam suatu kemalangan jalan raya. Cuma 2 orang saja yang tahu Soo Hyun menjadi ejen hitam iaitu Ketua Pengarah NIS dan bapa angkat nya. Orang lain seme meraung di atas 'kematian' Soo Hyun. Mak angkat Soo Hyun, kawan baik nya juga mata air nya meratapi 'pemergian' Soo Hyun dengan hati yang teramat sedih. Sob sob.

Tammat sudah Pusingan 2 di mana Soo Hyun 'mati'



Pusingan 3

Lokasi di Bangkok. 2 tahun telah berlalu. Seorang lelaki persis wajah Soo Hyun muncul. Nama beliau 'Kay'. Hmm macam pernah ku dengar nama ni. Tapi di mana yach? Alkisah, dalam banyak-banyak urup, urup 'K' jugak yang glamer sampai ke Korea muahahaha. Cuma belom ada 'Dato' saja di pangkal nama ;p

Bermula la era Soo Hyun menjadi orang baru bernama 'Kay'. Kehidupan nya kini di kota Bangkok. Bergaul dengan samseng di lorong hitam untuk mendekatkan diri dengan mafia yang dikehendaki. Akhirnya target telah dikenal pasti dan Kay berjaya memasuki kumpulan mafia tersebut sebagai ahli kumpulan sekaligus diangkat menjadi orang kanan ketua mafia yang bernama Mao itu disebabkan satu insiden. Saksikan ya apakah insiden itu.

Setelah perniagaan dadah berjaya di Bangkok, maka pihak pengedar dadah mahu meluaskan lagi perniagaan dadah mereka di negara Asia yang lain. Destinasi seterusnya ialah di Korea. Maka terbang la mereka semua para musuh negara aka pengedar dadah ke Korea. Buat Kay seumpana pulang ke kampong halaman di hari raya. Semasa berada di Korea, Kay mengambil peluang menjengok keluarga dan teman wanita nya dari jauh dengan mood hiba lagi sebak. Sebak kerana dia tidak dapat lagi mendekati orang-orang tersayang dengan jarak dekat kecuali bapak angkatnya. Kay turut mengunjungi pusara Soo Hyun.

Sewaktu di Korea, Kay mempunyai peluang besar untuk menembak Mao tetapi terbantut kerana Kay dapat tahu bahawa Mao ialah bapa kandung teman wanita nya. Kwang kwang kwang. Baru nak angkat pestol dah tak jadik. Berita ini mengejutkan Kay. Konflik menantu dengan bapak mentua plak di sini kekdahnya. Di sudut yang lain pula, oleh kerana Mao seorang mafia berkaliber dan terkenal, saingan mafia nya mahu menghapuskan Mao untuk merampas kuasa. Taktik yang digunakan ialah dengan menculik anak gadis Mao.

Bagi membuat persediaan, Mao telah menyuruh Kay men-bodigad-kan anak gadis nya dari jauh. Dipendekkan citer, dalam Pusingan 3 ini Kay mengalami kemalangan dan hilang ingtan sewaktu mahu menyelamatkan anak gadis Mao dari diculik oleh tim mafia satu lagi. Kwang kwang kwang lagik.

Kalau Kay tidak dihilangkan ingatan, saya kira amat sukar untuk dia melaksanakan misi undercovernya sebab terganggu dengan emosi dan dendam kesumatnya sekaligus nanti memberi curiga pada member yang lain.

Pusingan 4

Kay hilang ingatan. Sekarang Kay tidak ingat bahawa dia merupakan undercover NIS. Di sini Kay menjadi seorang penjenayah yang tulen. *Saya tulen bang* Emosi dan perasaannya tidak lagi bercampur aduk dengan dendam kesumatnya sebab dia dah tak ingat apa ke satu pon. Dia tidak ingat bahawa dia mempunyai keluarga. Sekarang keluarga baru nya ialah Mao dan kuncu-kuncu nya. Dalam peringkat ni bapak angkat Kay mati di hadapan Kay tetapi Kay tidak kenal dia. Situasi yang menyedihkan. Sob sob.



jahanam kau Kay...kau bunuh bapak aku...tunggu tumbukan aku...
oo awak fikir lobang idong awak besar saya takut ke...

Pusingan 5


Pusingan yang amat mendebarkan bercampur sedih.

Kay perolehi ingatannya kembali dengan bantuan Ketua Pengarah NIS. Ketua Pengarah menunjukkan segala file, rakaman video pada Kay untuk bagi Kay ingat semula perkara silam. Pada awalnya agak sukar bagi Kay untuk menerima kenyataan bahawa dia merupakan undercover NIS. Saksikan bagaimana Kay menerima kenyataan tersebut lantas mahu membunuh diri sebab tak tahan dek tekanan.

Sekarang dalam diri Kay ada Kay dan Soo Hyun.

Saspen lagi mensaspenkan.

Bagaimanakah kesudahan nya?

Bagaimana reaksi sahabat baik dan gelpren nya bila dapat tahu Soo Hyun tidak mati?

Bagaimana cara pihak NIS mahu mengeluarkan Soo Hyun dari kancah mafia iteww?

Bagaimana reaksi Mao bila dapat tahu bahawa Kay orang kanan harapan lagi dipercayai telah membelot nya?

Adakah Kay selamat ditangan Mao?

Diminit-minit akhir episode akhir ada berita yang sungguh memeranjatkan. Ini berlaku semasa Kay sedang tembak menembak dengan Mao. Timbul plak kisah jejak kasih di antara bapak Kay dan Mao suatu masa dulu. Mao terkedu mendapat tahu Kay adalah *dot dot dot dot* Jeng jeng jeng apakah itu? Huhu. Anda saksikan sendiri lahh




Lee Joon Ki as Lee Soo Hyun / Kay

Cukup berpuas hati malah lebih dari itu dengan watak beliau pada kali ini. Sapa nak tengok Lee Jun Ki ala macho dan jantan sket tengok la citer ni. Wall paper saya buat masa ni hehe




Nam Sang Mi as Seo Ji Woo

Saya rasa dia ni kurang kimia lah dengan Lee Jun Ki. Dan untuk citer macam ni pon beliau ada kureng sket lah. Saya paling suka dia dalam Bad Family. Dalam Sweet Spy pon dia ok. Komedi mungkin ngam ngn dia. Next looking forward dia bersama Kim Rae Won dalam Gourmet yang akan on air tahun hadapan. Yieeha. Tak sabar.

Sebagai teman wanita Soo Hyun. Mereka berkenalan sejak dari zaman sekolah rendah. Sewaktu kecil mereka berdua menetap dan bersekolah di Bangkok. Kemudian masa memisahkan mereka. Soo Hyun balik Korea bersama keluarga angkat nya, mana kala Ji Woo ikut bapak angkat dia ke tempat lain. Ji Woo mempunyai 2 orang bapak. Sorang baik dan sorang mafia.



Jung Kyung Ho as Kang Min Ki

Sebagai sahabat baik Soo Hyun. Keluarga dia mengambil Soo Hyun menjadi keluarga angkat selepas mak Soo Hyun kena bunuh. Min Ki cemburu sebab bapak dia lebih sayang Soo Hyun dari dia. Juga bekerja sebagai ejen NIS.




Kim Gab Soo as Jung Hak Soo

Dia ni plak Ketua Pengarah NIS yang misteri rumah tua. Watak dia sungguh menimbulkan ke-misteri-an. Samada dia menjadikan Soo Hyun sebagai black agent untuk personal interest dia atau tidak? Salah satu sebab juga nak tahu kesudahan citer ini adalah kerna diaaaa...

Sebab dalam NIS tu nanti ada sorang pembelot yang membocorkan rahsia pada Mao yang membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah itu musuh dalam selimut gunting dalam lipatan yang sebenarnya.



Bapak kepada Soo Hyun dan Min Ki



Encik Mao Narathiwat



Yang ni Encik Byun pengusaha restoren Thai juga selaku informer NIS. Equipment mengintip dia seme canggih-canggih sampai tak logik rasanya hehe Tapi watak dia paling terkesan pada saya dalam ialah citer Miss Kim Million Dollar muhahaha

OST. Pon best.

Last but not least saya akhiri dengan pantun 4 kerat

Dua tiga anjing berlari
Mana nak sama dengan serigala
Kalau anda minat Lee Jun Ki
Jangan lupa menonton drama ini la

Spoiler lite-lite : Watak Soo Hyun ngn Kay ada kaitan dengan sifat anjing dan serigala

No comments: