Sunday, June 17, 2007

Filem : Miracle on 1st Street (2007)



Synopsis
Miracle on 1st Street is a Korean Drama comedy about gangsters who trying to scare people to move out from their property so the can clear out the area to make way for corporate construction. Pil Je (Im Chang Jung) is a gangster who tries to scare people in the neighborhood. But Myeong Ran (Ha Ji Won) isn’t scare with Pil Je. She fights back and gives Pil Je something to think about. But as he gets to know her and the locals more, Pil Je senses himself changing, changing enough for a miracle to happen?
Cast : Ha Ji Won ,
Im Chang Jung

Director : Yoon Je Kyoon

Credit : Hancinema


Filem terbaru Ha Ji Won selepas kdrama Hwang JiYi.

Citer mengisahkan keajaiban yang berlaku pada diri seorang gangster bernama Pil Je bila dia menetap sebentar di kawasan perumahan kampong yang terletak di 1st Street. Tujuan Pil Je itu menetap di 1st Street itu kerana ada tugasan mahu mengambil tandatangan orang kampong disitu dan menghalau mereka keluar dari kawasan itu kerana boss Pil Je mahu mendiri kan sebuah kawasan perumahan mewah yang canggih lagi sofistikated di situ.

"Keajaiban" atau "miracle" yang telah mengubah sikap gangster Pil Je itu ialah dia mendapati diri nya bertukar menjadi seorang manusia yang mempunyai ciri-ciri manusia sejati seperti belas kasihan dan simpati pada orang susah, menolong orang dalam kesusahan, mulut dapat tahan celupar, ada sifat kasih sayang selepas dia bergaul dengan orang kampong yang rata-rata adalah golongan kasta rendah yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tapi orang kampong tu bukan dari species ayam ye hehehe ;p.

ini teknik mekap kah atau betul kena hentam kah...sik caya kah?? ;p


Misi awal Pil Je nak rampas rumah-rumah orang kampong tetapi selepas "keajaiban" berlaku misi akhir Pil Je bertukar menjadi mempertahankan hak-hak orang kampong yang di rampas oleh boss nya sendiri.

Salah sorang penduduk kampong itu ialah seorang ahli tinju wanita bernama Myeong Ran, yang juga menentang misi Pil Je. Myeong Ran menjadi ahli tinju kerana bapak dia dulu merupakan jaguh tinju yang terkenal. Bak kata pepatah ke mana tumpah nya kuah kalu tak ke nasik. Myeong Ran mahu menyambung misi bapa nya yang kecundang menjadi Juara Tinju Asia. Bapa Myeong Ran telah kalah dan lumpuh seluruh badan akibat penangan tinju.

kawasan perumahan 1st Street yang ingin dicerobohi

Antara sukan yang paling saya tidak suka ialah tinju sebab boleh merosakkan badan, kepala dan otak. Kepada anda-anda yang ada kaum kerabat mahu menyertai sukan tinju, nasihat la dia bertukar ke sukan lain sebelum tinju melumpuhkan anggota badan mereka.

Paling menyedihkan bila mana jurulatih Myeong Ran menasihatkan bapa Myeong Ran supaya bunuh diri tanpa pengetahuan Myeong Ran sebab keadaan bapa Myeong Ran hanya membebankan Myeong Ran. Nak pi berubat kat spital duit tak de sebab orang susah. So cara terbaik elok lah bunuh diri saja.

Pengaruh tv...budak ni nak terbang ala otomen...eh otomen boleh terbang ek? Hehe
Tak berjaya terbang cara di atas...guna cara yg ni plak dengan dibantu oleh orang dewasa...tak bleh harap nye org dewasa...;B

No comments: