Sunday, June 10, 2007

KDrama : Witch Yoo Hee (2007)



Synopsis

As the director of her father's advertising company, Ma Yoo Hee (
Han Ga In) is known as a witch for her ruthless, no nonsense character. After a string of failed attempts to hire a housekeeper, she (literally) runs into Chae Moo Ryong (Jae Hee), ex-medical student turned aspiring chef. As a way to work off his debt for crashing into her car, he agrees to become her housekeeper and personal love affairs coach for one month. Gladly, he gives her a makeover that attracts both her old friend Johnny Kruger (Dennis Oh) and her first love Joon Ha (Kim Jeong Hoon). Despite having a girlfriend, Sung Mi (Jun Hye Bin), Moo Ryong eventually finds himself falling for Yoo Hee.Cast : Han Ga In , Jae Hee , Jun Hye Bin , Kim Jeong Hoon , Dennis Oh
Total episode : 16

Credit : DramaWiki,
SBS, BON Fansub

OST
First skali kita cakap mengenai OST dia dulu sebab citer ni yang meletopkan dia ialah OST dia. Banyak lagu best. Lebih dari 4 lagu best. Mana citer yang saya tak de sentuh pasal OST makna nya lagu dia tak berapa mesra telinga atau lagu best cuma ada 1-2 saja. Macam citer Thank You cuma ada 1 lagu best pada pendengaran saya.

Bila dengar OST Witch Yoo Hee rasa macam klon ngn OST My Girl. My Girl ada lagu rap, Witch Yoo Hee pon ada. Mana tak klon sebab pengarah citer ni sama ngn My Girl. Second heroin turut menyumbangkan suara dalam satu lagu berjudul 'If'. So saya percaya u all akan terpikat ngn OST dia.


Jalan cerita
1. 3 lelaki suka pada seorang pompuan

2. Cinta perempuan dihalang oleh bapa nya sendiri tanpa sebab. Rasa bapak dia ni sakit mental gak nya sebab dapat calon menantu dokter pon tanak hahaha

3. Heroin digelar 'witch' oleh staff di pejabat sebab karakter tidak mesra alam dengan staff

4. Heroin mempunyai masalah dalam mencari teman hidup disebabkan karakter dia tadi yang seperti 'witch'. Banyak kali dah pergi blind date dan kesemuanya gagal hingga dia bertemu dengan hero yang meng-make over kan diri nya menjadi seorang wanita anggun, ayu, vogue lagi bersopan santun

5. Keseluruhan jalan citer boleh dikalssifikasikan sebagai lemau ;p

Pelakon -pelakon :



Han Ga In
as Ma Yoo Hee

First time tengok dia blakon. Makin lama tengok makin cute dengan gaya potongan rambut dia yang pendek. Sebagai seorang perempuan yang berkerjaya tinggi hingga sukar mencari pasanagan. Ok je la lakonan dia dalam citer ni

Di luar skrin dia merupakan isteri kepada 2nd hero Sad Sonata


Jae Hee as Chae Moo Ryong

Hero pojaan hati pengarah kot hehe. Nama watak pon pengarah bagi yang sama seperti dalam citer Sassy Girl Chun Yang.

Dalam citer ni dia seorang chef masakan Perancis. Parents dia mahu dia jadi seorang doktor tapi dia berminat nak jadi chef. Mengamuk la mak dia bila dia belajar medical separuh jalan. Bertemu dengan heroin melalui pelanggaran kereta. Bila tak mampu nak bayar duit repair kereta BMW heroin, maka dia menjadi orang gaji heroin untuk melangsaikan hutang piutang dia.


Kim Jeong Hoon as Yoo Joon Ha

Dalam citer ni dia sebagai doktor. Merupakan chentar pertama heroin. Tapi cinta tidak kesampaian dek halangan dari bapa heroin. Watak dia agak negatif sket dalam citer ni berbeza dengan citer Princess Hours.


Dennis Oh as Johnny Kruger

Chef ganteng dari New York dengan lakonan yang agak kejung dalam citer ni. Lagi suka dia dalam Sweet Spy. Penguasaan bahse korea bagus sekali sebab dalam citer ni 100% dia bertutur dalam bahse korea. Walaupun cakap sebijik-sebijik tapi kira ok la tu hehe.


Jun Hye Bin as Nam Seung Mi

Salah sorang penyumbang suara dalam OST sebab dia pelakon cum penyanyi

Dalam citer ni dia selaku teman tapi mesra hero sejak zaman sekolah.



Pelakon watak bapak favorit pengarah haha Bapak kepada Moo Ryong



Bapak kepada heroin. Boleh tahan keji watak bapak dia. Tah pape. Memoskel kan sebab dia tak suka kawan lelaki anak dia walaupun kerja dokter. Calon menantu chef lagi le tamau. Apa kelas chef. Dia nak calon menantu hantu kot hehehe


Selamat menonton !!!

No comments: