Friday, June 15, 2007

Filem : The Ghost Theater (2006)



Synopsis

In search for her grandmother who disappeared at the movies one day, young girl So Dan (Kim Kot Bi) ends up at a run-down, dimly lit theater where she meets various wandering spirits who call the theater home. Among her newfound friends are a gothic-looking geisha (Han Ae Ri), a Japanese lieutenant (Jo Hee Bong), a giddy Afroed clown (Park Yeong Soo), and portly Elisa (Park Joon Myeon, I'm a Cyborg, But That's OK), who claims she's the last Joseon Dynasty princess. All of them seem to have some connection to a mysterious banned film.

Cast : Kim Kot Bi, Park Joon Myeon, Han Ae Ri, Park Yeong Soo, Jo Hee Bong

Director : Jeon Gye Su (Best New Director 43rd Annual Paeksang Arts Awards)

Lagi citer best. Citer hantu yang tak seram sebab bukan kategori hantu 'jangan pandang belakang' atau 'pocong 2'. Citer ni citer musical hantu. Lawak lagi ada.

Kisah bermula bila seorang cucu bernama So Dan mahu mencari nenek nya yang hilang dipercayai telah melarikan diri ke sebuah panggung wayang / panggung teater lama yang terletak tidak jauh dari rumah So Dan. Nenek So Dan merupakan seorang aktess fofular di zaman mudanya. Mungkin nenek berasa dirinya sudah tidak lama lagi akan berhidup maka dia ke pergi ke panggung lama itu untuk melihat pilem terakhir lakonan nya di panggung itu. Kira macam nenek mahu mengembalikan nostalgia zaman popular dia dulu sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya.

Hatta, So Dan pon pergi la menyonsong nenek ke panggung wayang lama itu untuk mencari nenek nya. Di dalam panggung itu So Dan bertemu dengan 4 orang pekerja wayang yang mana keadaan 4 orang pekerja panggung itu amat pelik dan menakutkan tetapi So Dan tidak takut dan terus mencari nenek nya di dalam panggung itu.

team musikal hantu...kembar ju-on pun ada enterprem

Seterusnya berlaku la peristiwa aneh satu demi satu di mana ke empat-empat pekerja panggung itu berlakon, menyanyi dan menari di hadapan So Dan lepas satu babak ke satu babak. Akhir nya So Dan dapat tahu bahawa mereka adalah hantu-hantu yang menginap di dalam panggung wayang itu. Walaupun So Dan tahu mereka-mereka adalah hantu tetapi So Dan tidak sedikit pun takut mahu pun gentar sebab misi So Dan hanya mahu mencari nenek nya yang hilang dan bukan mencari pasal dengan hantu-hantu penunggu panggung itu.

Cari punya cari nenek lantas terbongkar la satu rahsia yang kedapatan dalam penggung wayang itu di mana sebab panggung wayang itu menjadi muram dan kurang sambutan adalah kerana di suatu masa yang lampau terdapat sebuah filem yang diharamkan tayangan di panggung itu. Filem itu tidak berjaya melepasi lembaga penapisan pilem kerana jalan citer pilem itu mengandungi unsur-unsur tahyul dan melanggari norma-norma kelahiran bayi yang sihat lagi normal lagi cute. Keempat-empat hantu itu pula adalah pelakon dalam pilem itu.

Alkisah jalan citer pilem yang diharamkan tayangan itu adalah seperti berikut.

professor klon yang giler

Di zaman dahulu kala (zaman gambar hitam putih) ada seorang saintis gila yang genius yang mahu mencipta satu ciptaan baru untuk membantu menambahkan hasil pertanian di zaman itu. Ketika di zaman itu penduduk kala itu menghadapi masalah kelahiran sifar anak kerbau yang baru untuk menggantikan bapak dan emak kerbau yang sudah uzur yang digunakan untuk membajak sawah. Permintaan terhadap beras semakin bertambah tetapi tenaga untuk membajak tanah berkurang dan padi semakin kurang ditanam. Dalam kontek ekonomi permintaan melebihi penawaran adanya.

Bagi menambahkan penawaran, saintis giler itu cuba untuk mencipta satu species / rekaan yang dapat menggabungkan tenaga kerbau dan manusia yang di beri nama di beri nama 'Modern Agriculture'. Dengan erti kata lain profesor itu mahu mencipta satu makhluk yang berbadan kerbau dan berkepala manusia. Otak berfikir mengikut manusia manakala tenaga kerja kuat seperti kerbau. Makanya hasil penanaman padi pasti lumayan, pada hemat profesor itu. Lepas ujikaji profesor mencipta benih itu sukses, prof itu menculik seorang geisha jalanan untuk mengandungkan benih itu.

kehkehkeh gelak prof bila eksperimen hampir sakses


TATAPI hasil nya adalah berbeza sama sekali. Professor itu ingin mencipta kerbau berkepala manusia tapi yang terhasil adalah manusia berkepala kerbau...hahaha Terkejutlah sang professor itu dengan hasil ciptaan dia sendiri.

yesss...reaksi manusia berkepala kerbau itu selepas membunuh professor klon itu

Maka timbullah kekecohan dan kontrobesi mengenai manusia berkepala kerbau itu. Bagaimanapun manusia berkepala kerbau itu di penjara kan selepas membunuh professor itu. Di kawatirkan beliau akan membunuh orang awam lain pula. Dan kemdian di penjara terdapat seorang wanita penghantar makanan yang kasihan terhadap nya dan sudi berkawan dengan manusia berkepala kerbau itu. Dan wanita itu ialah nenek So Dan yang hilang itu.

seterusnya dia mahu membunuh So Dan pula tapi nngak berhasil

Sebuah pilem yang menggerunkan sebab tu di haramkan penayangan nya sebab ada unsur ketidak kemanusiaan, kejam dan gila hasil ilham seorang professor yang gila. Takut nanti kalau tayang di umum akan menjadi ikutan professor-professor gila yang lain pula mencipta rekaan yang bukan-bukan. Tapi niat dia bagus mahu meningkatkan hasil pertanian.

Keseluruhan citer ni menarik untuk ditonton. Dari citer musical ke modern agriculture.

No comments: